Jadi pakar O&G, bukan karier mudah tapi perlukan masa 15 tahun. 40-75 % alami burn out. Susulan isu seorang ustazah yang mendakwa suami jatuh dayus kerana “seakan” membenarkan doktor lelaki memeriksaan alat kelamin isteri saat hendak melahirkan anak, ramai pihak termasuk pakar perbidanan dan sakit puan yang memberikan respon di atas isu ini.
Menurut portal Public Health, seorang doktor memerlukan masa sekurang-kurangnya 15 tahun sebelum bergelar pakar O&G dan ramai juga yang burn out sekitar 40-75 peratus sebelum berjaya mencapainya. Bukan saja berhadapan menyelamatkan dua nyawa tapi terpaksa berhadapan dengan risiko tinggi dalam dunia perubatan itu sendiri.
Kalau pun isunya doktor lelaki lebih ramai, sekurangnya kita perlu bersyukur kerana doktor -doktor ini berjiwa kental demi menyelamatkan nyawa pesakit.
Memandangkan isu ini agak kecoh, perkongsian seorang pakar O&G iaitu Doktor Azreen Zulaikha di fbnya di mana katanya sekurangnya ada 80 peratus doktor wanita di bahagian O &G ini. Paling penting adalah bersalin dengan selamat, itu lebih utama.
Ads
Ini perkongsiannya :-
Tiap-tiap 1.5 – 2 tahun akan ulang siar topik ni. Minat betul segelintir orang memburuk-burukkan doktor-doktor lelaki di O&G.
Sesungguhnya, tanpa lelaki-lelaki dalam department ni, habis la jabatan O&G.
Doktor-doktor perempuan ni dah la umur tengah subur. Bersilih ganti sorang-sorang mengandung, maternity leave, sambung cuti menjaga anak.
Ads
Lepas naik kerja, sambung pulak baby tak sihat, baby appointment, baby masuk wad.
Pastu akan ada la yang dah hilang minat dengan O&G. Sama ada diri sendiri tak boleh cope lepas jadi ibu atau suami tak boleh cope.
Akhirnya siapa yang antara orang kuat dalam jabatan? Doktor-doktor lelaki la! Jangan la memperlekeh jasa mereka.
Kebanyakan doktor-doktor lelaki ni bukannya memilih O&G pun. Tapi Tuhan dah aturkan mereka tercampak ke jabatan ni sebab ada kekosongan di masa tu. Tetiba ada bakat terpendam, serasi dengan mereka. Maka, diteruskan la. Takkan nak bazirkan skill yang dah ada.
Ads
Realitinya, kini di Malaysia, kebanyakan doktor di Jabatan O&G memang doktor perempuan. Sekurang-kurangnya 80%.
Jangan la kira houseman (doktor pelatih), mereka tu pusing setiap 4 bulan antara 6 jabatan (4 x 6 = 24 bulan = 2 tahun housemanship). Yang tu memang la ramai doktor lelaki. Part of their training memang kena sambut bayi. Nanti bertugas di pedalaman, tak cukup ilmu susah pulak.
Doktor-doktor perempuan di Jabatan memang kebanyakannya perempuan. Jururawat 100% perempuan, takde jururawat lelaki di Jabatan O&G.
Berdoa je la bersalin dengan selamat. Itu lebih utama.
ISU PERKAHWINAN DENGAN WARGA ASING, INI WANITA KENA TAHU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN. BERSAMA PROF DR NOOR AZIAH DARI SUHAKAM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sambungan daripada kes kematian adik Nuralya Damia, semua rakan sekelas mangsa terkejut dan sedih apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat penuntut tahun akhir jurusan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian kolej berkenaan.
Pelajar wanita Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) yang dipercayai dibunuh malam tadi, tidak pernah mengadu ada menerima sebarang ugutan jenayah sebelum ini.
Tak Ada Sikap Ganjil
Menurut rakan sekelas mangsa, Syarifah Noor Shahira Sheikh Mohd Zain, 19, mangsa iaitu Nuralya Damia Mohd Hairi, 19, yang berasal dari Klang, Selangor juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap yang ganjil sebelum ini kecuali bertukar menjadi sangat periang.
“Dia sangat ceria sebelum ini. Ketika kali terakhir saya menemuinya semasa kelas petang semalam, arwah sangat riang sehingga ditegur pensyarah kami yang turut hairan dengan kelakuannya itu.
“Arwah merupakan seorang yang baik. Kami segera ke tempat kejadian apabila menerima maklumat mengenai kejadian ini dan tak menyangka ia boleh menimpa (Nuralya) Damia kerana setahu kami dia tak mempunyai masalah dengan sesiapa,” katanya.
Dari rakan serumah mangsa yang mahu dikenali sebagai Ain, 19, berkata sebelum kejadian mangsa ada memberitahunya ingin menemui seorang rakan lelaki yang juga pelajar kolej yang sama, kira-kira pukul 9 malam.
“Pelajar lelaki itu turut tinggal di taman yang sama dengan kami,” katanya.
Luahan Ayah Mangsa
Mak ayah mana yang tak sedih dengan berita ini, namun Hairi Jamil, 45 ayah kepada mangsa dan isteri Hanayati Yaakob, 44, reda dengan ketentuan ini.
“Sepatutnya petang ini dia balik ke Klang lepas habis kuliah. Tak sangka kami menjemputnya dalam keadaan macam ini,” kata Hairi.
Hairi berkata, dia sekeluarga pasti merindui Nur Alya yang mesra dengan panggilan Kak Long kerana arwah seorang anak yang baik dan periang.
Cerita Dari Sudut Orang Yang Menjumpai Mayat Adik Nuralya Damia
Seorang penduduk Taman PD Permata yang mahu dikenali sebagai Aishah, 44, berkata mayat mangsa ditemukan penduduk ketika nak membuang sampah berdekatan kawasan semak berkenaan kira-kira 10.30 malam.
“Saya baru pulang dari solat tarawih dan dikejutkan dengan penemuan mayat pelajar itu, penduduk segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya yang telah tinggal di kawasan itu sejak 20 tahun.
Lokasi kejadian itu terletak di kawasan yang agak sunyi iaitu berdekatan rumah paling hujung dalam barisan rumah teres berhadapan tembok tinggi yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat tinggal mangsa.
Ekoran penemuan itu, lokasi itu turut dikerumuni orang ramai. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Takziah buat keluarga mangsa dan semoga pembunuh adik Nuralya Damia ditangkap pihak berkuasa secepat mungkin.
Kredit: Bernama, Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selepas sebulan ‘hilang’ isteri dan anak sulung, anak bongsu pula menyusul pergi. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.
Selepas Sebulan ‘Hilang’ Isteri Dan Anak Sulung, Anak Bongsu Menyusul Pergi
Tun Mohd Khairul Tun Arifin, 39, berkata, anak bongsunya, Tun Nur Ufaira Afifa, 9, meninggal dunia pada jam 10.24 pagi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) selepas bertarung nyawa sejak 13 Februari akibat kemalangan yang menimpa keluarga mereka.
“Hari ini genap sebulan tragedi itu berlaku, dan anak saya telah pergi menyusul ibu serta kakaknya. Sepanjang berada di hospital, dia koma dan tidak sedarkan diri.
“Namun, ada satu ketika dia sempat membuka mata dan mengalirkan air mata. Ketika itu, saya berharap dia akan pulih, tetapi akhirnya saya terpaksa reda dengan ketentuan Allah. Saya yakin Allah lebih menyayanginya, dan pemergiannya pada bulan yang mulia ini pasti ada hikmah,” katanya.
Menurut Tun Mohd Khairul, apa yang lebih memilukan adalah hakikat bahawa mereka sepatutnya berpindah ke rumah baharu sempena Aidilfitri tahun ini, namun impian itu tidak kesampaian.
“Perasaan sedih memang tidak dapat digambarkan, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sambutan Aidilfitri tanpa isteri dan anak-anak. Rumah baharu yang sepatutnya menjadi tempat kami bersama kini hanya tinggal kenangan.
“Namun, saya tetap reda dengan ujian ini. Saya berdoa agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan semoga arwah isteri serta anak-anak saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya lagi.
Gambar kenangan Tun Mohd Khairul (dua dari kanan) bersama isteri dan anak-anaknya.
Jenazah Tun Nur Ufaira Afifa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengkawang selepas solat Asar.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa kemalangan tragis itu berlaku di Kilometer 13, Jalan Gaung – Kuala Ping – Teris, Kampung Kepah. Insiden tersebut mengorbankan isteri Tun Mohd Khairul, Nursaidatul Aishah, serta anak sulung mereka, Wan Nur Izara Aina, 12, manakala Tun Nur Ufaira Afifa mengalami kecederaan parah.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, kejadian berlaku sekitar jam 11.55 pagi ketika mereka dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai di Kampung Kepah menuju Kampung Tengkawang.
Siasatan mendapati sebuah Perodua Axia yang dinaiki lima pelajar hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki mangsa.
Kini, Tun Mohd Khairul hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan menghadapi kehilangan insan tersayang dalam masa yang singkat ini.
Ada lagi ke mak-mak yang gigih sental periuk dan kuali berkerak dengan berus tertentu? Tambah pula kalau masak dan tetiba terlupa, akhirnya masakan hangit sampai periuk dan kuali hitam.
Alahaaiii… kenapa nak buang masa kalau cara yang lebih mudah macam Puan Rusmida Rusdi ini cukup membantu untuk buat kerja dapur lebih laju!
Oh Periuk Berkerak
Senang aishhh nak hilang. Tak payah sental sakit tangan. Takyah biar semalaman.
Tip ni kasi kilat kan juga kuali berkerak di rumah, jadi kenapa tak nak cuba? Ada yang terus buang tapi kalau tahu caranya periuk dan kuali itu boleh jadi macam baru balik tau. Moga kerja mak-mak jadi lebih mudah dan jimat masa!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.