Macam mana baik pun suami, tapi bila sampai tergamak berkasar dengan isteri, tetap ianya satu kesalahan yang susah untuk dimaafkan. Hari ini, suami YouTuber masakan terkenal berusia 29 tahun, ditahan reman selama tiga hari oleh Makmahah Majistret Ipoh.
Dikatakan bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya berusia 28 tahun mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Suami isteri itu dikatakan bertengkar di perkarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh semalam.
Suami YouTuber Bawa Senjata Sabit
Suspek dalam keadaan marah malah mabuk, membawa senjata sabit. Dia mencari isteri dan adik iparnya. Bagaimana pun, dia tak dapat bertemu adik iparnya itu. Ia menyebabkan suami YouTuber itu memukul isterinya.
Ads
Kejadian yang berlaku jam 5.54 petang itu juga dilihat oleh seorang jururawat yang ternampak lelaki mabuk dengan memegang sabit cuba masuk ke salah satu wad hospital berkenaan.
Dipercayai, pasangan itu bergaduh disebabkan masalah keluarga. Berpunca selepas mangsa tak menyebut nama suaminya dalam satu anugerah baru-baru ini.
Ads
Pergaduhan berlarutan sampai keesokan hari (semalam), dan itu yang membawa nya ke hospital mencari adik isterinya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Dan masih menjalankan siasatan lanjut ke atas kes yang berpunca dari perselisihan faham ahli keluarga ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
MW :Sungguhlah! arak itu memang boleh buat orang hilang kewarasan diri, dan tergamak buat macam-macam benda tak baik dekat orang yang dia sayang.
Berdasarkan peningkatan kes Covid-19, kita semua diwajibkan untuk memakai pelitup muka di tempat sesak, di dalam pengangkutan awam bermula 1 Ogos ini.
Oleh hal yang demikian, mak, ayah sebelum keluar rumah selain pastikan segala keperluan anak-anak mencukupi, pastikan facemask atau pelitup muka wajib dibawa bersama.
Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
“Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.
“Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya.
Ismail Sabri juga menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.
Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.
“Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri.
“Maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.
MW: Tidak kiralah apa jenis pelitup muka yang mak,ayah ada di rumah, pastikan setiap kali keluar rumah mak,ayah sekeluarga mengenakan pelitup muka di kawasan yang sesak dan juga pengangkutan awam. Jika tak mahu didendam pakailah pelitup muka ya.
Sungguh beruntung bila ada suami yang tetap menghargai pengorbanan isteri sepanjang kehamilannya. Sebab bukan senang nak bawa satu nyawa dalam perut. Macam-macam alahan teruk isteri itu terpaksa lalui, sepanjang mengandung hingga melahirkan cahaya mata tercinta.
Begitu juga Ardell Aryana, sepanjang hamil hingga melahirkan juga tak mudah untuk ditempuh. Malah selepas bersalin, Ardell pernah pengsan selepas bersalin kerana alami pendarahan teruk. Rupanya, waktu mengandung pun Ardell lalui perjalanan alahan kehamilan yang tak mudah.
Kata suaminya, Nadzmi Adhwa pernah juga isterinya itu tidur dalam tandas disebabkan muntah-muntah yang teruk. Sebak hati suami melihat kepayahan isteri. Sebab itu, doanya tak pernah putus untuk isteri dan anak perempuannya, Arwa Malaikha Urwa yang kini sudah pun genap sebulan.
Kongsi Nadzmi di instagramnya,
Genap sebulan dah dia @babyadhwardell
Sekejap je awak dah sebulan. Abi nak Urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan. Masa awal awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk.
Lepas tu pergi ke Thailand, umie mengidam macam-macam. Masa tu tak tahu kamu dah ada dalam perut. Banyak tempat umie kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria, Turkey, selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hantar bantuan di rumah anak-anak yatim Syria. Abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh.
Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. Banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hantar bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut.
Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sakit sakit badan atau penat kerana bawa kamu ke sana ke sini. Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat.
Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi. Perempuan yang sangat kuat dan hebat , seorang isteri yang terbaik untuk abi, le Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin.
Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita. Saya akan sentiasa ada bersama awak! You both are the greatest gift Allah gave me. New journey begins.
Genap usia Arwa Malaikha Urwa, sebulan 3 hari, Ardell dan Nadzmi hadiahkan seutas gelang tangan emas berloceng buat permata hatinya. Comel kan.
Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Sekitar Disember lalu, pasangan ini berkongsi berita kehamilan Ardell. Dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama pada 5 Jun 2020 pada jam 2.22.22.
MW :Seharusnya para suami menghargai akan susah payah isteri hamil, tak membebankan hatinya malah berusaha memahami akan perubahan mood ibu hamil yang kadangkala tak menentu. Kadang-kadang isteri tu pun tak dapat nak luah apa yang dia alami sepanjang alahan teruk tu. Janganlah mudah kata isteri itu ‘complicated’ ya.
Tiga tahun menjadi pekerja yang setia, dari seorang pembantu rumah, kemudian memegang jawatan pembantu peribadi syarikat dan akhirnya menjadi Life Planner. Tanpa diduga, dia diuji kanser tahap 2.
Dalam sebak berkongsi kisah Sara Sukardi ini, majikannya, Zul Ariff memohon doa agar pekerja setianya ini dipermudahkan urusan pembedahan pekerjanya itu dipermudahkan.
Hari ni saya nak share dengan semua kawan dan followers fb saya. Berkenaan long service staff saya yang sorang ni Siti Maisara .
Detik perkenalan 2017 selepas saya dapat anak pertama saya ( remain as anak pertama la sebab apak dia duda dah ). Saya ambil sara kerja dengan saya untuk jadi peneman my wife ( ex wife ) di rumah untuk jaga anak dan ada teman berbual.
Sara ni ada diploma ye, tapi sanggup kerja as pembantu kepada wife saya masa tu, gaji dia RM 800.00 je sebulan. Tapi dia sanggup je terima sebab nak kerja dan berdikari kata nya.
First interview di capsquare, punya la dia bawa file bagai dengan make up pakai tudung ( walaupon tudung senget ). Lepas interview terus join karoke session di Redbox low yat ( dah arwah dah red box ni). Suara perghhh dasyat wooo ada lunak lunak Sharifah Aini ( walau lenggok asli dia kelaut ).
Mula la sesi Sara mula bekerja dengan saya sebagai pembantu di rumah. Tapi Sara ni memang langsung tak tahu kerja rumah. Jangan cakap la nak potong ikan ke ayam, masak maggi pon tak reti.
Mula la episod dia kena belajar buat segala benda kerja rumah. Kena bebel tu tak yah cakap lah, suruh keluarkan halia dia bagi kunyit.Tapi satu jela dia memang jenis tak give up, dan nak belajar.
Baru kerja dalam satu bulan di rumah, episod kerjaya sara berubah sebab kena masuk office ganti staff yang MIA tiba tiba. Kerjaya Sara pon bertukar dari pembantu kepada P.A saya.
Walaupon badan Sara ni bukan persis model, tapi berjaya juga la dia buat bekas isteri saya cemburu, rasa nak guling guling gelak bila teringat. Gaji Sara pon naik jadi RM 1,200.00.
Kerjaya di opis banyak gak la peristiwa. Minta sara switch investment client dia boleh redeem semua. Rugi client belas ribu, nasib la bos dia baik hati cover kan dulu.
Tak sudah dengan tu, pernah sekali agensi ada sales trip ke Sabah, dia boleh salah booking flight return sampai sebulan jarak nya. Melayang RM 4,000. Kena la potong gaji Sara. Sebab duit bos dah habis cover ganti investment client.
Tapi tak salah kan dia gak, sebab A – Z semua Sara yang buat. Dari jaga schedule, teman bini bos, order makanan, set appoinment dan lain lain lagi. Maka dinaikan lagi gaji Sara kepada 1,500.00 untuk kenaikan kali ke 3 dalam masa 3 bulan.
Banyak lagi la hal si Sara ni buat nak dijadikan cerita. Sara ni dia kerja dari saya nothing sampai la jadi someone. Dari zaman laki orang sampai lah duda. Dari agency kecil sampai la agency dah besar.
Benda yang agak kelakar terjadi, bila Sara kena tuduh jadi punca penceraian saya. Down seminggu sampai menangis sambil makan nasi goreng sorang sorang kat kedai mamak ( terliur pulak teringat nasi goreng mamak sedap kat area rumah lama ).
Setiap kali saya warded, Sara la yang tukang register dan uruskan claim. Lebih dari 5 kali rasanya dia tolong register kan bos dia masuk hospital. Dari gaji 800 sampai lah naik ke 2000 tetap setia bekerja.
Hujung tahun lepas Sara nak tukar kerjaya nak jadi Life Planner sebab terpengaruh tengok semua gaji gaji ejen. Dia pon mula la buat part time, habis sedara mara bos dia closed sales.
Awal tahun Sara nak buat full time, join Elite Program AIA. Masa ni lah kisah duka Sara bermula. Sara kena refer hospital sebab period dia tak stop. Setelah didesak dan dipaksa, maka dia pon pergi ke hospital sambil kakak bos dia teman.
Lepas tu, sempat la dia merayap ikut bos ke Bandung, dalam sakit sakit tu ( nasib tak sangkut kat Bandung masa MCO ). Sara makin sakit dalam tempoh MCO, urusan hospital agak terbatas masa tempoh MCO.
Lepas raya tempoh hari, berita duka telah kami terima bila Sara di diagnose ada Kanser tahap 2. Sedaya upaya kami cuba untuk positif kan Sara. Tapi 1 benda la tak dapat buat, KAROKE! Kami ni kaki karoke. Maka mula lah Sara mulakan sharing ” Sing & Sharing ” di fb beliau.
Sekarang Sara dah warded, dan akan menjalani pembedahan pada hari khamis ni. Saya dengan rendah diri, memohon rakan fb dan semua follower saya yang berjumlah 7K lebih untuk sama sama berdoa agar urusan Siti Maisara Binti Mohd Sukardi di permudah kan.
Tolong doakan dan share status ini agar lebih ramai yang mendoakan beliau. Semoga dengan doa kita boleh memberi kesembuhan kepada Sara.
Kepada Sara, cepat sihat! Kami warga ISG Dan ISG AL AFFAN menunggu kepulangan Sara. We love you Sara!
MW : Mendoakan semoga Sara segera sembuh dari penyakitnya.