Cukup menyedihkan di saat isteri sedang menanggung sakit, suami seronok pula nak berpoligami sampaikan rumah sewa gagal bayar. Sementelah dengan anak-anak yang masih kecil dan anak sulung pula terpaksa mengambil ubat penenang.
Inilah yang berlaku pada seorang wanita yang dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor.
Suami Seronok Kahwin Lain, Isteri Kena Halau Rumah Sewa
Dalam perkongsian LZS, seorang wanita yang juga pesakit mental bersama tujuh anaknya, buntu mengenang nasib yang menimpa mereka selepas dihalau dari rumah sewanya, kerana gagal membayar sewa bulanan.
Pemilik rumah terbabit mengarahkan lapan beranak itu keluar kerana sewa rumah yang didiami itu tertunggak sejak Oktober tahun lalu sehingga mengheret beliau dengan masalah kewangan akibat perlu menanggung bayaran bulanan pinjaman perumahan berkenaan.
Nasib malang wanita terbabit bersama anak-anaknya mendapat pembelaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Skuad Saidina Umar (SSU) yang segera tampil menghulurkan bantuan selepas mendapat maklumat mengenai nasib mereka.
LZS berkata, wanita yang menghidap penyakit mental berkenaan juga bergantung dengan ubat-ubatan psikiatri bagi mengawal emosinya menjadi agresif dan tidak terkawal.
Selain daripada itu, wanita ini juga terpaksa menanggung seramai tujuh orang anaknya yang berusia 14 tahun hingga 4 tahun.
Ads
“Manakala, suaminya pula dikhabarkan jarang pulang ke rumah kerana sudah bernikah lain serta menguruskan keluarga baru,” katanya menerusi perkongsian di Facebook LZS.
Anak Sulung Terima Rawatan Psikiatri
Kkejadian yang berlaku menjadikan wanita itu semakin tertekan sehinggakan anak sulungnya berusia 14 tahun juga kini menerima rawatan psikiatri kerana kerap mengamuk serta tidak dapat dikawal seperti mendengar bisikan.
“Anak sulungnya itu kini juga perlu mengambil ubat penenang setiap hari bagi mengawal emosinya.
“Susulan itu LZS mengambil tindakan segera menyerahkan sumbangan tunai serta bantuan lain akan disusuli selepas ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan jiran sekitar juga sangat membantu, sentiasa memastikan keperluan keluarga ini mencukupi dan tidak terputus,” katanya.
Ads
Maah, hasil perbincangan LZS bersama pemilik rumah berkenaan berjaya dicapai dan bersetuju untuk memberikan sewa selanjutnya untuk wanita itu sekeluarga.
“Tunggakan sewa rumah dan bayaran sewa bulanan selepas ini akan diuruskan oleh LZS.
“Kes berkenaan juga akan dipanjangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan menerusi khidmat kaunseling serta akta perlindungan untuk keluarga berkenaan,” katanya.
Dalam perkongsian sama, LZS berkata, poligami itu ada kaedah dan prosedurnya.
“Berlaku adil dan jangan menzalimi serta melepaskan tanggungjawab utama. Semuanya akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.
Teruskan berzakat di Lembaga Zakat Selangor, ‘sedikit bagi anda, segalanya buat mereka.
Mingguan Wanita : Nak poligami pun kena fikir tanggungjawab pada isteri pertama dan anak-anak. Jangan dah dapat isteri baru, isteri pertama lepas tanggungjawab.
Ads
Sumbe: Berita Harian & LZS
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Tahniah buat pasangan popular Azad Jasmin dan isteri tercinta Eira Syazira yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang kesembilan pada 16 September lalu.
Paling menyeronokkan buat si isteri, Azad telah memberikan kejutan paling manis baru-baru ini apabila meraikan ulang tahun mereka secara kejutan.
Perancangan sejak dua bulan lalu oleh Azad akhirnya berjaya dilunaskan dengan ‘komplot’ ahli keluarga, sanak saudara, teman media dan blogger.
Bersanding Atas Pelamin & Makan Beradab
Azad merancang meraikan ulang tahun perkahwinan mereka termasuk bersanding semula buat pertama kali di atas pelamin dan makan beradab.
Malah kejutan menjadi lebih berganda apabila pihak Emas Rozita beroperasi di Ipoh menghadiahkan set barang kemas berupa cincin, rantai, gelang dan anting anting bernilai RM15,000 kepada Eira.
“Jika selama ini saya yang lebih ke depan dalam bab menganjurkan sesuatu termasuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami. Dia (Azad) hanya bersetuju dan menjadi ‘Mr Okey’.
“Cuma sekitar dua bulan lalu, dia cakap nak buat sesuatu kononnya nak menghabiskan masa bersama menikmati ‘candle light dinner’. Syaratnya saya tak boleh tanya apa pun dan tengok telefon bimbitnya.
“Malah serba serbi persiapan daripada memilih gaun yang nak dipakai dan jurusolek pun dia sediakan. Saya tak sangka pula rupa rupanya dia buat sesuatu yang di luar kotak fikiran. Memang terkejut hingga rasa sebak apatah lagi ada keluarga, teman rapat dan pihak media serta blogger yang ‘bersengkongkol’ dengannya,” kata Eira.
Ada Turun Naik
Bagi Eira, sepanjang perkahwinannya yang dibina bersama Azad sejak 16 September 2011, pasti ada turun naik.
“Awal perkahwinan pasti ada rasa cemburu kalau suami balik lewat contohnya. Cuma lama lama kita susah mula faham rentak suami. Perasaan risau dan tak yakin itu sudah kian terhakis. Cuba elak daripada fikir bukan bukan. Kepercayaan jadi teras utama.
“Apabila hidup bersama kita mula tahu sisi baik dan buruk pasangan. Kena terima, hadap dan biasakan. Saya dulu sebelum kahwin lebih serius dan dramatik. Tapi dapat pula suami yang gila gila dan penuh humor, saya mula mengikut rentaknya. Tahulah perangai dia macam kita tengok di Instagram bagaimana pula. Ada saja modal lawak dan usikan buat kita ketawa sampai terbahak bahak,” katanya yang kini begitu gembira dengan kehadiran tiga anak perempuannya, Amarra Sofea Rose, 7, Ameisya Leanne Rose, 4 dan Areisya Suri Rose, 2.
Menghargai Eira
Kata Azad, apa yang dilakukannya juga sebagai menghargai Eira.
“Saya bersyukur ditemukan isteri. Dialah ‘supermom’ kepada anak kami. Biarpun kami berbeza sikap, tapi apabila masuk dalam dunia perkahwinan, kami saling percaya.
“Kami kini lebih matang. Elakkan hal negatif dan tak perlu. Tak sangka juga perkahwinan kami sudah melepasi angka sembilan. Rasa macam baru saja kahwin dan bercinta dengannya,” terang Azad.
Eyka Farhana selamat bergelar isteri Akhyar Rashid, 5 tahun menyulam kasih sebelum bersatu. Lima tahun menyulam kasih, akhirnya pelakon jelita Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC, Akhyar Rashid dalam sebuah majlis akad nikah penuh indah dan bermakna yang berlangsung pagi tadi.
Dengan hanya sekali lafaz tepat jam 10.12 pagi, Eyka atau nama penuhnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Wan Sarmizi Wan Ibrahim di hadapan Jurunikah Pejabat Agama Islam Gombak, Jaslan Ali.
Majlis serba indah ini diadakan di Boathouse By The Lake, Ampang dan dihadiri oleh keluarga serta kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini kelihatan sepadan dalam busana serba putih – Eyka anggun mengenakan baju kurung moden rekaan Teh Firdaus, manakala Akhyar tampil segak dalam baju Melayu klasik.
Aura romantik dan suci majlis itu turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan artis popular seperti Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Alicia Amin yang memainkan peranan sebagai pengiring dulang hantaran.
Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang daripada pihak pengantin perempuan. Mas kahwin sebanyak RM3,200 menjadi simbol penyatuan dua hati yang telah sekian lama bersama, sejak lima tahun lalu sebelum bertunang pada 4 Ogos tahun lalu.
Majlis pernikahan mereka yang indah ini cukup bermakna memperlihatkan keindahan cinta yang dibina atas dasar kesetiaan dan saling mempercayai. Moga rumah tangga yang dibina menjadi bahtera bahagia hingga ke syurga. Tahniah Eyka & Akhyar!
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Rabiatul Adawiyah Samad tiada pertalian darah dengan ‘bayi viral’ ini. Tetapi dia miliki sekeping hati yang tulus.
Sanggup meluangkan masa sejam bersama ‘bayi viral’ disamping anak-anaknya. Malah, menghabiskan masa sehingga sejam untuk bermain dengan anak kecil yang tetap terlihat comel di pandangan matanya.
Ketika itu, dia ke hospital untuk membuat pemeriksaan anaknya yang bernama Zayyan. Direzekikan berjumpa dengan ‘bayi viral’ yang comel ini.
Sebelumnya, kisah anak istimewa ini pernah tular di media sosial kerana memiliki bulu yang sangat lebat dan badannya.
Terjumpa Bayi Viral Yang Comel Ini
Kongsi Rabiatul, “Pergi hospital bawa Zayyan check-up. Terjumpa baby viral yang comel ini.
“Tuhan uji mak bapa nya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tuhan tau mak bapak dia pasti ikhlas menerima kekurangan nya.
Semoga dia dah besar diberi kekuatan untuk menhadapi dunia mendatang. Faham-faham lah kan zaman sekarang ni MULUT ORANG .. Semoga mental fizikal dia kuat.
Walaupun dia diberi anugerah camni, dia tetap comel bagi saya.
Rata-rata yang membaca perkongsiannya itu memberikan kata-kata semangat dan positif kepada kedua ibu bapa bayi berkenaan ini.
Malah, ramai yang bersependapat dengan Rabiatul dengan menyatakan ‘bayi viral’ ini tetap comel di mata mereka.
Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu ciptaanNya itu sebagai sia-sia. Tentunya kehadiran bayi anugerah ini bukan sekadar menguji kedua ibu bapa mereka. Malah, menguji hati anda semua yang sedang membaca dan menyaksikannya.
Mingguan Wanita :Sentiasa mendoakan kedua ibu bapa anak ini diberikan kemudahan dan sentiasa dimurahkan rezeki untuk membesarkan anak tercinta.
Tragedi jejambat lebuh raya Dash, pelajar kolej maut, terjatuh dari ketinggian 21 meter. Seorang pelajar kolej swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum dia terjatuh dari jejambat Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5, pagi semalam.