Saat senang tinggalkan isteri tua & pilih pucuk muda, pakar bius kongsi lelaki meninggal seorang diri di ICU. Hidup adalah pilihan. Curang itu juga pilihan kerana ia bukan takdir. Ramai orang khususnya orang lelaki diuji saat senang dan memilih pucuk muda kerana tak tahan dengan godaan. Ada tinggalkan isteri tua kerana sudah tidak bergaya sedangkan isteri tua itulah hidup di awal-awal kesusahannya dahulu.

Ikuti perkongsian dari pakar bius, Dr Nurilyani Bujang yang menyaksikan banyak kes-kes sebegini. Moga dijadikan pengajaran buat kita semua.

‘Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.’

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma di atas katil.

‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’

‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’

Kenapa?

‘Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’

Dia menangis teresak esak.

‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’

‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu’.

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenal pasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..

Kenapa?

Kerana lupa diri.

Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’.

IKLAN

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Pesanan Ikhlas Buat Para Gadis! “Kaya, Hensem Pun Tak Guna Kalau Jenis Curang, Tak Setia”

Panjat Bonet Kereta, Tangkap Suami Curang.’ Tindakan Nekad, Bila Hati Wanita DiSakiti

‘Lelaki Curang, Masa Seronok Lupa Anak, Bini.’ Bila Hilang Segala, Baru Ingat Keluarga

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak ke mana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Pekerja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.

Masa banyak. Duit banyak.

Jadi, hati pun kembali muda.

Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.

‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘

‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke’

IKLAN

‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun.

Sedih saya lihat keadaannya doktor.’

‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’

‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.

Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci di telinga.

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri… Atau lebih elok disebut bekas isteri.

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

IKLAN

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.

Hanya dia dan kami.

Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.
Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.

Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.

Dr Nurilyani Bujang
Air mata insaf di ICU
* imej dari google

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Saat Senang Tinggalkan Isteri Tua & Pilih Pucuk Muda, Pakar Bius Kongsi Lelaki Meninggal Seorang Diri Di ICUJom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI