
Masih ingatkah video tular mengenai sepasang suami isteri bergaduh ketika membeli keperluan Aidiladha lalu? Ya, video yang menjadi tular mengenai Dato Rosyam Nor berkolaborasi dengan Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) untuk menunaikan impian golongan asnaf untuk melaksanakan ibadah umrah.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, kumpulan pertama jemaah istimewa ‘Umrah 1,000 Asnaf’ telah berangkat ke Tanah Suci dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (klia2).
Kumpulan istimewa ini terdiri daripada 15 individu asnaf yang telah dipilih daripada ribuan calon menerusi proses saringan teliti bagi melayakkan mereka menerima tajaan penuh untuk menunaikan ibadah umrah termasuk kos pasport, vaksinasi, visa, penerbangan pergi balik AirAsia serta pakej umrah lengkap dan selesa bersama ikhlas.com.
Asnaf Terpilih Kerjakan Umrah
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin, pihaknya mengatur jadual keberangkatan untuk kira-kira 200 jemaah asnaf untuk pelepasan seterusnya dan menjangkakan sejumlah 1,000 asnaf dapat mencapai impian mereka mengerjakan umrah sebelum berakhirnya musim Umrah 1447H tahun depan.
“Kami menjemput badan korporat yang ingin menyumbang kepada inisiatif Umrah 1,000 Asnaf agar berhubung terus dengan kami. Semoga kita semua dapat bersama-sama menghantar lebih ramai lagi golongan asnaf ke Tanah Suci pada musim umrah berikutnya, inshaAllah,”ujarnya.
Program umrah 1,000 asnaf dilancarkan sempena sambutan Ulang Tahun ke-5 ikhlas.com dengan misi untuk memperkasakan komuniti setempat dalam mengenal pasti golongan asnaf yang terpilih untuk merealisasikan impian mereka melaksanakan ibadah umrah.
Ia selaras misi untuk menjadikan Umrah mampu diakses oleh semua umat Islam, termasuk mereka yang tidak berkemampuan, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh mengemukakan pencalonan melalui pautan https://ikhlas.com/ms/my/umrah-1000-asnaf dan pihak ikhlas.com akan menjalankan proses saringan sebelum calon disenarai pendek sebagai penerima tajaan program Umrah 1,000 Asnaf.
Dilancarkan semasa pandemik pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform gaya hidup dan kembara mesra Muslim yang direka khas bagi membantu umat Islam menunaikan tuntutan agama dengan mudah.
Selain ikhlas.com Umrah dan Travel (perjalanan mesra Muslim) dengan kerjasama anak syarikat penerbangan AirAsia, ikhlas.com juga memudahkan pelaksanaan Zakat, Sadaqah, Aqiqah, Fidyah, Qurban dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI