Tahniah diucapkan buat pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif yang kini sudah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pasangan mempelai ini disatukan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur, sehari lebih awal daripada perancangan asal mereka.
Intan Ladyana & Harris Alif Nikah Awal Sehari
Pasangan ini memberitahu sepatutnya majlis pernikahan mereka diadakan sehari lebih awal disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ya, mengikut perancangan asal kami memang memilih untuk melangsungkan pernikahan pada 6 Februari sejak tahun lepas, kami ingat menjelang Februari Covid-19 semakin ok.
Ads
“Tapi kami hanya mampu merancang, ALLAH SWT jua yang menentukan. Kebetulan pihak JAWI ada kekosongan untuk tarikh 5 Februari, maka kami sepakat untuk bernikah hari ini,” ujar Harris.
Seperti yang difahamkan, Harris menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian berserta tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang. Namun, ia tidak dibawa bersama sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Harris Sudah Bersedia Pegang Tanggungjawab Sebaagi Suami
Berkongsi mengenai perasaannya selepas sah bernikah, Harris seperti yang dilaporkan di Harian Metro menyatakan kini sudah bermula tanggungjawabnya sebagai suami.
“Sebelum akad nikah, rasa seperti tidak ada apa-apa. Apabila duduk di kerusi, ketika nak lafaz baru terasa gementar. Tapi, selepas selesai memang terus lega. Dalam masa sama, terus ada satu perasaan yang mana bermula sudah tanggungjawab baru sebagai ketua keluarga.
Ads
“Selepas ini saya sudah hidup berdua. Ini adalah langkah baru untuk ke alam perkahwinan dan sebagai suami,” ungkapnya.
Intan pula menyatakan dia bersyukur majlis nikah berlangsung dengan selamat.
“Apabila jurunikah sebut sudah sah, saya terus terasa seperti, sudah selesai kah? Cepat betul rasanya. Selama ini saya berfikir ia ambil masa yang lama. Alhamdulillah, ia lancar dan dipermudahkan,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Foto: Instagram Intan Ladyana, Instagram, @hattadolmat_
Pelajar cemerlang, sudah tentu menjadi idaman untuk setiap pelajar. Sanggup berusaha bersungguh untuk mencapai cita-cita dan tak semestinya untuk membanggakan orang tua.
Namun, tak semua dianugerahkan untuk jadi pelajar cemerlang. Usaha macam mana pun kalau itu bukan rezekinya, setakat itulah yang mampu dapat. Bahagianya, bila kejayaan dirai dan pelajar ke depan untuk diberi penghargaan.
Bangganya. Tapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik dan kurang cemerlang. Mereka yang tidak berjaya atau gagal bukan malas tapi bukan rezeki untuk dapat pelajar cemerlang.
Inilah yang dikupaskan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh dalam perkongsian tentang ada sesetengah pihak tidak mahu meraikan kejayaan pelajar cemerlang. Sedangkan pendapatnya berbeza.
Ada sesetengah pihak tak setuju pelajar cemerlang diraikan, diberi penghargaan atas pentas, bahkan ada yang tak setuju mereka pegang kad tertera bilangan A yang mereka perolehi.
Maka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sambutan majlis kecemerlangan kurang disambut. Atau disambut dalam majlis tertutup.
Katanya untuk menjaga perasaan pelajar yang gagal dan dapat keputusan yang rendah.
Aku berbeza pendapat mengenai hal ini. Aku lebih suka pelajar cemerlang diraikan.
Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Pada aku, murid cemerlang harus diraikan.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Pelajar ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Pelajar lain di waktu hujung minggu berseronok bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri dan memilih untuk belajar dan belajar.
Pengorbanan Dibalas
Bukan pelajar cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan.
Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan dan mereka berjaya, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka untuk dapat kejayaan tidak boleh diraikan pula. Hanya kerana nak jaga hati pelajar yang tidak banyak berusaha seperti mereka.
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Pelajar Gagal Kurang Berusaha
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius dan pintar. Tak pernah dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
“Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik
pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat.
Patutnya bila keputusan sebenar keluar, yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Akan kecewa. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka. Menunjukkan laluan untuk sambung belajar yang sesuai dengan keputusan mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi disebabkan gagal bakal mengubah cara belajar mereka. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Kecemerlangan Bukan Mudah DIcapai
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan pelajar yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
Mingguan Wanita : Raikan mereka sebab itu adalah hasil usaha mereka. Bagi semangat dan sokongan buat yang gagal dan kurang berjaya.
“Jika tak tahan dengar tangisan bayi, tak sabar.” Jangan cuba mengasuh anak orang. Menjaga anak sendiri dan anak orang banyak bezanya.
Anak sendiri mungkin lebih mudah mendengar kata, nama pun budak kecil manalah dia faham. Oleh itu kalau anda memang seorang yang penyayang, sukakan budak-budak mungkin tidak ada masalah.
Tetapi jangan disebabkan fikirkan untung dan semata-mata ingin tambah pendapatan, janganlah dipertaruhkan nyawa anak orang.
Kongsi Dr Erna Nadia, kes melibatkan kematian bayi dan kanak kanak tak kiralah di rumah sendiri atau pengasuh atau sekolah sekalipun memang akan menyentuh titik hati paling dalam.
Tak boleh tengok atau baca sampai habis sebab macam-macam yang terbayang dalam kepala.
Anak kucing malah anak anjing kena lenyek kenderaan atau kena dera pun dah sayu kita lihat, apatah lagi anak manusia.
Nauzubillahiminzaalik.
Semoga kita, keluarga kita, sahabat kita dan semuanya dijauhkan dari jahat yang ini.
Nasihat saya cuma satu, jika anda memang tak boleh tahan dengar tangisan bayi atau kanak kanak atau anda tak sabar untuk jaga anak anak, sila jangan cuba-cuba untuk jaga atau asuh anak anak orang lain. Jangan hanya sebab duit, kita iya kan padahal tidak mampu.
Untuk yang sudah kahwin atau plan untuk kahwin, kalau masih rasa belum mampu nak handle anak-anak kecil, janganlah dulu. Ramai juga yang parents sendiri pun dera anak anak sendiri. Bukan setakat dera tapi lebih dari itu pun ada.
Jangan Cuba Mengasuh Anak Orang
Kasihan anak kecil.
Mereka tak tahu apa dan tak berdaya pun.
Allah Maha Melihat dan Mengetahui. Dia yang cipta kita pun. Kalau pun kita terlepas hukuman dunia, akhirat yang kekal abadi tu kita tak akan terlepas pun. Nak lari ke mana. Semua dosa salah kita akan ditayangkan di hadapan semua orang. Setiap satunya.
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari kejahatan dan kekejaman manusia, amin ya rabbal alamin.
Dr. Erna Nadia
Seminggu kena kuarantin, buka fb macam macam cerita ada na. Allahuakbar.
Mingguan Wanita : Kes-kes yang berlaku kadang-kadang membuka mata mak ayah agar berhati-hati dalam memilih pengasuh atau nursery. Tidak dinafikan itu adalah takdir, namun jika diberi peluang, pilihlah yang terbaik untuk anak-anak.
Bukan tak boleh bagi langsung ubat selesema tapi kaum mak-mak patut rujuk pada doktor pakar dulu bagi elakkan kes kematian mengejut anak kecil berlaku. Nak-nak kalau anda jenis suka beli ubat tanpa bawa anak kecil ke hospital, bahaya!
Ini sebenarnya pernah berlaku merujuk pengalaman Doktor Hana sendiri yang dikongsi menerusi media sosial miliknya, jadi mak-mak kena tahu jenis ubat selesema yang sesuai untuk anak kecil sebelum bagi.
KES 1
Dulu, masa Drhana posting kat hospital, ada kes sorang baby dibawa ke kecemasan.
Baby tu dah tak bernafas.
Terus team doktor buat CPR.
Lepas hampir ~sejam, baby diisytihar meninggal dunia.
Drhana menangis lepas keluar dari redzone tu.
Yelah teringat kat anak, doktor pun manusia ada perasaan.
KES 2
Bayi ditemui pengasuh dah biru dalam buaian.
Pengasuh tinggal berhampiran hospital.
Disebabkan banyak kali call hospital tak dapat, pengasuh gendong baby yang dah biru tu ke hospital. Pengasuh jalan kaki sampai hospital sebab terlalu cemas.
Baby tu pun diisytihar meninggal dunia.
Kedua-dua kes kat atas adalah KISAH BENAR dan persamaan kedua kes ni, dua-dua bayi diberi ubat batuk/selsema beberapa jam sebelum ditemui tak bernyawa.
Kalau boleh ibubapa jangan sewenangnya bagi ubat batuk selsema kat baby bawah 2 tahun ya.
Bawang Putih Salah Satu Ubat Selesema
Drhana sendiri kalau anak-anak URTI, suka buat minyak bawang putih ni.
So far most efektif kalau baru start nak batuk/selsema, kita terus sapu minyak ni.
GARLIC ada acillin yang ada natural antibacterial dan antiviral property.
Tapi kalau batuk/selsema dah start teruk, sila bawak jumpa Dr untuk pemeriksaan lanjut ok.
Sedikit Tambahan Info
Ubat batuk/selsema yang BOLEH diberi pada bayi bawah 2 tahun: LINCTUS SIMPLEX
Tapi ubat batuk/selsema yang TIDAK BOLEH diberi kepada bayi bawah 2 tahun:
-Sebarang ubat yang mengandungi DIPHENYDRAMINE , CHLORPHENIRAMINE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Luahan pilu Nurul Natasha selepas kehilangan suami dalam tragedi Jambatan Pulau Pinang menyentuh hati ramai. Beliau reda, namun berharap orang ramai tidak membuat andaian terhadap apa yang berlaku.