Jangan meremehkan kiraan membeli emas yang dikongsikan, Bro Ohsem, Akhtar Syamir ini. Nampak angka tu macam main-main kan. RM3 sehari.. tapi dengan cara inilah sebenarnya paling berkesan untuk mak-mak miliki sebentuk cincin emas jenis Coco yang jadi idaman.

Kalau ditunggu-tunggu nanti harga segram emas makin lama makin tinggi. Jadi, mulakan terus membeli emas dari sekarang. Anda takkan pernah rugi pun bila miliki emas dalam simpanan. Itulah kelak jadi modal yang bantu kita dapat duit bila memerlukan.

Nak capai impian beli cincin coco ini, kenalah mula menyimpan RM3 dari sekarang. Hadamkan cara kiranya ni.

Simpan RM3 Sehari, Lepas 6 Bulan Suami Boleh Belanja Isteri Cincin Emas

Cara Kiraan Mudah Beli Sebentuk Cincin Emas Coco

Matematik ringkas untuk bagi orang nampak bagaimana mudahnya nak beli cincin emas 2g. Cincin coco dalam gambar tu emas 916 beratnya bawah 2g tau.

Katakanlah harga emas semasa RM245 untuk 1g dan tiada kos upah (banyak kedai dah free upah sekarang).

IKLAN

Kalau emas 2g, bermakna RM245 x 2 = RM490. Nampak nak dekat RM500 dah. Banyak betul boleh beli dengan RM500 kan? Cincin nampak membazir sangat.

Tapi, cuba kita bahagikan RM490 tu kepada 3 bulan? Dia jadi RM163. Maknanya bila gaji je, simpan RM163. Ulang selama 3 bulan.

Mungkin masih berat? Bahagikan dengan 6 bulan. Korang akan dapat RM82. Ini bermakna, hanya perlu simpan RM82 sahaja sebulan. Lepas 6 bulan, dapat sebentuk cincin.

IKLAN

Rupanya Nak Beli Emas Cuma Simpan RM3 Sehari Je

Kalau setengah tahun dapat sebentuk cincin, setahun kan boleh dapat 2 bentuk? Kan best setahun dapat 2 bentuk cincin?

Ini benda yang anda boleh nampak dan boleh rasa simpanan tu. Bila-bila saat memerlukan datang, boleh digunakan untuk membantu.

Cuba tengok balik RM82 sebulan tu. Dalam sebulan ada 4 minggu lebih kurang. Jadi, seminggu kumpul RM20.50. Kalau bahagikan dengan 7 hari, rupa-rupanya RM3 je sehari !

IKLAN

Nampak tak? Nak gembirakan diri, nak gembirakan isteri, RM3 je sehari. Ada budak sekolah, duit belanja dia lebih dari RM3. Tapi dengan RM3 je kita boleh beli kegembiraan.

Bayangkanlah.
Adakah pandangan korang makin jelas sekarang? Kadang-kadang kita bukan tak mampu, cuma kita tak nampak jalan je.

Baca sini :

*Artikel ini diterbitkan dengan keizinan penulis, Akhtar Syamir.

“Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi, http://t.me/broohsemfans

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI