Ibu rayu jangan sebar jenazah anak lemas, “saya sendiri tak ambil video, ia menambah sakit jiwa ini.
Kisah seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang lemas, Muhammad Danish yang terjatuh di longkang telah selamat ditemui oleh orang awam di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka sehari selepas kehilangannya.
Ibu Rayu Jangan Sebar Jenazah Anak Lemas
Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal, dijumpai terapung dalam longkang di taman berkenaan, pada jam 9.30 pagi, kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh ketika menemaninya ibunya berniaga.
Di sebalik kisah tragedi menyayat hati ini, ibu arwah Nor Amiza Che Kar, 28 di Tik Toknya merayu agar jenazah anaknya yang dijumpai di longkang besar itu tidak disebarkan di media sosial.
“Saya Sendiri Tak Ambil Video, Ia Menambah Sakit Jiwa Ini…”
“Saya merayu tolong jangan sebar gambar arwah semasa dijumpai. Hormat saya sebagai ibu arwah. Saya sendiri tak ada ambil video arwah. Bertambah sakit saya tengok. Merayu sungguh-sungguh jangan sebarkan. Duduklah di tempat saya,” katanya dalam rayuan di Tik Toknya @mizachekar.
Ads
Sebelum mayat anaknya ditemui, ibu kepada empat cahayamata ini merakam aksi terakhir Danish yang begitu asyik mencium adiknya, Ariq yang pada anggapannya arwah anaknya itu kebosanan kerana adiknya sedang tidur.
Tapi rupanya itulah kenangan akhir mereka berdua.
Ads
Ni video ibu rakam sehari sebelum adik Danish pergi tu..
Ibu rakam sebab adik Danish ulang kali cium adik, ibu perati je..
Adik Danish cium berkali-kali adiknya si Ariq yang tengah tidur..
Letak puting & mainan sebelah adik..
Ibu sangkakan dia bosan tapi yang sebenarnya inilah ciuman terakhir adik Danish buat Ariq
Admin terpanggil mengulas mengenai isu memakan escargot atau siput babi yang pernah tular beberapa ketika dahulu apabila seorang selebriti terkenal memuat naik video menikmati hidangan tersebut di luar negara. Perkara tersebut telah menimbulkan perdebatan di kalangan masyarakat Islam yang mengatakan escargot itu haram di sisi agama.
Menerusi tinjauan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia menjawab mengenai persoalan mengenai mengapa siput babi atau escargot tidak boleh dimakan sedangkan siput sedut boleh dimakan?
Laman sesawang https://muftiwp.gov.my/ mengulas mengenai perkara tersebut di mana ia membezakan terlebih dahulu mengenai kedua-dua haiwan tersebut.
Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang, siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cengkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira.
Manakala siput sedut pula atau nama saintifiknya Cerithidea obtuse adalah merupakan salah satu spesies siput air dari kelas gastropoda yang termasuk dalam famili Potamididae. Siput sedut adalah antara haiwan yang hidup di kawasan hutan bakau (mangrove ecosystem).[2]
Oleh itu, secara ringkasnya kita boleh katakan bahawa perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua siput tersebut ialah siput babi adalah merupakan hidupan darat manakala siput sedut adalah merupakan siput akuatik (hidupan air).
Baru-baru ini, kelihatan pasangan selebriti tempatan dilihat meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka di salah sebuah restoran steak terkenal di Kuala Lumpur. Dalam muat naik foto pasangan tersebut, kelihatan menu escargot di atas meja makan malam mereka. Admin juga pernah menikmati steak di restoran terkenal itu dan pernah melihat menu escargot itu terdapat di dalam menu yang disediakan.
Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pendirian seperti berikut.
Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa semua siput akuatik seperti siput sedut adalah halal dimakan selagimana tidak memudaratkan manakala bagi siput daratan seperti siput babi dan escargot, dan lain-lain, kami cenderung kepada pendapat yang mengharamkannya sebagaimana jumhur ulama kerana ia dianggap sebagai jijik dan kotor serta tabiat manusia semulajadinya akan menjauhi perkara-perkara tersebut.
Imam al-Nawawi menjawab mereka yang berhujah dengan hadis al-Talib bin Tha’labah al-Tamimi bahawa perkataannya yang mengatakan dia tidak mendengar (mengenai pengharaman hasyarat), tidak menunjukkan perkara tersebut tidak didengari oleh sahabat yang lain. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/17)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Ina Naim kongsi SS hanya tinggalkan “harta” 7 helai baju & selipar, mesin basuh ada tapi arwah sedekah pada jiran. Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam 15 November lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Selepas dirinya pergi, ada 1001 satu cerita kebaikan dirinya tersebar. Seperti kata pepatah, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Dan selepas pemergiaan allahyarham, ada 1001 kebaikan dirinya diceritakan di media sosial.
Namun satu perkongsian di fb atas nama Ryhan Musa membuka lebih banyak kebaikan arwah lakukan bila mana mereka melakukan ziarah ke rumah Ina Naim yang terletak di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi yang mana Ina Naim adalah antara pelanggan @aisymom.
Dan dalam kunjungan itu, Ina sempat berkongsi kebaikan arwah suaminya yang memilih kehidupan agak zuhud di dunia berbanding sesetengah dari kita yang gemar menyimpan harta dunia.
Kata Ryhan, seminggu sebelum berpindah ke Kota Tinggi, Suhaimi Saat menjual satu-satunya harta yang tinggal iaitu kereta, rumah pun tiada sebaliknya di Kelantan mereka hanya menyewa.
“Satu-satunya harta yang suami tinggalkan ialah tujuh helai baju dan selipar miliknya,” katanya yang dilihat tenang dan tidak menangis kerana telah dididik oleh arwah suaminya agar tidak menangisi hal-hal keduniaan.
“Seminggu sebelum balik ke Kota Tinggi, arwah jual kereta dia di Kelantan. Arwah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta. Rumah di Kelantan hanya rumah sewa. Yang tinggal 7 pasang baju dan selipar. MasyaAllah.
Kata Ryhan, Ina turut berkongsi kisah mesin basuh yang mana ramai pernah menyelar Suhaimi Saat kerana “gagal”menyediakan kemudahan untuk rumahtangganya namun jelas Ina, ia hanya salah faham masyarakat dan media memutar cerita.
Kata Ina, rumahnya ada mesin basuh namun suatu hari mereka ternampak anak jiran kepenatan mengangkat basuhan baju. Lalu arwah bertanya mengenai hal ini sebelum anak jirannya maklumkan mesin basuh di rumah mereka rosak.
“Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat (ye lah budak-budak kena buat kerja). Ina tegur jiran tanya “kenapa akak”?
“Spin mesin basuh ni rosak Na” jawab jiran tadi.
Ina masuk dah bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati.
“Situlah rumah rumah kami tiada mesin basuh. Itulah kisah mengapa rumah kami tiada mesin basuh,” kata Ina.
Begitu juga cerita mereka sekeluarga pernah dituduh meminta sedekah tetapi kata Ina, sedekah yang dipungut itu bukan untuk keluarganya sebaliknya untuk mualaf di Sabah.
“Ya mereka minta sedekah tapi bukan untuk dia dan keluarganya. Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah. Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah di sana. Hanya bawa ribu-ribu ringgit sedangakan orang kristian datang bawa jutaan ringgit. Sebab itu ramai yanh kembali murtad. Mereka terkapai-kapai tidak tahu ajaran islam yang sebenar. Yang mereka tahu tidak boleh makan babi & anjing. Tapi ular, kera dan lain-lain diorang makan. Mandi wajib pun tak tahu. SS cakap ini semua Allah akan tanya kita nanti. Apa yang kita nak jawab.
Ina turut berkongsi kisah penyakit dideritai oleh suaminya yang sudah banyak memberikan tanda-tanda akan pergi awal di usia mudanya.
“Arwah pernah cakap dengan Ina, dia dah alami 30 tanda-tanda kematian. Tapi Ina buat tak layan je. Tapi diam-diam Ina google juga nak tahu awal tanda-tanda kematian tu macam mana. Masa yang sama, semasa sakit, Suhaimi Saat selalu berpesan pada anak-anak jangan menangis jadi anak yatim. Rasulullah sayang anak-anak yatim kerana Nabi juga anak yatim.
Emak Ina, antara orang yang terkesan dengan pemergian menantunya itu.
“Mak cik terasa sangat bila dia dah tak ada. Selalu letak kepala atas riba makcik & bergurau. Anak sendiri pun tak manja macam tu,” kata ibunya.
Dan kenapa anak kecil mereka berusia 11 tahun menjadi imam solat jenazahnya ayahnya, semasa hidup arwah sudah nampak kelebihan anaknya itu di mana bacaan Al-Qurannya lebih baik dan berpesan andai terjadi sesuatu kepadanya, anak itulah yang akan menjadi imam solatnya kelak.
Dalam pada itu, Ina turut berkongsi yang arwah suaminya memang sengaja tidak membuat siaran langsung lagi kerana tak nak orang tahu dirinya sakit.
“SS stop live sebab dia tak nak orang perasan dia sakit sebab makin kurus. Dia tak nak orang kesiankan dia. Dia minta Ina buat live sendiri smbil share ilmu dia tolong dari tepi baring di tilam. Bila orang tanya SS mana? Dia lambai-lambai je tanpa tunjuk muka & buat suara besar macam orang sihat.
Apa yang pasti, kehidupan zuhud yang dipilih oleh Suhaimi Saat nyata “berbeza” dengan orang lain.
Tokti akui bahawa penyokong dan pendorong terbesar buat beliau ialah suami tercinta. Sentiasa memberi kata semangat kepada diri Tokti tidak kira apa yang berlaku. Sweet juga ya Dato’ K nie.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti yang berhijab tatkala berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga tersayang baru-baru ini.
“Sesungguhnya Shofa dan Marwah adalah sebagian dari syiar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitulloh atau berumroh, maka tiada dosa baginya mengerjakan sa’i antara keduanya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Baqarah:158)
Menerusi Instagram miliknya, penyanyi berusia 48 tahun itu bersama suami dan anak-anak kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Meskipun tanpa sebarang solekan, wanita ini kelihatan anggun dalam persalinan jubah rona kelabu dan hitam serta putih sepanjang berada di Tanah Suci. Hantaran isteri kesayangan Raul Lemos itu turut disertakan bersama sepotong hadis yang berkaitan dengan ibadah umrah.
Hantaran pelantun Mencintaimu itu mengenai keberadaannya di Tanah Suci menarik perhatian umum apatah lagi ramai memuji penampilan dua beranak ini yang cantik menutup aurat.
Meskipun Ariannha Amora Lemos baharu mencecah berusia 12 tahun, namun Amora tampak begitu manis menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, sekali imbas, Amora dilihat lebih tinggi daripada ibunya. Amora kini mewarisi bakat dalam bidang nyanyian seperti ibunya apabila kini bergelar penyanyi remaja di Indonesia.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.