"Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja.' - Marshanda.

‘Hidap kanser, reda pergi dulu.’ Pelakon ini cipta sebuah lagu khas buat anak tunggalnya yang tersayang.

Biarpun ujian berat menimpa, pelakon Indonesia ini ternyata begitu kuat. Benarlah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Hidap Kanser Payudara

Setiap manusia diuji, begitu juga dengan Marshanda iaitu pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia. Malah buat masa ini, dia mendedahkan bahawa dirinya telah mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan yang baik.

Sesungguhnya, dia menyedari bahawa keadaan dirinya yang kini menderita kanser payudara boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.

PENDEDAHAN TENTANG PENYAKIT ITU DIBUAT MARSHANDA MENERUSI SATU HANTARAN VIDEO YANG BERJUDUL ‘I HAVE BREAST TUMOR’, DI PLATFORM YOUTUBE MILIKNYA BARU-BARU INI.

Reda Pergi Dulu

Pemilik lagu popular Sejuta Cinta itu kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan dilihat menitiskan air mata di saat bercerita tentang perkara itu.

Namun dia percaya bahawa apa yang dilaluinya adalah sebahagian daripada aturan Tuhan untuk dirinya.

‘Hidap Kanser, Reda Pergi Dulu.’ Pelakon Ini Cipta Sebuah Lagu Buat Anak Tunggalnya

“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.

“Dan saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?

“Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” tuturnya bernada sebak.

Artikel Berkaitan: 

Ramai Wanita Tidak Endah Tentang Tanda Awal Kanser Payudara, Watsons Positive Pinktober Sebar Semangat Positif

Ini 8 Tanda Awal Kanser Payudara, Tapi Ramai Wanita Yang Lambat Sedar & Tak Ambil Peduli

Isteri Hidap Kanser Payudara, Nizam Laksamana Berusaha Cari Duit Kudrat Sendiri Jalani Kemoterapi  

Pelakon Ini Cipta Sebuah Lagu

Mengakui dirinya kadang kala merasai sakit di bahagian payudara, ibu kepada seorang cahaya mata itu juga memohon doa orang ramai.

“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir, tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan Tuhan tolong doakan saya.

“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya,” ujarnya.

Buat Anak Tunggalnya

Namun apa yang lebih menyentuh hati dalam video tersebut, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu turut meninggalkan pesanan buat satu-satunya anak perempuan hasil perkahwinan dengan bekas suami Ben Kasyafani bernama Sienna, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.

‘Hidap Kanser, Reda Pergi Dulu.’ Pelakon Ini Cipta Sebuah Lagu Buat Anak Tunggalnya

“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

Wanita berusia 32 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada bekas suami dan isteri barunya kerana menjaga anak perempuannya itu dengan baik. Dia juga mengatakan wanita itu adalah ibu tiri terbaik bagi anaknya.

Sebelum ini, Marshanda pernah disahkan menghidap masalah gangguan bipolar dan dia mengembara ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Mingguan Wanita : Semoga Marshanda terus kuat melawan penyakit ini dan dia kembali sembuh seperti sediakala. Insyallah.

Sumber : Sinar Harian

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI