Sikap mengungkit isteri kepada suami bukan bermakna isteri tidak ikhlas dalam membantu suami tapi mungkin kerana isteri terlalu penat mental dan fizikalnya. Bagi pihak suami pula apabila sang isteri telah berkorban membantu meringankan beban kewangan suami, pandai-pandailah mengimbangi semula bantuan yang diberikan oleh isteri.
Isteri ‘Mengungkit’ Bukan Tak Ikhlas
Bagi isteri yang bekerja, bukan sahaja penat di tempat kerja tapi boleh bertambah penat lagi dengan kerja-kerja rumah yang harus dibuat. Sementelah kalau suami tidak membantu langsung membuat kerja rumah.
Mulalah isteri ‘mengungkit’ dalam hati. Maklum sahaja, dia bekerja untuk membantu dan mengurangkan beban suami. Hakikatnya, suami tidak langsung mahu membantu isteri dalam hal-hal ruamh tangga.
Bab-bab ‘mengungkit’ ini bukan bermakna isteri tidak iklhas dalam membantu suami. Ini berlaku mungkin kerana isteri penat tetapi suami pula buat tidak tahu dan langsung tidak mahu membantu.
Mesti Ada Sebab Yang Suami Terlepas Pandang
Inilah yang ingin dikongsi oleh Firdaus Shakirin tentang apa yang membuatkan isteri mula mengungkit bantuan yang diberikan olehnya.
Bukan Tidak Ikhlas
Ads
“Mengungkit” sebagai tanda peringatan supaya jangan rasa selesa…
Bukan tak ikhlas dalam memberi pertolongan…bukan tak ikhlas dalam meringankan bebanan…
Lelaki susah nak figure out this situation…bila isteri cakap,
“Barang dapur saya beli, nurseri anak saya bayar, bil-bil utiliti pun saya tanggung, abang boleh pulak beli moto baru, tukar kereta, tambah komitmen keluarga?” Suami: “Nampak sangat awak tak ikhlas, hilang pahala awak bila awak ungkit macam ni…”
Ads
Isteri Bayar
Dalam rumah tangga, persetujuan bersama itu perlu sebelum melakukan apa-apa keputusan walaupun guna duit sendiri. Ini kerana, mungkin si suami ada duit lebih hasil daripada apa yang tidak perlu dibayarnya kerana sudah pun dibayar isteri.
Kewajipan suami tetap menjadi kewajipan suami bila dia MAMPU.
Bila ada duit lebih, maka jangan fikir lagi hendak tukar motor, upgrade kereta, beli handphone dan sebagainya…tapi ambik balik apa yang isteri sedang bayar setiap bulan, di mana kewajipan itu bukanlah terletak dibahunya…tapi dibahu kita yang menjadi suami…
Ads
Kita kena ambil semula apa yang tak sepatutnya isteri bayar sebab kita sudah mampu bayar.
Jangan terus pejam mata sebab sudah buat perjanjian, rumah dengan kereta suami bayar, yang lain-lain isteri bayar dan perjanjian itu pula dibuat di awal usia perkahwinan dahulu.
Apabila anak sudah tiga, belanja dapur yang isteri keluarkan masa berdua tak sama jumlahnya dengan belanja dapur masa berlima. Sama juga dengan bil-bil utiliti dan sebagainya. Kita seronok sebab selesa dengan komitmen bulanan rumah dan kereta yang mana sudah tetap untuk 9 tahun dan 30 tahun akan datang.
Bila dengar isteri ada berbunyi tentang kewangan keluarga, tentang apa yang dibayarnya, maka itu adalah peringatan kepada kita yang menjadi suami supaya tidak menyalahgunakan bantuan tersebut dan menjadi terlalu selesa bila tak perlu mengeluarkan duit seperti dia.
Ingat, kita akan dikira ‘berhutang’ dengan isteri kalau kita biar dia bayar apa yang kita patut bayar dalam ketika kita sendiri mampu untuk bayar.
Suami dikira berhutang nafkah bila isteri keluarkan duit untuk perbelanjaan rumah. Hutang nafkah isteri, ramai suami (bukan semua) terlepas pandang. Alasan yang diberikan kerana isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Isteri hari ini ramai yang bekerja. Dek kerana mereka sama-sama berusaha mencari rezeki dan menanggung keluarga, ada suami yang mengambil kesempatan. Kadang-kadang, suami berkira pula dengan isteri. Jadi kedekut, mentang-mentanglah isteri bekerja.
Hakikatnya, ingat kembali, setiap bulan cukupkah dengan duit yang suami ada atau merasakan rezeki selalu tak cukup. Adakah ini boleh dikaitkan dengan suami hutang nafkah isteri.
Perkongsian daripada Khairul Johari ini mengingatkan para suami agar tidak terlepas pandang terutamanya dalam hutang nafkah isteri. Jika isteri reda dan halalkan, alhamdulillah. Tapi janganlah sampai lupa tanggungjawab pula.
Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup?
Sebab apa dapat banyak pun tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?
Hati kusut.. Tanya isteri anda dan tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri..
Tanya isteri, adakah dia betul betul halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?
Percayalah, isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.
Kedua sebab nak elakkan pergaduhan.
JANGAN KEDEKUT Dengan Isteri
Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri?
Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Ddalam tak sedar, kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.
Kite tengok isteri tak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga. bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.
Bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang, malam 24 jam tanpa rehat dan bBukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu nak dia jaga.
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak agak dia akan bagi tak kahwin?
Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.
Atas dunia boleh kite ngelat, tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok esok
Suami buatlah ‘suprise’ kalau tak reti tunjuk kasih sayang pada isteri. Isteri mana yang tidak gembira bila suaminya bagi hadiah, romantik dan guna ayat yang berbunga-bunga cinta dan kasih sayang.
Namun bagaimana pula kalau jenis suami yang tak pandai nak buat semua itu. Isteri belajarlah untuk terima dengan hati yang terbuka. Mungkin suami tak pandai berkata-kata tapi ada kelebihan lain yang boleh membuatkan hati isteri terpikat.
Tapi, kalau tak reti sekalipun nak tunjuk kasih mesra atau romantik dengan isteri, cuba sesekali buatlah suprise. Mesti hati isteriberbunga-bunga. Buatlah suprise untuk isteri tak perlu nak bermewah-mewah, dengan beli barangan mahal, bercuti dengan naik kapal atau sebagainya. Cukup dapat makan kat kedai kopi, teman shopping pun dah seronok buat isteri.
Antara perkongsian menarik daripada Khairul Anuar Basri ini untuk suami. Sekurangnya dengan suprise ini boleh menjadi memori indah buat isteri.
Sekali sekala, buatlah surprise kepada pasangan. Isteri yang nak marah boleh bertukar menjadi senyum. Yang kecik hati, boleh terubat dengan sendiri. Ada isteri yang tawar dan hambar, boleh jadi manis dan ceria kembali.
Surprise tu bukannya apa-apa pun. Itu tandanya ambil berat dan sangat
menyayangi. Walaupun apa yang dibuat untuk surprise tu tak berapa ringgit pun.
Saya tak pandai nak main-main kata. Saya tak pandai nak hantar-hantar bunga.
Saya bukan yang jenis macam tu kalau nak tunjuk sayang dan kasih mesra.
Sekadar yang saya boleh buat, saya buat. Macam ada hari tertentu saya culik isteri saya di sekolahnya. Tinggal keretanya kat sana, naik kereta dengan saya. Kami keluar makan tengah hari.
Isteri ni kadang-kadang bukan nak apa pun dari suami. Mereka nak perhatian saja. Mereka suka kalau dibelai dan dimanja. Mereka suka kalau kita bagi sesuatu dekat mereka.
Yang duit lebih, boleh la bagi hadiah mahal-mahal. Yang duit banyak, boleh la bawa melancong merata tempat. Yang skoda-skoda macam saya ni, berilah ikut kemampuan. Nasi goreng, telur mata dan keropok keping pun jadilah tanda ingatan.
Cipta Memori Bersama
Sebenarnya yang penting bukanlah pemberian tu. Tapi saat bersama tu. Enjoy the moment orang putih cakap.
Makan makanan best dan melancong tempat menarik. Apa yang best? Apa yang menarik?
Makanan itu ke yang best? Tempat itu ke yang menarik?
Bukan. Bukan makanan itu yang best. Bukan tempat itu yang menarik.
Makanlah makanan paling mahal di restoran paling eksklusif sekalipun, tapi makan seorang diri saja, tak best mana pun.
Makan roti kosong dengan wife jadi best. Berjalan ke pasar pagi dengan kekasih hati jadi best. Takde apa sangat pun kan?
Tapi dia jadi sangat best. Kerana orang yang kita sayang dan kasih itulah akan menjadikan segala di dunia ini jadi best.
Para suami dan para isteri sekalian.
Hargailah setiap masa pasangan kita masih hidup. Sesibuk mana sekalipun kita, carilah masa untuk pasangan kita. Jika tak sempat nak rancang, secara mengejut pun boleh la.
Ciptalah memori bersama pasangan sementara nyawa masih dikandung badan.
Isteri yang bakal hidup bermadu, berusahalah untuk berdamai dengan takdir. Usah dilayan perasaan yang remuk redam kerana ‘diduakan’ oleh suami. Memang apabila menyebut tentang poligami semua wanita tidak menginginkannya.
Tiada wanita yang sanggup berkongsi suami. Namun, kalau itu sudah ditakdirkan, kita tidak mampu untuk menolaknya. Bagi suami, mungkin ‘seronok’ tambah-tambah bila bercakap tentang poligami. Itu kelebihan lelaki yang memang tak boleh nak sangkal. Cumanya, kalau dah poligami, kenalah adil dalam memberi tanggungjawab pada isteri-isteri yang ada.
Begitu juga dengan isteri-isteri, kalau sudah ditakdirkan bermadu, terimalah dengan reda, DIA yang merancang sebaik-baiknya. Tak perlu merasakan diri kekurangan atau silap sampai suami cari yang lain tetapi percayalah semua ini ada rahmatNya.
Perkongsian daripada Khazatul Atiqah Abu Seman yang turut mempunyai ‘madu’ ini boleh dijadikan panduan terutamanya buat isteri-isteri yang bakal bermadu.
Berikut dikongsikan lima ringkas untuk yang bakal berpoligami. Tip ini untuk para isteri, tidak kiralah isteri nombor berapa mahupun bakal madu. Buat suami yang berhajat, buatlah dengan cara yang baik dan bantu isteri kalian juga ya. Tip ini diharap mampu memberi manfaat kepada isteri di luar sana. Bukan untuk sarankan suami berpoligami ye, tapi sekadar tip untuk bakal madu.
1. Cari ilmu yang betul
Poligami ada ilmunya. Kena fahami dan tak boleh sembarangan. Bukan seperti yang selalu kita nampak dalam drama sinetron. Memang banyak yang gagal, namun tak kurang banyak juga yang berjaya. Carilah pengamalnya yang berjaya mengamalkan dan tuntut ilmu dari mereka. Bukan ilmu yang pelik dan guna-guna, bukan juga untuk suka-suka. Besar padahnya jika tak betul caranya. Poligami yang baik adalah sepertimana yang Nabi ajar.
2. Berkawan dengan orang yang positif dan bukan anti poligami
Kebanyakan yang ini orang buat. Jika rasa tak kuat, kena kurang bergaul dengan orang yang anti. Bagi yang nak poligami tu, kita. Maka, kita jaga lingkungan kita untuk membantu diri kita lebih positif. Biasanya di peringkat awal, ujian perasaan jadi haru bila kita dengar pandangan yang negatif dari golongan sebegini. Lagi bila tersembang masalah, makin negatif jadinya.
3. Elakkan layan perasaan
Perasaan kalau dilayan makin menjadi. Pulak tu, tengok cerita romantik dan sebagainya, kita letakkan diri kita dalam cerita tu. Sedangkan dalam Islam, romantik adalah cinta sampai Syurga. Walau monogami, nanti kita juga berMadu dengan bidadari di sana. Maka, bantu diri dengan jaga perasaan dan jangan berperasaan yang bukan-bukan. Bila mana Suami tengah baik, malah cuba menjadi lebih baik dan bertanggungjawab, jangan hambur dan tuduh yang bukan-bukan pada suami. Perasaan perlu dipandu. Rujuk dan tanya, betul ke perasaan demikian dan demikian jika perlu. Kalau sekadar kita sorang berperasaan, jangan diikut sangat. Nanti kelaut jadinya.
4. Elak periksa telefon suami
Ini sangat crucial. Kata orang, jangan cari penyakit dan cari punca bergaduh. Kena belajar letak boundary. Tak kira pada isteri mana-mana isteri pun. Ia baik buat isteri terutamanya yang mudah beremosi dan berperasaan. Letakkan hormat pada barang suami, sekalipun isteri yang dah bertahun, apatah lagi isteri baru akad nikah. Buang prasangka bukan-bukan kerana suami berhubung dengan yang halal dan yang berhak. Bukanlah kepada yang bukan muhrim. Ia sebahagian dari tanggungjawab Suami untuk berhubung dengan yang berada di bawah tanggungannya.
5. Jangan saja meninggalkan kesan pada suami dengan sengaja
Ini untuk yang dah berkahwin. Bila mana suami mendatangi mana-mana isteri, kemudian sengaja meninggalkan Love Bite pada uami dan kemudiannya ditonton pada isteri lain.
Tips 4 dan 5 adalah tip yang saya dapat dari seorang sahabat sebulan sebelum saya berjumpa calon dan menginjak alam poligami.
5 tip ini adalah teknikal sahaja sebenarnya. Atau bahasa lainnya, fancy tip. Namun yang sebenarnya, poligami mengajar kita untuk bergantung lebih pada Allah. Dari poligami kita belajar kenal diri dan kenal Pencipta kita. Kalau dulu sandaran hati adalah suami, bila berpoligami, kita belajar tawakal yang lebih tinggi dari itu, namun tetap tidak menidakkan kedudukan suami selagi mana dalam syariat. Belajar taat pada suami walau kita tidak setuju pada beberapa perkara.
1. Belajar bangun malam. Ia ubat buat hati. Keajaibannya sukar untuk digambarkan.
2. Belajar merintih dan mengadu pada Allah, bukan pada sembarangan orang. Nak menangis, masa itu jugalah.
3. Belajar perbaiki solat, perhalusi cara berdoa. Nak Allah bantu memang tiada cara lain melainkan kita betulkan solat kita. Ia adalah talian hayat utama kita.
4. Tiba-tiba timbul rasa sunyi dan keseorangan, kata pada diri, nanti aku mati juga seorang diri. Tetaplah suami juga tak masuk kubur sekali. Kalau sebelum ni suami boleh outstation atas dasar kerja duniawi, kenapa tidak atas sebab tanggungjawab yang membawa kepada akhirat, kita gundah gulana pula.
Perbanyakkanlah selawat dan zikir. Isi masa dengan perkara berfaedah. Kalau sebelum ini teringin nak ikut kelas mengaji, atau nak buat kerja sukarelawan, inilah masanya. Tengok youtube, banyakkan menonton video yang membangkitkan hati kepada ilmu Agama, perihal akhir zaman dan sebagainya. Perkara yang lagha boleh mematikan Hati. Maka, berhati-hatilah.
5. Sebelum persoal orang lain, persoal diri sendiri dulu. Ia membantu kita untuk kenal diri kita. Aku nak kahwin atas niat apa sebenarnya. Suami itu jambatan menuju akhirat. Suami juga pinjaman dari Allah. Apa jua kesenangan mahupun kesusahan, penghujungnya Allah mahu kita dekat dan ingat padaNya sebelum kita menghadapNya. Allah nak kita sedar, di sebalik semua ini, Allah jualah semuanya.
Maka, ujian dari suami atau madu, susah mahupun senang, jangan lepaskan Allah. Manusia takkan pernah sempurna, semua dari kita adalah hamba. Maka santuni satu persatu dengan penuh sabar dan berhikmah selagi ada umur Allah pinjamkan di dunia.
Perkahwinan itu satu ibadah dan satu bentuk kasih sayang. Ia adalah separuh kesempurnaan dalam beragama. Suburkan rasa kasih, cinta dan sayang. Jangan letakkan perasaan yang tidak sihat di dalamnya. Bagi yang nampak salah dan kurang suami, doakan kesalahannya.
Perkahwinan monogami juga boleh bertolak ansur dan berlebih kurang, maka poligami juga sama. Semoga bermanfaat buat yang memerlukan.
NOTA: Jika ditakdirkan oleh kita untuk hidup bermadu, boleh guna tip ini sebagai panduan.
Sumber: TiQa Ummimerahjambu (Khazatul Atiqah Abu Seman)