Hentikan tabiat memegang, memicit, mengopek kesan luka jerawat! Menjadi igauan juga apabila seseorang itu mempunyai parut bekas jerawat. Malah bekas jerawat yang dalam juga amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.

Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat

Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah

Jerawat yang mengakibatkan masalah ini biasanya lebih besar, dalam dan lambat sembuh. Bagi wanita, bekas jerawat yang dalam ini juga akan membuat solekan menjadi tidak rata malah menyukarkan mereka merias wajah.

Hampir kebanyakan orang menganggap bekas jerawat yang dalam sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan orang lain.

Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah

Antara Teknik Rawatan Luka:

  1. Pastikan kulit yang tercedera dirawat dengan baik. Teknik dan kesan jahitan yang betul akan menghasilkan kualiti parut yang baik.
  2. Elakkan jangkitan pada luka. Pastikan keadaan luka bersih dan tidak dijangkiti kuman. Luka yang mengambil masa lebih dari dua minggu untuk sembuh akan menghasilkan parut hipertrofi atau keloid.
  3. Pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan parut lebih gelap daripada rona kulit normal.
  4. Gunakan krim pelindung tabir dan pakai pakaian yang boleh menutup kulit daripada terkena sinaran matahari ketika berada di kawasan terbuka.
  5. Urutan berkala pada parut dengan menggunakan minyak atau krim pelembap akan memberi tekanan pada tisu fibrosis dan menjadikan pengaliran darah ke tisu tersebut tidak aktif.

Kongsi Petua Hilangkan Jerawat Dan Jeragat Paling MURAH, Patutlah Wanita Thai Cantik-Cantik!

Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah

Masalah Jerawat Hilang Dengan Masker Madu Dan Kulit Kayu Manis

Kenali Jenis-Jenis Parut:

1.Parut biasa- Akan kelihatan meradang dan gelap pada awalnya, tetapi menjadi leper dan tidak terlalu ketara serta meninggalkan kesan parut yang nipis.

2.Parut atrofi – Biasanya mewujudkan tekanan di bawah permukaan kulit. Contoh parut-parut ini adalah seperti parut akne atau parut cacar air.

  1. Parut hipertrofik – Timbul di atas permukaan kulit. Ia dikenal pasti melalui jumlah kolagen yang berlebihan, namun kekal dalam lingkungan kawasan luka tersebut sahaja.
  2. Parut keloid – Keloid tidak sama seperti parut hipertrofik. Walaupun ia juga parut yang timbul, keloid boleh merebak melebihi lingkungan kawasan luka. Ia juga mungkin terus membesar dan muncul semula walaupun selepas dibuang.

BELI PRODUK DISINI

https://www.goshop.com.my/products/skin-care/guerisson-bright-me-cream-70g-20114258

Tip:

  • Potong buah lemon kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya. Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut. Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.

Hentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah

  • Letak sedikit madu pada parut dan urut perlahan-lahan. Biarkan kering baru dibilas.
  • Campurkan sedikit air mawar (rosewater) atau susu pada serbuk sandalwood dan sapukan pada parut perlahan-lahan. Biarkan selama sejam dan bilas dengan air sejuk.
  • Hiris kentang mentah dan sapukan pada parut.
  • Sebaik sahaja luka kecil terus sembuh, cepat-cepat sapu minyak kelapa. Parut akan mudah hilang.
  • Seperti kentang, hiris timun dan sapukan jusnya pada parut.
  • Aloe vera adalah sumber vitamin yang amat bagus untuk melembapkan kulit serta memperbaiki strukturnya. Selain itu, aloe vera tidak mengandungi bahan alergenik yang mampu memudaratkan kulit. Gunakan gel dan sapukan pada bekas jerawat selama 30 minit sebelum dibilas.
  • Timun turut kaya dengan khasiat vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Kombinasi ini sangat sesuai untuk melembapkan dan berkesan menghilangkan kesan jerawat yang hitam, berlubang, atau timbul pada permukaan kulit.
  • Campurkan 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air suam. Gunakan kapas dan rendamkan pada campuran tersebut. Kemudian, tekankan pada bahagian berjerawat. Biarkan selama 5-10 minit.
  • Hentikan tabiat memegangnya, memicit jerawat atau mengopek kesan luka jerawat. Tindakan ini boleh menyebabkan keradangan dan hilangnya kolagen pada bahagian kulit tersebut. Lebih banyak bakteria akan hinggap dan menjadikan keadaan lebih buruk.

RAWAT DIRI

  • MINYAK ZAITUNHentikan Tabiat Memegang, Memicit, Mengopek Kesan Luka Jerawat, Wanita Rajinlah Jaga Kulit Wajah

Bahan-Bahan:

*Minyak zaitun adalah bahan mesra kulit yang memiliki pelbagai khasiat vitamin A, D, E, C, B1, B2, zat besi, dan antioksidan. Ia juga bersifat anti-radang yang berkesan merawat jerawat dan memperbaharui kulit akibat bekas jerawat.

Cara Membuat:

1.Sapukan minyak zaitun dan urutkan pada bahagian berjerawat dengan perlahan.

2.Kemudian, ambil tuala bersih dan rendamkan pada air suam.

3.Perah dan tutupkan bahagian wajah supaya stimnya meresap ke dalam kulit. Biarkan selama satu hingga dua minit sebelum membilasnya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI