Pastinya mak-mak impikan anak kembar. Senang, sekali lahirkan terus dapat dua orang. Ini belum lagi dengan melihat anak membesar dengan keletah dan raut wajah yang hampir sama.
Namun, ada juga yang lahirkan kembar dengan wajah tak seiras, berlainan kantung dan jantina tak sama. Semua ini adalah rezeki yang diberikan olehNya. Beruntungnya.
Apa yang menarik perkongsian ini adalah ibu yang lahirkan bayi kembar, tapi peliknya, anak ini berlainan warna kulit, membesar dalam kantung berbeza dan ibu ini mempunyai dua rahim.
Pada awalnya, doktor memberitahu Jade Buckingham bahawa dia mempunyai dua rahim dan berkemungkinan akan memusnahkan impiannya untuk menjadi seorang ibu.
Rezeki menyebelahinya bila ibu kepada tiga anak Jade Buckingham diberitahu oleh doktor yang dia bakal akan menimang bayi kembar. Namun, ia sedikit membimbangkan Jade kerana sebelum ini pernah mengalami 4 kali keguguran terutamanya selepas diberitahu anak kembarnya membesar dalam rahim yang berasingan dan kantung yang berbeza.
Akhirnya, Jade, 25 tahun, dari Sutton-in-Ashfield, Nottinghamshire, mendapat kejutan terbesar dalam hidupnya apabila anak lelaki dan perempuannya dilahirkan awal pada hanya 34 minggu dengan warna kulit yang berbeza sama sekali.
.
.
Lanaé dan Lavell, kini berusia empat tahun, terbentuk daripada telur yang berasingan dan membesar dengan tali pusat dan kantung mereka sendiri – menjadikan mereka kembar persaudaraan.
“Lanaé dilahirkan dengan kaki dahulu dan Lavell dilahirkan sebagai kepala dahulu, sejak saat itu saya tahu bahawa mereka akan mempunyai perbezaan sehingga sekarang,” jelas Jade.
Perubahan Semasa Tempoh Pembesaran Kembar
Memandangkan si kembar mempunyai bapa yang sama, ia mengambil masa beberapa bulan untuk meunjukkan warna kulit mereka yang berbeza. Malah, orang ramai yang melihat kembar ini sekaan tidak percaya bahawa mereka ini adalah pasangan kembar.
Ads
.
.
“Apabila rambut Lanaé mula tumbuh, saya perasan bahawa dia mempunyai rambut keriting gelap yang cantik dan Lavell berambut perang dan ton kulit yang lebih cerah. Kadang-kadang apabila kita keluar dan ada orang bertanya seakan tidak percaya bahawa mereka adalah kembar,” Kata Jade sampai sanggup menunjukkan gambar semasa mereka dilahirkan.
Menurut ibu bapa Jade, dia mempunyai septum faraj, yang membahagikan faraj kepada dua bahagian. Pada Februari 2014 ketika dia baru berusia 17 tahun dan mengalami 4 keguguran, doktor perlu melakukan prosedur dilation and curettage (D&C). Semasa prosedur, para doktor mendapati dia mempunyai keadaan yang jarang berlaku.
Doktor di Hospital Universiti Nottingham berkata keadaan itu mungkin menjadi faktor penyumbang kepada keguguran yang dialami Jade dan memberitahunya bahawa dia mungkin tidak dapat melahirkan anak.
Jade berkata: “Saya kecewa kerana saya sentiasa mahu menjadi seorang ibu.
.
Tetapi selepas setahun melahirkan anak sulung, Kaherah pada Februari 2016, dia didapati hamil anak kembar, tahun 2017.
Ads
“Agak menakutkan kerana si kembar dalam rahim yang berbeza. Jadi, saya membuat imbasan setiap dua minggu untuk memantau perkembangan anak kembar itu.
”Pada trimester pertama, saya mendapat tahu bahawa kembar itu membesar dalam rahim yang berasingan bermakna mereka terbentuk daripada telur yang berbeza.
Hampir Melahirkan Pada Usia 22 Minggu
Pada 22 minggu, Jade mendapat berita yang mendukacitakan bahawa salah seorang kembar – anak perempuannya Lanaé – telah berhenti membesar.
Jade berkata: “Doktor berkata kami mempunyai dua pilihan sama ada saya melahirkan kedua-duanya pada 22 minggu tetapi mereka mungkin tidak dapat bertahan ataupun saya meneruskan dan anak perempuan saya mungkin tidak bertahan.
“Ia adalah perkara yang sangat susuah untuk saya buat keputusan tetapi saya perlu meneruskannya. Saya memutuskan untuk meneruskan kehamilan dan berharap kedua-duanya akan selamat sehingga dilahirkan.
Pada 34 minggu, pada 29 April 2018, Jade dikejarkan ke hospital untuk pembedahan c-section kerana dia akan bersalin awal.
Ads
Selepas sejam dalam pembedahan, Lanaé dilahirkan pada 16.44 petang dengan berat 3lbs 10oz dan Lavell pada 16.45 petang dengan berat 5lbs 2oz.
.
Sebagai bayi baru lahir, mereka kelihatan sama tetapi selepas beberapa bulan warna kulit dan ciri mereka yang berbeza mula kelihatan.”
Jade berkata: “Lanaé seperti anak patung kecil dan dia sangat seperti wanita, manakala Lavell sangat riuh dengan banyak tenaga.
