Isteri sesibuk mana pun dengan kerjaya, cubalah untuk memasak walau seminggu sekali. Tanyalah pada suami, tentu dia suka menikmati hasil air tangan isterinya. Jika di hari bekerja tidak berkesempatan untuk memasak, cubalah ‘pulun’ hujung minggu masak untuk suami.
Isteri Masaklah Walau Seminggu Sekali
Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju tentang perkara ini. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!
Masaklah, Hati Suami Pasti Gembira
Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun sebab faham awak penat kerja. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka. Rasa seronok sangat.”
Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan yang dah siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.
Nak seronok, boleh ajak suami sama-sama beli barang basah. Itu juga sebenarnya masa kualiti suami dan isteri.
Berbunga-bunga Hati Suami Makan Hasil Air Tanganmu
Suami Sebenarnya Kisah
Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam sebenarnya ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Bukan dia tak faham kepenatan isteri, tapi dia teringin nak merasa air tangan isteri. Yelah, dah ada isteri takkan memanjang makan makanan beli.
Untuk isteri, jangan ambil kesempatan pula bila suami macam tak kisah kalau isteri tak masak. Suami mana yang tak nak makan masakan isteri? Sedap tak sedap belakang kita. Yang penting, effort atau usaha isteri nak masak paling penting.
Puji Masakan Isteri
Ads
Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, suami akan puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang dibayangkan. Itulah sebenarnya tanda suami menghargai usaha dan penat lelah si isteri itu.
Kemudian suami akan komen, apa kekurangan masakannya itu secara elok-elok dengan niat supaya isteri boleh perbaiki mutu masakannya kelak. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. TAPI, suami jangan sesekali mengkritik masakan isteri dengan secara marah-marah atau merendahkan isteri. Silap hari bulan, isteri langsung mogok masak!
Masaklah Walau Lauk Yang Ringkas
Selain itu, suami sebenarnya TAK KISAH LANGSUNG walau anda hanya masak lauk yang ringkas untuknya. Hanya dengan satu lauk saja pun dia mampu makan bertambah. Tak seronok ke wahai isteri?
Namun, suami jangan terlalu cerewet kerana kadangkala skill masakan ini perlu diasah. Kalau rajin masak, lama-kelamaan gerenti memang sedap air tangan isteri!
Tawar Diri Jaga Anak
Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula. Jadi, seeloknya suami tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama.
Ads
Suami boleh ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Itu juga tanda suami memahami kepenatan anda dan dia cuba ringankan beban anda! Bahagia tak?
Bantu Isteri Masak
Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika suami hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, suami juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!
Bagi isteri yang tak berapa pandai masak, suami bagi semangat untuk belajar memasak. Kalau perlu, ambil inisiatif untuk ke kelas belajar memasak.
Suami Berkias
Ada suami yang suka ‘berkias’. Bila dia ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, dia akan menelefon dan memberitahu yang dia teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, dia memberitahu yang dia nak anda masak hari itu.
Ads
Masaklah, Jangan MALAS!
Tak dinafikan, ada isteri yang memang malas nak masak. Asyik nak membeli saja. Aduh. Susah juga tu. Tak boleh macam tu kerana itu tanggungjawab isteri untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.
Bahkan, bila masak sendiri, banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.
Setelah berumah tangga ramai memilih untuk tinggal sendiri berbanding tinggal bersama mertua. Namun adakalanya manusia hanya merancang selebihnya Allah yang menentukan.
Kadang-kadang disebabkan ibu atau ayah mertua tinggal sendirian, terpaksalah anak, menantu tinggal bersama. Baik, buruk tinggal bersama mertua adalah bergantung 100 peratus pada sikap dan layanan mertua.
Semua orang bila mendirikan rumah tangga, mesti hendak ada tempat tinggal sendiri…
Hendak ada kehidupan sendiri, nak ada privasi dan nak menentukan sendiri apa yang kita nak buat dalam rumah tangga yang baru kita bina itu…
Namun, ada juga yang terpaksa tinggal dengan mertua…
Suka dukanya, baik buruknya mereka yang tinggal dengan mertua ini subjektif sebab bergantung sepenuhnya kepada sikap, tingkah laku dan layanan mertuanya…
Baik, Buruk Bergantung Kepada Sikap Mertua
Bangun lambat sangat, tak boleh…
Duduk tengok televisyen lama sangat pun tak bloeh…
Anak-anak sepahkan rumah, mertua marah…
Bila guna barang mertua, dia tak bagi… Bila masuk ke dapur untuk memasak, itu dia komplen, ini dia komplen… Potong ini kecik sangat, potong itu besar sangat…
Lepas itu kerja-kerja rumah, semua mertua nak menantu yang buat… Sudah kemas rumah ke belum, tak kan nak tunggu kena suruh…
Pukul berapa nak start masak, perut sudah lapar… Baju dekat ampaian itu bila nak kutip, hari sudah petang…
Bila datang adik-beradik yang lain, si menantu yang tinggal sekali itulah yang kena layan…
Dia memasak, dia hidang, dia kemaskan… Pinggan mangkuk cawan semua dia yang kena basuh… Walaupun yang duduk dekat ruang tamu itu adalah anak mertua itu sendiri, ipar biras si menantu…
Anak perempuan dia pula dilayan oleh menantu yang tinggal di situ…
Bergantung 100 Peratus Pada Layanan Mertua
Bila mengadu pada suami, jawapan suami. “Ala, mak memang macam itu… Layankan saje…”
Layankan saja? Ye lah kan, bukan dia yang kena… Dia tak ada dekat rumah… Kalau dia ada pun, layanan mak dia jadi lain… Baik tiba-tiba dengan menantu dan cucu sebab anak sendiri ada dekat rumah tu…
Itu belum cerita lagi bab mertua mengata menantu itu dekat menantu yang lain, dekat anak yang lain, dekat jiran sekeliling… Kadang-kadang lain yang menantu buat, lain yang mertua sampaikan…
“Awak, siang tadi awak tak buat kerja ke? Mak bagitahu saya yang awak tak buat apa-apa”.
Ini bukan drama, ini hakikat yang berlaku dalam rumah tangga mereka yang kena tinggal sekali dengan mertua…terseksa jiwa dan raga dan tak ada siapa pun yang faham dirinya…
MW: Paling penting apabila tinggal dengan mertua, suami harus bijak mengawal situasi. Jangan sebelahkan sebelah pihak saja, kena adil segala segi agar tiada yang berkecil hati.
Sekarang ini musim jamuan raya anak-anak sekolah. Maklum sajalah, masih lagi dalam bulan Syawal. Di negara kita ini sememangnya unik, selagi belum habis bulan raya, selagi itulah akan diraikan.
Tak salah pun sebenarnya, sebab dengan cara ini pun dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim. Nak-nak dah dua tahun kan tak dapat meraikan Hari Raya dengan penuh meriah.
Baik dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.
Pernah juga terbaca, satu isu diutarakan tentang jamuan raya anak-anak ini. Bila mana, makanan yang mak bekalkan pada anak, sayangnya juadah tidak berusik.
Sememangnya boleh terjadi hal-hal semacam itu. Lagi-lagi bila setiap anak-anak, masing-masing bawa juadah. Tapi, tentunya pihak sekolah pun meneliti hal sebegini.
Kalau tidak habis, bolehlah cikgu agihkan pada anak-anak. Masukkan makanan yang tidak berusik dalam bekas makanan yang anak-anak bawa. Ini pun satu cara juga.
Namun, apa yang menarik perhatian bila mana ibu ini Mumymaria Mohamad kreatif menyediakan juadah jamuan raya untuk anak-anaknya yang berada dalam tahun 1 dan tahun 5.
Akui ibu ini, inilah juga cara yang pernah dipraktikkan sebelum ini. Memandangkan dirinya tidak pandai memasak rendang apatah lagi membuat kuih muih.
Jadi, ibu berkreatif dengan kemahiran yang dimiliki.
Kongsinya, “jamuan sekolah.. selagi tak habis raya gini ler.. Acik memang tak pandai buat rendang, kuih muih bagai… pandai goreng bihun dengan fries je..
“Ni pun ulang teknik 4 tahun lepas… habis idea dah. Takpe lah janji menarik perhatian anak-anak kat jamuan tu nanti. Kalau tak membazir, sayang makanan..”
Sungguh.. lagi-lagi ketika ini boleh dikatakan agak sukar untuk mencari barangan makanan. Antaranya, ayam. Dalam berdepan kekurangan makanan ini, penting untuk mendidik anak-anak agar menghargai makanan yang terhidang di depan mata.
Semoga perkongsian ibu ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang sedang berkira-kira untuk menyediakan juadah jamuan raya anak-anak di sekolah.
Jodoh di tangan Tuhan, tidak semua bernasib baik. Setengah orang dikurniakan pasangan di usia yang begitu muda, namun di pertengahan jalan rumah tangga yang dibina kacau-bilau.
Jika ada di kalangan yang bertuah dan bernasib baik dikurniakan pasangan, bersyukurlah dan hargailah pasangan kurniaan daripada Allah SWT.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslidaini dan hadam baik-baik :
Dalam dunia ini tidak semua orang berpeluang mempunyai pasangan hidup. Kita patut bersyukur kerana dalam ramai-ramai tu kita antara insan yang dipilih untuk mempunyai pasangan hidup.
Walaupun pasangan kita tidak sehebat pasangan orang lain, tidak secantik atau sekacak pasangan orang lain namun bersyukurlah kerana hidup kita tidak keseorangan. Allah hadirkan seseorang untuk menemani hidup kita.
Bersyukurlah juga jika kita mendapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dan senang dengan kita. Malah tidak kisah pun macamana keadaan kita, tidak memilih dan cerewet. Jangan lepaskan, kelak kita sukar nak temui lagi insan seperti itu.
Kerana ada juga yang dapat pasangan yang bila mana kita senang dia bersama kita tetapi bila kita susah dia tinggalkan kita.
Tak Semua Bernasib Baik
Setiap orang rezeki dia berbeza dan pengalaman juga tak sama. Bagi yang mendapat pasangan yang baik, itu adalah satu anugerah yang tidak ternilai.
Cuba kita perhatikan tingkah laku dan gerak geri pasangan kita, mesti kita akan sayu kerana kita tak tahu entah berapa lama Allah pinjamkan dia untuk kita. Dan lagi satu bila kita lihat pasangan kita ketika dia sedang tidur, renunglah mata dia.
Lihatlah keseluruhan anggota badannya betapa dia berusaha keras untuk menjadi yang terbaik buat kita dan keluarga. Walaupun tak sama dengan orang lain namun ia cukup bermakna dalam hidup kita.
Pada sang suami pula, janganlah mudah memaki-hamun isteri anda sesuka hati. Kerana hati dan jiwa wanita ini sangat lembut dan sensitif. Jika ada perkara yang anda tidak suka, tegurlah secara berhemah dan lemah lembut.
Jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang kesat dan tidak elok kepada mereka, kelak mereka akan hilang rasa hormat kepada anda. Dan kehidupan rumah tangga kita pun akan suram dan tak seronok. Betul tak?
Walaupun Nasib Berbeza, Jaga Pasangan Sebaiknya
Satu lagi, ini selalu berlaku dalam kehidupan kita. Jika kita diuji dengan menjaga pasangan kita yang sakit. Lebih-lebih lagi sakit yang kronik dan sukar diubati. Maka tenang dan sabarlah.
Jagalah mereka dengan seikhlas hati anda. Kerana Allah dah pilih kita untuk menjaga mereka. Ada sebab Allah pilih kita. Jangan sesekali kita mengeluh dan memarahi mereka dengan mengatakan mereka menyusahkan hidup kita kerana ayat tersebut boleh membuatkan hati mereka terluka.
Ingatlah satu perkara mungkin masa dia bersama dengan kita sudah tidak lama, jadi manfaatkan masa bersama dengan meninggalkan suatu kenangan yang indah. Bukan untuk dia sahaja bahkan untuk diri kita juga.
Bernasib Baik, Itu Suratan Ilahi
Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita adalah satu suratan yang telah Allah tetapkan. Ikhlaskanlah hati untuk menerima takdir hidup kita ini. Semua yang diberi dan berlaku ada hikmahnya yang kita tidak tahu dan jangkakan.
Makanya bersangka baiklah. Semoga Kita semua terpilih menjadi salah seorang penghuni syurga yang tertinggi dan kuat serta sabar dalam melalui liku-liku kehidupan kita.
MW: Jika mak,ayah dikurniakan pasangan yang baik, hargailah sebaiknya. Jika tidak, berdoalah selagi mampu. Jika sudah tidak mampu bertahan, pilih langkah terbaik agar kedua-duanya merasa bahagia.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...