Tiada angin tiada ribut, ibu bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani diuji dengan spekulasi ‘downgradekan doktor-doktor di Malaysia’.
Hakikatnya, maklum ibu bapa Ainul dakwaan itu sama sekali tidak relevan. Malah, mereka tidak pernah sekali pun terdetik mahu downgradekan doktor-doktor di Malaysia.
Dan ini penjelasan lanjut ibu bapa Ainul menerusi akaun instagram mereka.
Selidik Dulu Dan Tanyakan Cerita Sebenar – Ibu Bapa Ainul Mardhiah
Solusi.
Terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan. Adakah kau selidik dulu atau bertanya dulu pada kami cerita yang sebenarnya? Dua tahun ya kami berdiam diri, kami tak lawan atau tak fight untuk ayat-ayat yang orang macam dia lemparkan pada kami.
Tapi semalam memang cukup melampau sebab mereka up semula kisah Ainul yang tak betul/tak relevan. Mana buktinya kami insist? Kami buat sekian ini, sekian itu?
Ads
Sejujurnya, kami ibu bapa Ainul tak pernah langsung atau terdetik nak downgradekan doktor-doktor di Malaysia. Apa kami dapat kalau kami buat macam tu? Malah kami hargai dan terhutang budi pada doktor di Malaysia sebab dari awal Ainul lahir sampailah ke hari ini, Doktor di Malaysia yang jaga Ainul. Terima kasih semua doktor.
Bukan Isu Nak Jatuhkan Doktor Di Malaysia..
Selepas Ainul viral dulu dan terlalu ramai yang beri sumbangan, terus mereka buat spekulasi yang kami tengah banyak duit, sebab itu kami nak ke luar negara, nak berfoya-foya dengan duit tu. Allah demi Allah, waktu tu kami lagi takut sebab kami takut tak dapat nak kembalikan senyuman Ainul yang waktu tu Ainul tengah hujung-hujung nyawa, terkaku tak bergerak.
Sekali lagi bukan isu nak jatuhkan doktor di Malaysia, tapi kami dapat tawaran yang pantas untuk segera pulihkan/sembuhkan Ainul. Ibu bapa mana yang saje-saje nak goyang kaki biar je anak terkontang-kanting menangung sakit sendiri?
Waktu tu kami grab terus peluang yang ada dan satu je kami minta pada Tuhan setiap kali lepas solat, kalau betul ini jalannya, permudahkan untuk kami supaya Ainul cepat sembuh dan tak sakit lagi.
Ads
Saya minta tolong sangat supaya jangan beri atau jangan buatkan orang lain bersangka buruk pasal doktor di Malaysia mahupun di mana sahaja. matlamat Doktor semua sama, mereka nakkan kesembuhan pada pesakit cuma cepat atau lambat je tindakan mereka.
Sumbangan Digunakan Seratus Peratus Untuk Ainul
Please, saya taknak rakyat prihatin yang pernah beri sumbangan pada Ainul sewaktu ketika dulu tertanya-tanya dan mempertikaikannya. Saya nak jelaskan sumbangan untuk Ainul pda waktu dahulu 100% digunakan untuk kegunaan Ainul, malah kami simpan lagi untuk kegunaan pada hari mendatang Ainul. Biar pahala sentiasa mengalir buat penyumbang Ainul suatu ketika dahulu.
Kami ibu bapa Ainul sudah pun memaafkan dia dan mereka-mereka yang tak puas hati pada kami. Segala tohmahan dan sangkaan buruk pada kami, kami jadikan ia satu pengajaran untuk mendidik kami jadi ibu bapa yang lebih peka lagi.
Ads
Terima kasih juga pada semua yang prihatin pada Ainul, selalu follow rapat kisah Ainul. Terima kasih semua!
Untuk rekod, Ainul Mardhiah ketika berusia sembulan bulan menghidap Germ Cell Tumour. Ainul kemudiannya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London.
Mingguan Wanita : Doakan yang baik-baik buat keluarga Ainul. Semoga Ainul membesar dengan sihat.
Wanita bersuara garau kongsi pengalaman diserbu JAIS, ditanya lelaki ke perempuan. Satu perkongsian dari Nazrah Abd Samad di Tik Toknya @harszan mengenai insiden diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengundang lucu pengikutnya.
Video perkongsiannya telah mencecah jumlah tontonan 4.2 juta di mana masing-masing menzahirkan rasa terhibur dengan cara penyampaiannya yang sangat bersahaja.
Wanita Bersuara Garau Kongsi Pengalaman Diserbu JAIS
Bersuara unik agak garau seperti lelaki, Nazrah memaklumkan semasa kejadian, dirinya memilih menginap di sebuah hotel murah pada harga RM44 semalam tanpa menyedari biliknya menerima “kunjungan” dari pasukan JAIS yang membuat pemeriksaan khalwat di hotel-hotel murah.
Jelas Nazrah, semasa ketukan pintu bertalu-talu oleh anggota JAIS, dirinya sedang berada di bilik air. Ketika ketukan bertalu-talu itu termasuk amaran mahu memecahkan pintu biliknya, dirinya bersuara dari dalam meminta agar mereka menunggu sebentar.
“Saya minta mereka tunggu kerana nak pakai tudung dan sebagainya. Capai apa yang patut tapi mereka macam marah-marah dan mahu pecahkan pintu selepas kiraan 10. Bila dia tengok saya, dia orang terperanjat, saya pun terperanjat.
Apa yang lucunya, anggota JAIS siap tanya saya lelaki ke perempuan? Dan minta kad pengenalan nak tengok identiti saya. Ini merupakan satu pengalaman dan rasanya tak mungkin saya pilih duduk di hotel begini lagi,” katanya berkongsi kisah lucu.
Dan jelas komen dari pengikut-pengikutnya membuatkan ramai terhibur kerana ada yang terkeliru dengan suara uniknya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Azmi Saat dikurniakan baby girl, penantian 10 tahun menanti anak berakhir gembira. Dua tahun lalu, penyanyi Caliph Buskers ini pernah diuji dengan kehilangan anak sulung mereka yang hanya sempat bertahan tiga hari selepas dilahirkan.
Anak syurganya, Khairul Afnan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak. Namun semalam, Allah menghadirkan malaikat kecil pengganti arwah iaitu Khalisa Insyirah menamatkan penantian 10 tahun pasangan ini suara si kecil.
Azmi Saat Dikurniakan Baby Girl
Dalam perkongsian di fbnya, Azmi Saat memaklumkan, semalam isterinya, Nazira Mohammad selamat melahirkan bayi perempuan jam 3.28. Diberi nama Khalisa Insyrah Khairul Azmi.
Alhamdulillah. Pukul 3:28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan Ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.
Penyanyi ini turut berkongsi yang baby kecilnya, sihat dan turut mendoakan si anak menjadi anak yang solehah.
Penantian 10 Tahun Menanti Anak Berakhir Gembira
“Baby gebu. Beratnya 3.62 KG. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah,” tulisnya.
Bahkan dirinya turut berterima kasih pada peminat yang tidak putus mendoakan mereka.
“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri, Fatin Athira meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Khabar tersebut dikongsikan Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, dalam Instagramnya sambil memandang positif terhadap ujian yang dilalui.
Harapan besar vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh untuk menimang cahaya mata pertama mereka berakhir dengan khabar duka apabila zuriat yang dikandung isterinya, Fatin Athira Mustapa, meninggal dunia.
Julian
Berita tersebut dikongsikan Noh menerusi satu hantaran di Instagram petang tadi selain turut memaklumkan dia dan isteri sempat memberikan nama buat cahaya mata sulung mereka itu dengan panggilan Julian.
“Hari ini 22 September genap tujuh bulan kami kehilangan anak dalam kandungan.
“Kalian tak tahu kan? Dalam kesukaran berjuang untuk Musa, kami juga bergelut memastikan anak di dalam kandungan sihat namu, Tuhan jemput dia awal.
“Pastu segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau erti kata lain perbaiki diri sebagai suami isteri.
“Meskipun perit nak lalui segala yang aneh tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih ‘steady’ serta tenang sebab kami berjuang pertempuran hebat dan menang.
“Beruntung kami di kelilingi orang-orang baik, teman-teman dan keluarga yang tidak henti memberi kekuatan, mendoakan serta menemani pergi ke kubur sementara kami tidak stabil mental dan emosi.
Sementara itu, Noh turut memaklumkan dia dan isterinya telah memberi nama bayi mereka Julian turut menitipkan doa semiga Tuhan mengizinkan mereka suami isteri untuk berjumpa dengan permata hatinya itu kelak.
Menerusi hantaran yang sama, Noh berkata, khabar ini dikongsikannya kerana keesokan harinya merupakan ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan isteri.
“Hantaran ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok.
“Ulang tahun pertama tetapi rasa macam 20 tahun sebab melalui macam-macam,”katanya.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.
Sebelum ini Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011namun bercerai Ogos tahun lalu. Mereka mempunyai seorang anak angkat yang diberikan nama Musa.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.