.
Mingguan Wanita : Hebatnnya kuasa Allah. Seorang ibu mengandung dengan mempunyai dua rahim, bayi berada dalam rahim, kantung dan warna kulit yang berbeza.
Selama 8 minit tanpa gentar, pembaca berita radio Nurul Shuhadah Armawan mencabar dirinya dengan merelakan ular jenis phyton albino melingkar di bahu dan tangan kanannya sepanjang menyampaikan berita jam 12 tengah hari dalam konti BERNAMA radio.
Intonasi suaranya tetap tenang dan serius sama seperti sebelum-sebelumnya. Video berdurasi kira-kira satu minit itu jelas menampakkan ketenangan DJ Radio yang pernah memenangi Penyampai Berita Radio Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.
“Sebenarnya ada tetamu hari ini, sempena hari Haiwan Peliharaan Sedunia. En Wan Aliazar bawa ilar peliharaannya. shu ni jenis teruja. Memang minat dengan haiwan eksotik tapi tak mampu nak bela. Tu yang bila tengok ular tu terus rasa nak pegang.
“Tadi masa baca berita, rasa macam nak buat cabaran baru; sambil baca berita sambil ada ular atas bahu. Bila owner kata boleh, tu yang on je.
“Shu pun biarkan je ular tu atas bahu dan biar dia melingkar. Sebab ular ini tak suka dipaksa. Shu tenang, dia pun tenang. Sama-sama yakin dan percaya. Shu tak ancam dia, dia tak ancam Shu.”
Satu Keluarga Jenis Tak Takut
Pengalaman pertama Shuhada memegang haiwan eksotik ini waktu di Melaka. Waktu itu dia perlu memegang iguana.
“Mula-mula takut juga. Tapi Shu dapat tip daripada owner iguana tu. Katanya, Jangan takut. Kalau awak takut iguana ni rasa terancam dan dia akan menyerang’. Dari situlah Shu jadi berani pegang.
“Kalau dengan ular memang banyak kali dah. Kalau pergi zoo, asal dibenarkan pegang saya akan ambil peluang walaupun berbayar.
“Suami pula jenis tak takut. Anak-anak pun sama.” Ujar ibu beranak dua ini.
Nama usahawan, Hafiz Mahamad tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain sentiasa mendahulukan dan memenuhkan impian isterinya, Syafikah Aina, dirinya sering berkongsi rezeki dengan pekerja dan orang ramai. Ini termasuklah menyediakan bas untuk warga kota pulang ke kampung halaman baru-baru ini. Tak hairanlah, rezekinya sentiasa dimurahi kerana sikap baik hatinya itu.
Jika sebelum ini dirinya membawa 20 orang staffnya menunaikan umrah dan atas doa-doa mereka ini, terkini, sekali lagi Hafiz Mahamad membuat kejutan yang tidak disangka-sangka di mana dirinya mengumumkan membawa kesemua staff termasuk pekerja di Ainaa Beauty seramai 120 orang menunaikan umrah pada Januari awal tahun hadapan.
Dalam video dimuat turunkan sebentar tadi, Hafiz mengakui agak sebak mengumumkan hal ini kepada semua pekerja-pekerjanya.
Bermula dari mengumumkan hal ini, dirinya mula memanggil satu persatu nama. Bagi staff suami isteri, kedua-duanya dibawa pergi. Tidak kira pangkat atau jawatan termasuk pemandu bernama Abe yang menjaga mak ayah dan adik beradik selama ini, semuanya diumumkan satu persatu.
Lebih mengujakan, seorang dari pekerjanya, Man yang tidak sampai sebulan bekerja turut dibawa bersama, tanda Allah sudah memanggil, kata Hafiz lagi. Tindakannya itu membuatkan pekerja berkenaan menangis kerana sebak dan pastinya tidak menyangka walau tidak sampai sebulan bekerja, rezeki Allah bersamanya.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Kata Hafiz, “ini semua hasil support awak. Saya takkan lupa diri & sia siakan itu. Senyuman mereka, itu semua hasil doa & support awak.
Menyedari tidak semua boleh dibawa serentak kerana operasi syarikat perlu diteruskan, dirinya mengakui bagi staff Ainaa Beauty akan dibawa selepas-selepas itu hingga kesemua 120 orang dapat menunaikan ibadah umrah tahun hadapan.
Baginya, berkongsi rezeki yang Allah berikan adalah satu nikmat kerana tanpa mereka semua, kejayaan tak akan dapat dicapainya.
Allahu, sayunya mendengar berita ini.Naufal Amsyar, bayi lelaki berusia 10 bulan yang parah di kepala dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari dalam keadaan kritikal dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kira-kira jam 9 pagi ini.
Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, yang memaklumkan perkara itu melalui aplikasi WhatsApp, berkata Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya hari ini.
Kebumikan Selepas Solat Zohor
Menerusi status terkini di Facebook ibu mangsa, Eyka Rohmat pula mengesahkan, allahyarham Naufal Amsyar akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tangkak johor selepas Zohor .
Selasa lalu, bayi malang yang dijaga seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.
Susulan daripada itu, Khamis lalu polis menahan pengasuh terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga dan ibu bapa anak syurga ini. Semoga diberi kekuatan dan kecekalan dalam menghadapi ujian ini.Alfatihah.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...