Ibu hamil 7 bulan meninggal selepas melahirkan bayi, dijemput Allah dengan tanda kematian husnul khotimah. Tiada siapa menyangka detik yang sepatutnya menjadi saat terindah buat seorang ibu, menanti hadirnya cahayamata kedua bertukar menjadi perpisahan yang paling memilukan. Perjuangan seorang ibu di kamar bersalin berakhir dengan pemergian husnul khotimah.

Ibu muda kepada seorang anak lelaki yang masih kecil, Nuraderrah bt Hasnul Hafidzan  dijemput menghadap Ilahi hanya beberapa jam selepas melahirkan bayinya yang tidak cukup bulan pada 19 Ogos lalu pada jam 3 petang.

Ibu Hamil 7 Bulan Meninggal Selepas Melahirkan Bayi, Dijemput Allah Dengan Tanda Kematian Husnul KhotimahArwah Nuraderrah dikatakan sempat melahirkan anak keduanya secara normal. Namun selepas selamat melahirkan anak syurganya itu, berlaku kompilasi  hingga membawa kepada asbab kematiannya.

Menurut kakaknya, Adilin Hasnul, arwah adiknya sempat melahirkan bayi berusia 7 bulan secara normal namun takdir Allah sudah tertulis buat semua hamba-hamba-Nya.

“Adik saya kuat. Dia tetap berjuang melahirkan bayinya (Baby Nyra) yang telah gugur. Tapi selang beberapa jam selepas itu, berlaku komplikasi dan dirinya menyusul,” ujar Adilin lagi sambil  menahan sebak ketika berkongsi kisah duka itu.

Kematian mengejut ini benar-benar meruntun jiwa seluruh ahli keluarga. Menyifatkan arwah adiknya seorang yang sangat baik, pada hari pengebumian arwah, masjid dipenuhi orang ramai yang datang menziarah. Jelas Adilin, arwah adiknya bekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC).

“Rakan-rakan lama dari Kolej Tunku Kursiah ramai yang hadir. Ramai yang bersolat jenazah dan memberikan penghormatan terakhir buat adik,” katanya  memaklumkan arwah adiknya merupakan bekas penuntut Penn State University, Amerika Syarikat.

Ibu Hamil 7 Bulan Meninggal Selepas Melahirkan Bayi, Dijemput Allah Dengan Tanda Kematian Husnul Khotimah

Ads

Ibu Hamil 7 Bulan Meninggal Selepas Melahirkan Bayi, Dijemput Allah Dengan Tanda Kematian Husnul KhotimahDi sebalik kedukaan diterima keluarga diuji kehilangan orang tersayang, Allah menunjukkan kebesaran-Nya. Menurut kakaknya, Ustaz yang menguruskan jenazah adik berkata, semasa urusan pengebumiannya, arwah adik ada menunjukkan ciri-ciri kematian husnul khotimah.

“Ustaz tanya  apa amalan adik semasa hidup. Sebab ramai yang datang solatkan jenazahnya dan semasa ke tanah perkuburan. Wajah arwah juga selepas dimandi kelihatan kuning keemasan, bercahaya. Tubuhnya berpeluh selepas dimandikan. Rasa menitis air mata kami bila Ustaz maklumkan ini.Ustaz cakap ini tanda-tanda kematian husnul khotimah.

“Semasa hayatnya arwah adik memang baik, ramai yang sayang padanya. Kami sebak atas kehilangannya dan syukur Allah memuliakan pemergian insan kesayangan kami ini,” jelasnya memaklumkan arwah adiknya merupakan adik bongsu.

Ibu Hamil 7 Bulan Meninggal Selepas Melahirkan Bayi, Dijemput Allah Dengan Tanda Kematian Husnul Khotimah

Ads

Ibu Hamil 7 Bulan Meninggal Selepas Melahirkan Bayi, Dijemput Allah Dengan Tanda Kematian Husnul Khotimah

Jelas Adilin, arwah meninggalkan seorang anak kecil yang masih memerlukan belaian seorang ibu. Walau jasadnya tiada lagi, kasihnya akan terus hidup melalui doa-doa yang tidak pernah putus dan cerita kebaikannya yang akan terus dikenang oleh setiap yang mengenali arwah semasa hidup.

Al-Fatihah buat arwah Nuraderrah bt Hasnul Hafidzan. Pemergiannya adalah peringatan buat kita semua. Hidup ini bukan tentang berapa lama kita diberi nafas di dunia tetapi bagaimana akhirnya kita kembali kepada Sang Pencipta.

Arwah pergi sebagai seorang ibu dengan tanda husnul khotimah. Disambut Allah dengan cara yang penuh mulia.Semoga kisah ini menjadi doa yang berpanjangan untuk arwah dan pengajaran untuk kita semua.

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI