Tak Tahan Kerenah, Ibu Usia 74 Tahun Sakit Strok Maut Didera Anak Menantu. Sungguh malang pengakhiran warga emas ini, dihujung usia dipercayai didera anak perempuan dan menantu sehingga dirinya maut.

Dera Wanita Mualaf

Suami isteri ditahan selepas disyaki terbabit mendera wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia di rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, di sini hari ini.

Polis menerima maklumat pada 5.30 pagi apabila mangsa, 74, berasal dari Paka, Terengganu dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar sejam sebelum itu kerana tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada Pegawai Perubatan dari Unit Kecemasan HTF yang mengatakan bahawa mangsa meninggal dunia disyaki dipukul.

Tidak Sedarkan Diri

Katanya, wanita itu dikejarkan ke hospital pada 4.10 pagi disebabkan tidak sedarkan diri dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

IKLAN

“Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi menjalani proses bedah siasat, 3 petang tadi dan hasil keputusan bedah siasat mendapati terdapat kecederaan pada tubuh mangsa iaitu kesan lebam di bahagian kedua-dua belah mata, dahi, ubun kepala, lidah sisi kiri akibat tekanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

3 Tulang Rusuk Patah

Katanya, tiga tulang rusuk kiri mangsa juga patah akibat tekanan namun sehingga kini punca kematian belum dapat disahkan dan diklasifikasikan serta sedang menunggu keputusan makmal.

IKLAN

Katanya, anak perempuan mangsa, 34, mengaku memukul mangsa menggunakan tangan pada bahagian muka dan kepala, pagi semalam manakala suaminya, 34, turut disyaki terbabit berdasarkan keterangan yang meragukan.

Tak Tahan Kerenah Ibu

Ahmad Mohsin berkata, sebelum wanita itu meninggal dunia berlaku pertengkaran antara mangsa dan anaknya itu.

“Punca pertengkaran adalah disebabkan suspek tidak tahan dan tertekan dengan kerenah serta ragam mangsa sedangkan wanita itu dipercayai menderita akibat sakit strok di bahagian badan sebelah kiri.

“Suspek wanita adalah suri rumah manakala suaminya adalah ahli perniagaan bagaimanapun tidak mengaku membunuh mangsa dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

IKLAN

Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mesti Baca:Fasha Sandha Maafkan Jururawat, “Kali Ini Saja, Pastikan Fakta Sebelum Tulis” Dirinya Kurus Kerana Buat Bariatik
Baca Lagi Di sini:Isteri Meninggal Dalam Labour Room, Suami Maafkan Jururawat Beri Alasan Mahu Tidur Dulu
Artikel Menarik:Majikan Hanya Beri Cuti Bersalin 2 Hari, Balik Dari Kerja Suami Jumpa Isteri Dah Meninggal. Anak Merengek Kelaparan

Mingguan Wanita: Sampainya hati anak, menantu tergamak pukul mak sendiri sehingga maut. Semoga mendapat pembalasan yang setimpal.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI