Isteri pertama abang Tesla muat naik video lagu sedih, menulis coretan “akan sentiasa terlihat kuat”. Sejak semalam, ramai lelaki terkena “tempias” bebelan para isteri yang seakan tidak boleh menerima tindakan abang Tesla berkahwin dua dan memadukan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry telah mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah kali kedua semalam. Lebih mengejutkan, dirinya memuat naik video bersolat Subuh dengan isteri pertama tiga jam sebelum akad nikahnya berlangsung.

Isteri Pertama Abang Tesla Muat Naik Video Lagu Sedih

Tiga jam sebelum saya melangsungkan pernikahan yang kedua. Saya dan isteri pertama solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.

Mungkin ramai yang kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tapi saya tidak! Saya tidak akan membelakangi isteri saya.

Isteri saya reda dan sangat-sangat menjaga aib dan maruah suami dia. Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya.

Tambah Abang Tesla lagi, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.

Isteri yang baik adalah isteri yang taat pada suami dan menjaga maruah suami.

Selesai akad nikah kedua saya terus cari isteri pertama untuk pastikan dia tidak emosi.

Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina dimata manusia,” tulisnya.

IKLAN
@kakmaj58 Dulu, kini, dan selamanya tetap setia 🥰🥰🥰 #abgtesla #abangtesla #abgteslakhallegacy #kakmaj #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #poligami ♬ Satu Rasa Cinta Tolis (Acoustic) – Mohirfandi

 Di sebalik kebahagiaan baru yang dikecapinya, di akaun Tik Tok isterinya, @kakmaj58, dirinya memuat naik gambar-gambar kenangan bersama suami. Dan bagai menyuarakan isi hatinya, semua video kenangan itu diiringi lagu-lagu sedih yang mungkin menggambarkan perasaan dialaminya.

Menulis Coretan “Akan Sentiasa Terlihat Kuat”

Menulis, tagline, “Hanya ingin berkongsi rasa semangat kepada Kak Maj. Semoga Kak Maj kuat, Nurmajdina membuat naik banyak video termasuk gambar pernikahan mereka, gambar honeymoon, dihadiahkan kereta dan banyak lagi namun kebanyakan lagu berbaur sedih.

@kakmaj58 Akan sentiasa terlihat kuat 💪🏻🥰❤️‍🩹 #redha #abgtesla #abangtesla #abgteslakhallegacy #kakmaj #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #poligami #syafiqahhanafi ♬ Takkan Berpaling Dari-MU – Rossa

@kakmaj58 Kebahagiaanmu jua bahagiaku 🥰 #redha #abgtesla #abangtesla #abgteslakhallegacy #kakmaj #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypdongggggggg #poligami ♬ Semoga Engkau Bahagia – Ziell Ferdian

 Malah dirinya turut memperkenalkan wajah madunya, Syafiqah Hanafi.

Dalam satu video lain dimuat naiknya, Nurmajdina memuat naik video perkahwinan dirinya dan suami yang berlangsung pada 2019 namun katanya, pada 2023 sekali lagi diijabkabulkan cuma bukan kita tapi mereka. Dan tulisnya lagi, “alhamdulillah, bertahan hingga kini. Pasti kamu lebih kuat dengan dua wanita memimpinmu.

IKLAN

Biarpun sudah lima tahun berkahwin, namun pasangan ini belum dikurniakan anak.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Elizad Terharu Raja Permaisuri Agong Usap Perut, Titip Doa Dikurniakan Zuriat

Zulin Aziz Baru 10 Bulan Kahwin Namun Sering Diasak Soal Zuriat, “Mohon Doa Baik Buat Kami”

11 Tahun Perkahwinan Tanpa Zuriat Isteri Beri Hadiah Istimewa Buat Achey, Jalani Rawatan IVF

‘Enam Tahun Kahwin Belum DiKurniakan Zuriat.’ Sampai Hati Suami Salahkan Isteri

IKLAN

17 Tahun Menanti Zuriat Pertama, Berkat Redha & Sabar.” Terima Kasih Allah!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

“Kalau ditakdirkan, biar saya pergi dulu..” kata Zarina Zainuddin. Kasih ibu yang tidak pernah ada hujungnya.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI