Isteri Adeep Nahar GV9 bergelar jutawan. Bukan hanya berjaya bergelar sebagai usahawan, isteri kepada penyanyi Adeep Nahar (VE) yang juga bekas peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) kini sudah bergelar jutawan.

Bangga dengan kejayaan isteri, Adeep akui sebagai suami dia sentiasa menyokong setiap karier yang dipilih oleh isteri tercinta.

Sebenarnya bukan mudah untuk seorang wanita berjaya jika tidak punya sokongan yang padu dari pasangan hidup mereka.

Isteri Adeep Nahar GV9 Bergelar Jutawan

Adeeb memberitahu isterinya, Mazlin Merezukhi kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).

“Selalunya aku post tentang aku.hari ni aku nak post tentang buah hati aku.. aku melihat dedikasi nya dari awal dia bermula bersama @mutyarabeauty hingga lah ke hari ini.

“Tiada pernah putus asa,atau merasa lelah. tetapi kekadang keadaan mengekang dan menghalang tapi kita tau ini adelah ujian Allah SWT kepada hamba Nya.

“Siang malam pagi petang tiada pernah henti.. setiap ape dia lakukan adelah bukan sahaja untuk diri sendiri, dia lakukan tiap-tiap hari untuk team dan juga aku dan anak-anak aku.

“Aku hanya mampu memberi sokongan dari segi bicara tentang semangat untuk jangan pernah berputus asa.

“Senjata yang paling kuat seorang Hamba Adelah Doa nya Pada Sang Pencipta.. Ya Rabb,kau permudahkan lah urusan dia, beri kan lah dia kekuatan minda dan kesihatan.. Dan pada founder @tyaarifinnw dan juga suami @asyrafkhalid yang senantiasa tanpa lelah memberi semangat,kelas,ruang dan peluang pada isteriku,ku doa kan yang terbaik di dunia dan juga akhirat.

“Seperti kata guru yang dicintai @habibalizaenalalhamid, didalam rezeki kita ade rezeki orang lain..

“Tahniah atas pencapaian mu Jiwa ku.. cekalkan hatimu dan lalui hari hari mu dengan percaya pada rezeki yang Allah berikan.. semoga terus berjaya.. Ameen Allahumma Ameen,” kongsi Adeep menerusi akaun Instagramnya.

Pemilik nama sebenar Abdul Mutalib Nahar juga berterima kasih kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid kerana menjadi guru dan sahabat isterinya.

“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor.

“Jadi, dia asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.

“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.

IKLAN

“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.

Suami Isteri Perlu Saling Menyokong

Menurutnya, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.

“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-masing sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.

Suami terkejut – Mazlin

Isteri Adeep, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna.

“Kali pertama mencuba produk ini, saya cakap pada suami produk ini ‘sesuatu’. Dia macam terkejut, sebab dia tahu saya seorang yang sangat skeptikal dengan produk.

IKLAN

“Kebetulan, Tya dan Asyraf mencari stokis. Jadi, saya cakap pada suami nak mencuba. Saya yakinkan suami dan nekad kalau nak menjadi usahawan tak nak biasa-biasa. Saya ambil pakej yang paling tinggi. Sebab, kalau nak buat, kena betul-betul. Mereka adakan sesi perjumpaan dan saya beranikan diri pergi sendiri.

“Ketika itu juga mereka memberikan penghargaan kepada usahawan yang menjual jamu Mutyara. Saya pegang ‘award’ itu dan mula berangan. Ternyata, ada yang boleh berjaya dengan perniagaan ini,” katanya.

Menurutnya, usaha yang dimulakan secara zero dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.

“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.

IKLAN

“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” luahnya.

Mesti Baca : Tya Ingat Pesan Ibu“Hidup Harus Sentiasa Berjuang, Tak Kisah Kita Berada Dimana Hari Ini”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adeep Nahar (@adeepnahar_)

Baca Disini :Hanya Mampu Beri RM5000 Untuk 2 Bulan Sedangkan Jutawan, Bekas Isteri DDNK Bertanya Wajarkah?

Sumber / Sumber Foto : Instagram Adeeb Nahar dan Isteri

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Isteri Adeep Nahar GV9 Bergelar Jutawan “Saling Jadi Tulang Belakang. Doakan Kejayaan, Kebaikan Buat Isteri”

Auntie Purple Raih Jutaan Views Di Tiktok

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI