Jaga mentua bukan tanggungjawab menantu perempuan. Dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Islam, peranan keluarga sering dikaitkan dengan tanggungjawab dan amanah antara ahli keluarga.
Jaga Mentua Bukan Tanggungjawab Menantu Perempuan
Isu berkaitan penjagaan ibu bapa atau mentua sering menjadi perbincangan hangat, terutama apabila melibatkan menantu perempuan. Namun, adakah benar penjagaan mentua adalah tanggungjawab mutlak menantu perempuan?
1. Perspektif Islam tentang Penjagaan Ibu Bapa Dan Mentua
Dalam Islam, tanggungjawab menjaga ibu bapa terletak pada anak kandung, khususnya anak lelaki. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’, ayat 23-24:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa…”
Ayat ini jelas menunjukkan betapa pentingnya anak kandung berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Tanggungjawab ini tidak berpindah kepada menantu, walaupun menantu perempuan seringkali memainkan peranan besar dalam menjaga mentua atas dasar kasih sayang dan ihsan.
Namun, jika seorang menantu perempuan mengambil alih tugas menjaga mentua, ia adalah kerana keikhlasannya, bukan kerana kewajipan agama. Islam menggalakkan sifat ihsan (baik hati) dalam hubungan keluarga, tetapi ia tidak meletakkan beban ini sebagai tanggungjawab utama menantu perempuan.
2. Norma Budaya Dan Persepsi Masyarakat
Dalam budaya Melayu, menantu perempuan sering dianggap sebagai “ahli keluarga baru” yang wajib membantu dalam segala hal, termasuk menjaga mentua. Persepsi ini mungkin dipengaruhi oleh nilai-nilai tradisional yang menekankan pengorbanan wanita.
Namun, tanggungjawab menjaga mentua seharusnya dilihat sebagai usaha kolektif antara anak kandung, menantu, dan ahli keluarga lain. Jika menantu perempuan dipaksa menjaga mentua tanpa bantuan, ini boleh menyebabkan tekanan emosi dan fizikal, apatah lagi jika menantu juga mempunyai tanggungjawab lain seperti pekerjaan dan anak-anak.
3. Realiti Kehidupan Menantu Perempuan
Ads
Tanggungjawab seorang menantu perempuan seringkali melebihi kemampuan mereka, terutama jika suaminya kurang berperanan. Ini boleh mengakibatkan:
*Tekanan mental dan emosi: Beban tanggungjawab yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesihatan mental menantu.
*Ketidakseimbangan dalam perkahwinan: Konflik sering timbul apabila menantu perempuan merasakan dirinya terbeban dengan tugas yang bukan menjadi tanggungjawab asalnya.
*Kesan terhadap anak-anak: Anak-anak mungkin terabai apabila seorang ibu terlalu sibuk menjaga mentua tanpa sokongan.
4. Bagaimana Menangani Isu Ini?
Untuk memastikan keharmonian keluarga, beberapa langkah boleh diambil:
*Komunikasi yang jelas: Suami isteri perlu berbincang tentang pembahagian tanggungjawab secara adil.
Ads
*Sokongan suami: Suami sebagai anak kandung perlu memainkan peranan utama dalam menjaga ibu bapanya.
*Bantuan tambahan: Jika perlu, keluarga boleh mendapatkan bantuan penjagaan profesional atau melibatkan ahli keluarga lain.
*Pemahaman budaya: Masyarakat perlu memahami bahawa penjagaan mentua adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya menantu perempuan.
Menjaga mentua bukanlah tanggungjawab mutlak menantu perempuan, tetapi ia adalah satu bentuk ihsan dan kasih sayang yang dilakukan secara sukarela. Anak kandung, terutamanya anak lelaki, perlu memikul tanggungjawab utama ini.
Dalam budaya yang sering meletakkan beban pada menantu perempuan, penting untuk mengubah perspektif agar semua pihak memahami peranan mereka secara adil.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semuanya ada berkait dengan hati. Apa yang hati bisikkan, itulah yang selalunya terpancar di wajah. Lalu tersalur ke minda kita. Lagi-lagi bila tengok kekurangan orang lain.
Pesanan mak-mak yang disampaikan Puan Ashikin Hashim ini tersangatlah biasa jadi di kalangan kita-kita. Tanpa sengaja, ter’judge’ orang. Ternilai orang dari pandangan mata kasar kita sahaja.
Didik Diri Agar Tak Hakimi Orang Yang Baru Kita Jumpa
Jom lah kita didik diri untuk tidak hakimi orang yang baru kita jumpa.
Dia pakai baju tak gosok kita ingat dia memang jenis selebet.
Dia bagi anak dia jajan kita ingat setiap hari dia makan jajan.
Dia bagi anak dia phone masa di rumah terbuka, kita ingat anak dia dah ketagihan.
Dia pakai kereta nak tercabut kita ingat dia sengkek.
Sebelum ‘Judge’ Fahami Dulu Kisah Orang Lain
Kita tak tahu kisah orang. Kita tak tahu yang dia sedang dan pernah alami.
Dia pakai baju tak gosok baru hari ni. Rupanya anak dia berderet demam. Tak sempat gosok baju.
Dia bagi anak dia jajan baru hari tu sebab ada orang hulur, dia nak jaga hati. Ukhwah lagi penting. Balik nanti dia cakap balik dengan anak dia.
Dia bagi anak dia phone kat rumah terbuka kawan dia sebab semalam kat rumah terbuka kawan lagi satu anak dia dah terpecahkan pinggan. Plan bawa mainan tertinggal pula.
Dia pakai kereta nak tercabut sebab kawan dia nak pinjam kereta dia yang elok sebab kawan mak dia sakit kat kampung.
Mudah sangat pemikiran kira judge orang
Mudah sangat kita berkira-kira kita lebih tahu dari orang lain.
Mudah sangat kita kata cara dia salah.
Memang benar dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Isteri yang sering dikhianati, didera mental emosi dan fizikal cenderung menjadi ‘tawar hati’ pada suami. Bahayanya bila isteri dah tawar hati, dia dah tak rasa apa-apa dan tiada lagi perasaan pada suami. Marah tidak, sedih pun tak, kecewa pun tidak. Malah, isteri yang hatinya pernah hancur sebab perbuatan suami, walaupun masih setia bersama, namun perasaannya pada suami takkan pernah sama lagi.
Sebagai pesanan buat ketua keluarga yang memimpin rumahtangga, bila dah jadi suami, hadamkan perkongsian oleh Dr Redza Zainol ini.
1. Jangan Naik Tangan
Dah jadi suami, jangan sesekali naik tangan pada tubuh badan isteri.
Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.
2. Jangan Menipu
Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga.
Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.
3. Jangan Menghina
Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri.
Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.
4. Jangan Curang
Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.
Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi. Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan dalam rumahtangga. Pesanan buat suami, jika sayangkan rumahtangga hati-hatilah jangan sampai isteri tawar hati. Isteri yang hatinya pernah hancur sebab perbuatan suami, walaupun masih setia bersama, namun perasaannya pada suami takkan pernah sama lagi.
Cukup bahagia bila membaca kisah penghijrahan Abby Abadi, daripada artis yang tidak memakai tudung sehingga dia mampu menutup aurat dengan sempurna. Malah lagi gembira melihat cara dia mendidik anaknya sehingga mampu menjadi anak soleh dan solehah.
Terbaru, Abby Abadi sendiri ada trowback kisahnya menerusi Instagram macam mana dia boleh menutup aurat dan begitu istiqamah melakukan perubahan dalam hidupnya. Jemput renungkan dan moga boleh menjadi inspirasi untuk kita semua dan kepada mereka yang masih belum menutup aurat dengan sempurna.
Throwback Umrah March/April 2012 ♥️
Google benda lain, jumpa artikel ni: Sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 26 Mac lalu, pelakon popular Abby Abadi mengambil keputusan untuk terus berhijab. Katanya, keputusan untuk bertudung bukan kerana sudah mengerjakan ibadat umrah, tetapi menyedari ia adalah tuntutan sebagai seorang wanita beragama ISLAM.
“Alhamdulillah, apa yang saya lakukan ini semuanya kerana ALLAH SWT. Ikutkan niat untuk bertudung sudah lama, Cuma saya tidak mahu lakukan atas desakan orang lain. Saya mahu perubahan itu biarlah daripada hati saya sendiri. Dan bila berada di sana, saya terbuka hati untuk terus bertudung.
“Saya juga bersyukur kerana sepanjang berada di sana segala ibadah saya dipermudahkan oleh-NYA. Saya rasa lebih tenang dan belajar banyak perkara yang mana sebelum ini saya buat sambil lewa sahaja. Saya rasa inilah satu-satunya peluang yang ada untuk saya perbetulkan apa yang kurang dalam diri saya,” kongsi Abby yang menganggap pemergiannya ke Kota Mekah sebagai satu kenangan yang cukup indah”
Nota:
Tergerak untuk mengerjakan Umrah yang pertama ni sebab kecewa dengan cinta manusia (bukan Oman) Dah tak tahu mana nak pergi masa tu, baru pandai cari ALLAH (padan muka). Syukur sangat-sangat ALLAH SWT terima saya sebagai hamba yang memerlukan DIA (nasib sempat) . ALLAH lalukan semua kesalahan2 Sy sewaktu disana. Allahu..tak terluah dgn kata2. Sblm balik, depan Kaabah, Sy minta peluang sekali lagi pada ALLAH, utk tebus segala kesalahan Saya dan Alhamdullillah, saya dapat rasakan ALLAH bagi ruang pada saya. Hidayah Petunjuk Milik ALLAH. Itulah hadiah dan peluang yang ternilai untuk saya.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Throwback lagi…
Tak ingat ni gambar tahun bila, yang Saya ingat masa ni pakai tudung waktu shooting je. Suka pakai tudung bukan sbb ALLAH, tapi sebab rasa mcm cute bila pakai. Pastu pakaipun ikut suka, pakai ikut majlis, pakai bila rasa nak pakai. Pakai bila ada org meninggal. Cam apa je saya la tu dulu.
Kesilapan besar kalau begitu Sahabat, sebab bila kita beragama ISLAM, wajib faham yang wanita ISLAM yang sudah akil baligh wajib menutup aurat seluruh badan kecuali muka & tapak tangan. Tapi sakitnya Sy dulu, tahu dah tentang ini. Tahu tak pakai tudung berdosa, tapi nak pakai terus. Memang taklah! Sebab rasa cam hot sgt rambut mengerbang sana sini. Pergi saloon berjam-jam sebab nak blow rambut (lelaki pulak tu yang basuh & potongkan) Paling sakit, sibuk pagi petang siang mlm nak cantik-cantik, nak bersiap-siap, sampai tak heran pun nak solat sebab sayang ank padam make up. Kalau solat pun, tah iya ke tah tidak dulu. Kejap solat. Kejap tak. Perangai macam apa je, Aduhai. bertahun mcm tu. Bila teringat semula, malu dekat diri sendiri. Paling malu dengan ALLAH.
ALLAH SWT bagi pinjam macam-macam nikmat kt kita. Tapi solat taknak, tutup aurat taknak, tak sedar diri la tu. ALLAH cipta kita ni utk beramal ibadat pada DIA semata-mata. Dah bila kita tak taat pada DIA, tak solat, tak tutup aurat, tak jaga pergaulan dan sebagainya, Kita buat yang ditegah olehNYA, kita berpakaian menjolok mata, tertonjol tang sini, terdedah tang sana. Kita ikut siapa? FIKIRLAH SENDIRI YE.
Antara sebab saya disini… sebab nak share perkara-perkara macam ni la. Biar jadi peringatan bersama. ALLAH sedarkan saya supaya kembali pada DIA & Sy terpanggil untuk share pengalaman, sebarkan dan bagi peringatan tentang janji-janji ALLAH setiap hari disini, sebab dulu takde siapa ingatkan saya tentang semua ni. Saya letakkan diri saya bekerja dengan ALLAH sekarang ni. Kalau ada yang tak suka pun, tiada masalah pada saya kerana semua milik ALLAH. Ingatkan utk solat kerana ALLAH. Saya berusaha Sahabat nak tebus kesalahan-kesalahan dan saya tak nak ulang lagi kesalahan yang sama. Sy usahakan juga unuk sedarkan ahli keluarga saya, sahabat-sahabat lain juga supaya hidup dan mati kita biarlah semata kerna DIA. Dan bergantunglah hanya pada DIA. Solat jangan tinggal. Rugi mati tak solat.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Nampak tak macam mana Allah mudahkan satu-satu apa yang Abby Abadi perlu, sebenarnya semua wanita mampu. Cuma nak atau tak nak sahaja, jika mahu mulakan… sila bergerak ke arah itu perlahan-lahan. Moga penghijrahan kita akan menjemput rezeki yang lebih berkat dan berganda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...