Orang cakap, bila berumahtangga rezeki makin bertambah. Begitu juga bila sudah mempunyai anak. Rezeki anak-anak. Suami isteri tak perlu takut dan bimbang duit tak cukup, semua ini sudah ditentukan olehNya.
Namun, di sebalik rezeki keluarga ini, pernah tak kita merasakan duit tidak pernah cukup dan merasakan banyak duit yang dikeluarkan. Sehinggakan tidak tahu, ke mana arah duit itu digunakan.
Cuba kita selidik kembali, apa yang telah kita lakukan dalam keluarga. Baik suami, isteri mahu pun anak-anak, apakah perkataan yang kerap keluar dari mulut mereka. Mungkin kita tidak sedar dengan amalan maki memaki boleh menjadi punca rezeki kita bocor.
Bukan maki memaki orang lain semata-mata tetapi maki dalam keluarga itu sendiri pun boleh menjadi punca rezeki tersekat. Lebih lanjut tentang rezeki tersekat ini, perkongsian daripada Ibu Rose boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Ketahuilah rezeki kita ada yang nampak ada yang tidak nampak. Rumah tangga penuh kedamaian adalah rezeki yang kadang-kadang menjadi rezeki yang tidak nampak bagi yang tidak merasainya.
Malah, ia tidak dirasai kerana pelbagai sebab. Di antaranya, amalan kurang baik di dalam diri sendiri. Amalan sering maki memaki satu sama lain terutama di dalam keluarga.
Sakiti Keluarga
Setiap kali seorang ahli keluarga memaki seorang ahli keluarga yang lain, maka terhentilah rezeki melimpah ruah penuh berkat dari memasuki pintu rumah keluarga itu.
Sekali lagi ketahuilah bila kita menjalani hidup dengan memaki orang lain walaupun anak-anak atau suami atau isteri kita, rezeki kita banyak tersekat atau akan bocor.
Ads
Jangan hidup suka menyakiti orang lain kerana mereka itu adalah hamba Allah yang Allah kasih dan didatangkan ke dalam hidup kita untuk bersama dengan kita di dalam usaha kita mencari redha Allah.
Belajar Berkasih Sayang
Suami isteri, belajarlah berkasih sayang. Belajar semula menjadi romantis dan bercakap penuh hormat dengan pasangan, jika anda dapati diri anda sudah tidak menjaga itu semua, mulalah menjaganya.
Percayalah rumah tangga yang aman damai, menarik dan menjemput rezeki melimpah ruah.
Semuanya tidak bermula dengan orang lain, tetapi dengan diri kita sendiri.
Ads
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (TQS. Ar-Ra’d [13]: 11).
Perubahan hanya akan berlaku bila kita decide dan berubah dahulu.
Ibu panjatkan doa kepada Ilahi agar semua yang membaca ini diberi taufiq dan hidayah serta kemampuan besar untuk menjaga perhubungan di dalam rumah-tangga. Biarlah ia menjadi syurga kita di dunia ini.
Salam Kasih.
MW: Segalanya bermula daripada suami isteri. Bila pasangan menjaga percakapan yang baik, secara tak langsung anak-anak akan ikut. Percayalah.
Kalau isteri merajuk, suami kenalah pujuk, jangan biar isteri asingkan diri lama-lama. Jangan biarkan isteri merajuk terlalu lama atau memendam rasa. Tidak dapat dielakkan pasti akan berlaku sedikit perbalahan, persengketaan dan malah ada sampai pasangan merajuk. Selalunya yang paling ‘kuat’ dan mudah merajuk tentulah kaum isteri.
Sebagai manusia biasa dan tidak sempurna, kita ada kelemahan. Masing-masing perlu selesaikan. Ketika inilah suami perlu bijak memainkan peranan kerana suami adalah imam dalam sesebuah keluarga.
Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri. Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.
Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu. Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Jadi bila isteri merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian. Dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami.
Surirumah jarang dianggap sebagai kerjaya. Jadi surirumah, pekerjaannya tidak dibayar gaji. Tidak seperti isteri yang bekerja dan terima duit gaji bulanan dari majikan. Sebab itulah ada yang beranggapan surirumah ini bukan satu kerjaya.
