Isteri kena dera suami meninggal dunia, jiran dedah pasangan kerap bergaduh. Seorang isteri menjadi mangsa keganasan rumahtangga apabila didera hingga meninggal dunia.
Menyedihkan, suaminya berpangkat Dato dan berdarah Pakistan telah melarikan diri selepas menghantar wanita ini ke sebuah hospital swasta selepas membelasah isterinya. Namun sebaik mendapat tahu isterinya meninggal, lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran bin Mohamed Yunos telah melarikan diri dan kini dalam buruan pihak berkuasa.
Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia
Difahamkan arwah telah dibelasah oleh suaminya sehingga tidak sedarkan diri. Hasil pemeriksaan pegawai perubatan, terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh tubuh mangsa akibat dipukul objek tumpul sehingga mengalami kecederaan dalaman serius selain terdapat kesan kecederaan di seluruh badan.
Dalam pada itu, hasil perkongsian individu di fbnya, Azmierawatie Hazlienda Musa yang juga adik kepada arwah telah berkongsi wajah lelaki pendera ini untuk diviralkan kepada orang ramai selepas kematian kakaknya terjadi.
Tulisnya, “salam mohon jasa baik semua tolong sebarkan bagi menjejaki suspek utama penyebab kematian ke atas kakak saya Azween Noor binti Alias. Suspek Mohamed Imran bin Mohamed Yunos, adalah suami mangsa. Kes kini di bawah siasatan pihak polis. Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek boleh la menghubungi saya di talian 0192336310.
Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh
Perkongsiannya ini ternyata menarik minat kenalan fbnya yang memaklumkan pasangan ini satu tingkat dengan kediamannya dan dipercayai kerap bergaduh hingga dia pernah melaporkan kepada pihak pengurusan kediaman.
“Dulu dia orang stay Evo kan? Sma level dengan unit saya stay. Selalu dengar dia orang gaduh dan dengar macam berlaku keganasan rumah tangga tapi tak berani nak buat apa-apa. Saya mampu report dekat security dan management je. Polis pun pernah datang tapi lepas tu dia orang pindah.
Dalam pada itu memetik laporan Harian Metro, adik kandung arwah Azmir Alias, 37 memaklumkan, arwah tidak pernah bercerita mengenai masalah rumahtangga. Malah mereka juga jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
Azmir adalah adik kepada Azween Noor, 38, yang maut dipercayai didera suaminya di sebuah pangsapuri di Sungai Long, Kajang, Ahad lalu.
Azmir berkata, kali terakhir keluarganya bertemu dengan arwah adalah pada Aidilfitri lalu dan arwah tidak bercerita yang dia didera.
“Arwah memang seorang yang pendiam, dia bercakap apabila perlu sahaja, dia tidak pernah bercerita soal rumah tangganya. Ada dia beritahu mengenai suaminya yang kerap kerja di luar kawasan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, keluarga juga tidak pernah bertemu dengan suaminya (suspek) sejak arwah melangsungkan perkahwinan enam tahun lalu.
“Suaminya tidak membenarkan arwah ke rumah ibu, kami juga pelik dengan sikap lelaki itu. Pernah satu ketika ibu ke rumah arwah namun dihalau lelaki terbabit menyebabkan sehingga kini ibu tidak pergi ke rumah arwah,” katanya.
Ads
Katanya, arwah meninggalkan dua cahaya mata berusia enam dan tiga tahun yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kami sekeluarga ingin membuat permohonan untuk menjaga kedua-dua anak arwah,” katanya.
Semalam, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Mohamed Imran Mohamed, 32, yang beralamat terakhir di Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.
Lelaki terbabit dipercayai suspek dalam kejadian mendera isterinya sehingga mati sebelum dihantar ke hospital. Wanita terbabit dihantar suaminya ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, lelaki itu menghilangkan diri.
Sedia maklum kentang bertunas dan kulitnya berubah hijau tak boleh dimakan. Sebab kentang bertunas boleh mengundang keracunan. Akibatkan sakit perut, pening dan mual jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Habis tu.. nak buat apa kentang yang dah bertunas dalam bekas yang banyak-banyak tu.
Takkan nak buang macam itu sajakan. Membazir namanya. Membazir itu amalan syaitan. Syaitan pula musuh yang kita perlu perangi dalam diri. Sebab itu, MW usahakan juga sampai dapat bantu mak-mak memanfaatkan kembali kentang yang dah bertunas dekat rumah tu.
Apa yang perlu dibuat jika kentang dah mula keluar tunas? Ini ‘lifehack’ daripada kentang bertunas yang memang akan memudahkan kerja-kerja mak-mak dekat dapur.
Manfaat Luar Biasa Kentang Bertunas
Pertama : Membuang Karat
Belah kentang bertunas kepada dua bahagian. Gosok permukaan belahan kentang tadi pada bahagian peralatan dapur yang berkarat. Asid yang ada pada jus kentang itulah yang bekerja untuk menyahkan karat.
Kredit foto : wikihow
Caranya: Belah kentang kepada dua bahagian. Letak potongan tadi dalam garam. Sental kentang bersalut garam tadi pada alatan dapur yang berkarat. Ulang langkah yang sama jika garam makin menghilang. Lakukan sampai karat tiada lagi. Jangan lupa bilas dengan air.
Boleh juga campurkan baking soda dan sabun. Caranya sama. Peralatan dapur yang boleh dipraktikkan adalah kuali, permukaan sinki bilik air atau sesetengah bahagian pada kereta.
Kedua : Ejen Pembersih
Percaya atau tidak, kentang bertunas juga boleh dijadikan bahan pembersih daripada kotoran degil malah pengilat kasut. Barangan perak yang kusam pun boleh kembali bersinar dengan bantuan kentang. Cara kilatkan kembali barangan perak, rendam barangan perak dalam air berisi kentang yang dah dikupas.
Biarkan barangan perak terendam kemudian angkat. Lihat kesannya. Untuk kotoran yang degil, gosokkan kentang bertunas yang mentah pada kotoran degil dan siramlah dengan rendaman air kentang.
Ketiga : Merawat Luka Ringan
Petuanya, kentang bertunas boleh merawat luka kecil seperti kulit merengsa, sakit belakang atau sakit kepala. Ia juga dikatakan boleh membantu meraawta masalah ulser dan gout. Caranya, sapukan kentang dihiris pada kulit kepala yang pening tu. Kentang mentah bersihkan dan jadikan pes. Letak pada kulit yang merengsa.
Kredit foto : albstroka.com
Keempat : Jadikan Masker Untuk Mencantikkan Kulit
Sebab itu, adanya masker kentang. Sebab kentang mentah boleh mengurangkan kedutan dan membersihkan jerawat. Sapukan kentang mentah yang dah dibersihkan tu pada wjah bermasalah. Boleh juga jadikan pes dan campurkan dengan air, letak pada wajah sekitar 30 minit. Anda juga boleh jadikan kentang mentah sebagai pencuci semulajadi.
Kredit foto : Pinterest
Kelima : Hasil Seni Yang Mengagumkan
Duduklah berkumpul dengan anak-anak dan ambil kentang bertunas tadi untuk menjadi bahan kraf mereka. Sama ada untuk kerja seni pada kertas lukisan, atau anda boleh berkreatif dengan menjadikan bentuk-bentuk kartun kegemaran anak-anak. Misalnya kartun Totoro.
Dah tau kan kegunaan kentang bertunas ni. Jadi lepas ini, bila ada kentang bertunas tak perlulah mak-mak membuangnya. Boleh bersihkan mana-mana alatan dapur yang patut ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sejak 7 hari lalu, puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 cuma memiliki nama timang-timangan. Malam tadi, bersempena majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik puterinya itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami mengumumkan kepada hadirin pilihan nama anak sulung mereka adalah Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa.
Sebelum ini Ibu dan ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, 59 memanggil Siti Aafiyah dengan nama gelaran Fatimah Az-Zahra bersempena nama puteri rasulullah SAW. Malah panggilan manja, Comel Pipi Merah turut digelar ibunya yang juga penyanyi tersohor negara.
“Selepas saya hamil, kami mula mencari nama yang paling sesuai. Ilham nama ini diperoleh ketika di Tanah Suci Makkah. Di sana, doa pendek inilah yang sering suami saya nampak.
Nama Ilham Dari Tanah Suci Makkah
Doa yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah, Allahumma inni asaluka al’afiyah (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).
Afiyah ini membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, untuk menjadi sihat, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai wang , kita berada dalam afiyah, untuk hidup, kita berada dalam afiyah, untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam afiyah. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.
“Kemudian, suami saya tanya sama ada setuju atau tidak memberikan nama Aafiyah. Nama itu membawa segala-gala maksud yang baik-baik.
“Dalam masa yang sama saya memikirkan nama yang dicadangkan suami. Tak sangka, setiap hari dekat handphone doa-doa yang diupdate pada saya adalah doa yang memang menyebut tentang aafiyah.”
Daripada situlah tercetusnya, beliau dan suami memilih Siti Aafiyah Binti Khalid Mohd Jiwa sebagai nama yang diberikan kepada permata sulung mereka.
Akui Siti lagi sepanjang 7 hari ini, dia memanggil anaknya dengan nama Fatimah Az-Zahrah. Memandangkan nama Siti Aafiyah pun sudah melekat di hati, ada ketikanya dia memanggil puterinya itu dengan panggilan Aafiyah,
“Bila panggil Fatimah Az-zahrah pun dia senyum, panggil Siti Aafiyah pun dia senyum. Ternyata dia bayi yang suka senyum.” Ulas beliau lagi, beliau akan memanggil anaknya dengan nama penuh memandangkan nama itu adalah doa.
“Biar dia dapat maksud doanya dan saya yang memanggil pun dapat juga.” Datuk Seri Siti Nurhaliza juga lebih selesa jika membahasakan dirinya sebagai ibu. Agar lebih mesra dan lembut.
Jadi Ibu Hamil & Melahirkan Pengalaman Yang Sangat Nikmat
Dalam pada itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat merakam perasaan indah sebaik bergelar ibu.
“Alhamdulillah, Allah perkenankan doa selama 11 tahun. Setiap detik, setiap waktu tak pernah saya lupa memohon pada Allah agar diberi pengalaman untuk menjadi seorang ibu, merasai pengorbanan seorang ibu.
“Syukur pada ibu yang melahirkan saya, ibu mentua yang telah melahirkan suami saya. Ini adalah anugerah yang sangat terindah dalam hidup saya.
“Pengalaman jadi ibu hamil dan melahirkan pengalaman yang sangat nikmat. Walaupun sewaktu melahirkan ada komplikasi, Allah mudahkan segalanya.”
Majlis tahnik dan aqiqah puteri sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ini disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri yang bertempat di kediaman pasangan suami isteri ini.
“Terima kasih yang tak terhingga kepada para ulama yang dihormati dan sanjung, Dato Mufti Wilayah Persekutuan, guru-guru agama kami yang sentiasa menasihati dan membimbing keluarga kami. Begitu juga dengan sahabat, saudara mara tercinta sepanjang saya hamil sehingga saya melahirkan.
“Doakan yang terbaik untuk saya menjadi ibu, isteri, anak malah menantu yang baik untuk anak, suami dan seluruh keluarga.” Akhiri Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam ucapannya malam tadi.
Tragedi kematian Nur Farah Kartini, suspek didakwa esok bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kisah pembunuhan Nur Farah Kartini sangat tragis kerana mangsa ditemui dalam lopak air di sebuah ladang kelapa sawit terpencil selepas dilaporkan hilang selepas menghantar kereta kepada pelanggan.
Jika sebelum ini ramai menyangka, anak gadis ini sekadar hilang tetapi rupanya suspek, seorang anggota polis yang juga pemilik kenderaan sewa telah membawa mangsa bekerja telah membawa arwah ke lokasi terpencil sehingga membawa kepada kematian pelajar cemerlang Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ini minggu lalu.
Tragedi Kematian Nur Farah Kartini
Segalanya akan terbukti bila suspek dituduh esok di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.
Dan ternyata, doa ibu arwah serta ahli keluarganya serta rakyat Malaysia yang bersimpati dengan tragedi menimpa arwah, esok suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Jumaat.
Suspek Didakwa Esok Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya sebelum mendapat arahan tuduh pada Khamis.
“Suspek akan dituduh pada jam 9 pagi esok (Jumaat) di Mahkamah Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Jika sabit salah hendaklah dihukum mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor, 15 Julai lalu.
Wajah ibu arwah terlihat hiba selepas kehilangan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga
Berikutan itu, hari yang sama, suspek iaitu seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Perak telah ditahan.
Suspek berusia 26 tahun kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai sebelum dilanjutkan lagi tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sepanjang tempoh itu, beberapa barang kes yang dikaitkan dengan kes terbabit telah dijumpai antaranya telefon pintar, beg tangan, kunci kereta dan dompet berisi kad pengenalan Nur Farah.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...