Ada suami yang faham, mereka memberikan duit gaji kepada isterinya. Beruntung isterinya. Namun, bukan itu bersoalannya. Walaupun tanpa diberikan duit gaji, seharusnya suri rumah itu masih perlu berbangga dengan ’title’ yang dipegangnya itu.
Sekalipun jadi surirumah tak menambah duit masuk, mereka masih juga berperanan membantu mengurangkan cash flow keluar dalam rumah tangganya.
Sebagaimana ibu ini, Salida Amran berasa selesa dengan kerjaya yang digalas sejak 15 tahun lamanya. Yang mana, kerjaya sebeginilah hakikatnya menjadi idaman ramai para isteri.
Cuma, masih ada yang belum berkemampuan lagi dan perlu bekerja di luar. Ibu ini berkongsi pandangan.
Surirumah Jarang Dianggap Kerjaya Bagi Orang Ramai
“Sebelum ini kerja apa?” Saya jawab, saya surirumah sepenuh masa. Dah 15 tahun, Alhamdulillah dan saya belum pernah turun ke sebarang lapangan kerjaya.
Ini soalan yang kerap kali saya terima saat berkenalan dengan rakan-rakan baru di sini. Rata-rata bertanya, kerjaya saya dan agak rare juga bagi mereka apabila mendengar saya tidak pernah berkerjaya.
“Menantu ni kerja apa?” Soalan ini arwah ibu mertua saya terima, saat beliau memperkenalkan menantu yang satu ini kepada saudara mara. Ringkas beliau menjawab, surirumah. Suram dan mendatar suaranya. Seketika kemudian beliau sambung lagi, “tapi dia ambik tempahan buat kuih tradisional macam kuih talam tu. Kek-kek pon buat juga. Kalau nak tempah apa-apa boleh roger“. Kali ini dengan nada lebih bersemangat, ceria dan gembira lagaknya.
Surirumah jarang dianggap sebagai kerjaya bagi ramai orang. Apabila diberitahu diri ini surirumah, pasti akan ada susulan soalan “takde buat kerja lain?” “tak buat kerja sampingan?” “ada meniaga kecil-kecilan?”.
Soalan susulan begini sering membuatkan surirumah rasa tidak selamat (insecure) jika bertugas melakukan hal ehwal rumahtangga semata-mata. Pandangan masyarakat, surirumah lebih berjaya jika ada kerjaya sampingan lain, sekalipun di jalankan hanya di rumah.
Sebelum ini, disamping jawatan surirumah memang saya pegang portfolio lain juga seperti yang dicanangkan arwah ibu mertua tadi. Ya, saya berniaga kuih tradisi dari rumah dan dalam masa yang sama saya juga berdagang saham di Bursa Malaysia.
Selesa Jadi Surirumah Sepenuh Masa
Tapi berdasarkan pengalaman, saya lebih selesa memegang jawatan surirumah sepenuhmasa tanpa ada jawatan sampingan lainnya. Mengenali kelebihan dan kekurangan diri sendiri, memegang banyak jawatan dalam satu masa adalah bukan kepakaran saya.
Saya diseliputi rasa bersalah apabila terpaksa bergelut setiap malam di dapur menyiapkan tempahan sedang suami pada ketika itu baru pulang dari pejabat dan menginginkan rehat bersama isteri sambil menonton tv. Saya rasa ralat juga tidak dapat menemankan anak bermain-main role play bersama berikutan saya sibuk menyiapkan tempahan yang diterima masuk.
Pada hujung minggu pula, demi meneruskan perjalanan dagangan saya di Bursa Malaysia saya sebetulnya harus menghadiri seminar, bengkel dan kelas. Ianya memakan masa yang panjang. Adakalanya memakan masa 2 – 3 hari penuh. Keterbatasan untuk meninggalkan anak yang pada ketika itu masih menyusu dan anak-anak lainnya tidak betah ditinggalkan lama menjadi kekangan buat saya menghadirinya.
Berikutan perkara inilah, saya selesa menggalas jawatan utama sebagai surirumah tanpa ada yang lainnya.
“Ala..sayanglah bakat dah ada, ilmu dah ada tak dapat di kembangkan dan dibiar begitu sahaja. Boleh pergi jauh ni. Boleh kembangkan lagi bisnes yang dah mula“. Begitu respon yang saya terima. Ada pihak seakan kecewa bila saya memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa.
Kawan-kawan, saya melihat surirumah sebagai kerjaya. Jadi inilah kerjaya pilihan saya. Sebagai surirumah, saya mungkin tidak punyai list kerja yang panjang berjela, namun menyelesaikan segala tugasan yang ada itu memakan masa yang lama.
Walaupun sekitar pusing-pusing kepada memasak, mengemas, membasuh dan mengasuh, namun ianya berangkai dan mendambakan masa serta komitmen yang tinggi.
Menjawab persoalan samada kerjaya sampingan bagi seorang surirumah adakah satu keperluan atau kemestian, ianya bergantung kepada kemampuan individu melaksanakannya. Saya sudah cuba dan saya rasakan saya tidak mampu menggalas jawatan lain selain tugasan utama saya. Ianya tiada betul dan tiada salahnya. Bergeraklah atas kapasiti kemampuan dan kemahuan diri sendiri.
Berkaitan hal suri membantu ekonomi keluarga, saya pernah ulas dulu. Sekalipun kita tidak membantu menambah cash flow yang masuk, InsyaAllah kita membantu mengurangkan cash flow yang keluar.
Saya sayangkan diri saya untuk saya bertugas menyayangi yang lain di bawah pimpinan saya. Saya harus pastikan saya punya masa yang cukup untuk rehatkan diri dan minda agar saya mampu melunaskan tugasan saya dengan sempurna. Justeru saya tidak perlu bebankan diri saya dengan tugas lainnya dalam satu masa.
Buat masa sekarang, ini pelaburan saya. Menggunakan masa dan tenaga yang ada membesarkan anak-anak dengan kudrat semampu daya. Melihat anak meningkat usia setiap detiknya dihadapan mata. Moga nanti pelaburan ini menjadi saham saya kalaupun bukan di dunia, tapi diakhirat sana. Biiznillah.
Sumber/Foto : Salida Imran, Ibu CEO
Sometimes baker, fulltime mother.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meniti kehidupan rumah tangga bahagia itu impian setiap pasangan. Berapa ramai yang amalkan saling memuji pasangan. Pasangan lama ini, sudah berpuluh tahun berkahwin. Namun, ada satu hal yang pasangan lama ini sering lakukan.
Itulah yang mengutuhkan keharmonian hidup berumah tangga. Benarlah, untuk mengecap bahagia dalam perkahwinan itu kedua-dua pihak perlu saling memainkan peranan.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Sariah Suhailah ini akan kisah kawan ayah mentuanya. Walau sudah bertahun hidup bersama, masing-masing tak lokek memuji pasangan masing-masing.
Saling Memuji Pasangan Walaupun Di Depan Orang Lain
Saya ada kenal dengan beberapa pasangan kawan abah (ayah mertua). Mereka ni kalau berkunjung, memang meriah. Saya suka tengok cara mereka.
Mereka hidup bersama berpuluh tahun. Ada yang anak-anak dah berkahwin, dah punya cucu, dan pastinya mereka dah lalui pelbagai asam garam kehidupan.
Satu perkara yang saya lihat sama antara beberapa pasangan ni ialah, mereka saling memuji pasangan mereka di depan orang lain.
Contohnya macam ni. Katalah kita tengah bincang bab pokok.
“Pokok tu susah jugak nak hidup kan?”
“Haa, yang tu kena tanya Makcik. Makcik memang pandai bab tanam pokok. Yang dia tanam semua elok.”
Dan Makciknya menjawab dengan rendah diri, “Ish, ade jugak tak menjadi.”
Atau pun kalau bincang bab masakan.
“Saya masak tak berapa jadilah.”
“Haa, nak masak tu tanya Makcik, dia buat jadi. Sedap.”
Atau bincang bab baiki rumah.
“Cuba tanya Pakcik. Setakat ni, kalau rosak-rosak kat rumah tu dia baiki sendiri. Menjadi tangan dia.”
Percutian hujung tahun merupakan saat paling dinantikan oleh seisi keluarga, di mana kenangan manis dapat dicipta bersama orang tersayang. Namun, untuk memastikan percutian berjalan...