
Isi Kandungan
ToggleHanis Zalikha berhadapan dengan detik cemas apabila anak keduanya, Alisa Aisyah tiba-tiba mengadu kesakitan di bahagian hidung.
Bercerita pengalaman yang cukup mengejutkan itu, Hanis menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya berkongsi tentang kejadian tersebut.
Sebagai ibu bapa pengalaman seperti ini sememangnya akan berlaku. Kejadian, apabila anak memasukkan benda ke dalam hidung. Nampak macam mudah tetapi teramatlah bahaya.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.
Hanis Zalikha Kongsi Detik Cemas, Alisa Mengadu Sakit Hidung
Pelakon yang juga isteri kepada Hairul Azreen ini menyatakan Alisa Aisyah yang mengadu sakit hidung akibat memasukkan putik bunga ke dalam hidungnya.
Kejadian itu berlaku ketika dia dan anaknya yang berusia dua tahun itu membuka bungkusan hadiah.
“Cerita hari tu. masa tengah buka bungkusan hamper, tiba-tiba Alisa tunjuk hidung dan kata sakit sakit!
“Mommy pandang ke lantai berderai putik-putik bunga dari bungkusan tu.
“Menjerit Mommy, ‘Alisa did you put this in your nose?’.
“Dia pun menjerit jugak “I am sorry mommy’.
“Tiba-tiba cakap maaf ni, betul lah tu,” kongsi Hanis.
Gunakan Skop Kamera
Terang pelakon wanita itu lagi, pada awalnya dia tidak dapat nampak apa-apa dalam hidung Alisa ketika memeriksanya dengan mata kasar, bagaimanapun sebaliknya apabila menggunakan skop kamera milik suaminya, Hairul Azreen.
“Periksa mata kasar memang clear saja lubang hidung dia tu.
“Nasib baik daddy rajin beli gajet-gajet untuk periksa telingalah apalah.
“Berguna time cemas.
“Terus ke unit kecemasan dan keluarkan putik bunga tersebut. Terima kasih doktor,” sambungnya.

Pasangan suami isteri ini rasa bersyukur apabila semuanya selamat dan Alisa kembali pulih.
Baca Disini Juga:
Rezeki Ramadan, Hanis Zalikha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan, Alisa Aisyah
Alisa Naik Ruam Pipi Hanis Zalikha Kongsi Tip Ini, Boleh Manfaatkan Kalau Serasi
Alisa Naik Ruam Pipi Hanis Zalikha Kongsi Tip Ini, Boleh Manfaatkan Kalau Serasi
Sumber/Sumber Foto: Instagram Hanis Zalikha
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Sheikh Muszaphar Cemas Dr Halina Sakit Tekak Dan Batuk, Kuarantin Diri Dalam Bilik

Isi Kandungan
ToggleSejak hari pertama negara menerima pesakit Covid-19 di hospital, isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos sudah mula menjalankan kerja-kerja penyaringan ke atas pesakit Covid-19 di hospital.
Sebagaimana semua sedia maklum, frontliners inilah antara individu paling mudah terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 melalui pesakit. Dan malam tadi, Dr Sheikh Muszaphar dikejutkan dengan kondisii isterinya yang tiba-tiba alami simptom batuk dan sakit tekak.
Dr Halina Tunjukkan Tanda Sakit Tekak Dan Batuk
Kongsinya di laman instagramnya, sebaik saja balik dari tempat kerja isterinya mula menunjukkan tanda sakit tekak dan batuk. Selepas mengambil ujian swab Covid-19, isterinya itu kuarantin diri. Sementera menunggu keputusan keluar, Dr Halina bersendirian dalam bilik di rumah mereka.
“Sedih saya melihatnya, malah dia tidak boleh berada dekat dengan anak-anak. Tak boleh bayangkan bagaimana dia mengharungi ujian 8 jam itu.”
“Saya masih ingat bagaimana dia menghubungi saya dari hospital, tidak tahu ke mana dia harus pergi, memandangkan dia tidak mahu (virus) menjangkiti saya dan anak-anak. Dalam keadaannya sebegitu pun, dia masih risaukan yang lain.”
Dalam Sakit Dr Halina Tetap Terus Bekerja
Begitulah hati seorang ibu yang mahu menjaga keselamatan suam dan empat orang anak-anaknya, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Akhirnya, nikmat kesyukuran yang menjadi sandaran apabila hasil ujian Covid-19 menunjukkan ianya negatif.
“Dan Alhamdulillah – keputusan itu NEGATIF.”
Biar pun diduga dengan kesakitan, Dr Halina tetap tidak mengalah malah terus tekad pergi bekerja pada hari ini.
“Itulah Dr Halina – bukan kerana dia isteri saya TETAPI kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.. rela berkorban demi merawat orang yang sakit.. yang penting adalah menyelamatkan nyawa seseorang biar besar mana pun risikonya.
Pesannya lagi, “Kepada para doktor, jururawat dan petugas perubatan di luar sana.. teruslah berani dan kuat.”
“Anda sentiasa ada dalam doa-doa kami.”

Love As Always …
PS – To my Beloved wife Do continue your brave and noble effort .
InsyaAllah – Allah will ease your path Dunia & Akhirat
PSS – You are my true Hero
PSSS – Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan mu
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
MW : Begitulah hebatnya pengorbanan seorang DOKTOR. Demi kesihatan orang awam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan, mereka pun ada anak-anak dan suami untuk dijaga. Teruslah rakyat Malaysia #DudukRumah agar pengorbanan besar ini berbaloi nilainya.
Baca sini : Pesakit tahfiz Covid-19, tetap solat berjemaah, jarak 1 meter
Sumber/Foto : Dr Sheikh Muszaphar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puteri Sarah NEKAD Saman “Selepas Ini, Siapa Yang Mahu ‘Menyondol’, Mungkin Lebih Berhati-hati,”

Isi Kandungan
ToggleKemelut gangguan ‘orang ketiga’ dalam rumahtangga Puteri Sarah Liyana,37 diteruskan dengan tindakan undang-undang apabila pelakon ini nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.
4 Tahun Menanggung Derita
Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.
“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.
“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Mempertahankan Maruah Diri
Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.
“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.
“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Demi Selamatkan Rumahtangga
Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.
“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?
“Malah, ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.
“Insya-Allah selepas ini, siapa yang mahu ‘menyondol’, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.
“Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling,” katanya.
Perintah Injuksi Interim
Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, defendan iaitu Ira sudah menerima perintah injuksi interim, Selasa lalu.
“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun yang lalu.
“Perintah ini dimohon agar agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
“Sebab kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami.
“Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, Selasa lalu. Beliau sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.
Dalam masa sama, Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih dalam proses.
“Untuk tindakan di Mahkamah Syariah, kami perlu bermula dengan aduan. Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 24 Jun lalu.
“Hari ini kami berada di JAIS atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
“Berikutan alamat tempat tinggal anak guam kami dan defendan di Selangor dan ada kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihat membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.
Kehadiran Orang Ketiga
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.

Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul yang ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Baca Lagi Di Sini:Empat Tahun Bertahan Diganggu Orang Ketiga, Puteri Sarah Akhirnya Hilang Sabar
Artikel Menarik:“Berkawan” Dengan Suami Orang Bila Dah Tersuka, Dilamun Cinta, Terus Dikatakan Jodoh!
Mingguan Wanita: Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga apatah lagi diganggu oleh orang ketiga. Semoga pengakhiran yang baik dalam rumahtangga Puteri Sarah ini.
Sumber: Bharian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Dekat Cuti Sekolah, Mak-mak Boleh Pilih Salah Satu Tempat Ini Untuk Bawa Anak-anak!

Isi Kandungan
ToggleMinggu depan anak-anak dah mula cuti sekolah! Haaa… mesti ada yang gigih mencari tempat yang sesuai untuk bawa anak berjalan. Ibu ayah, rancanglah aktiviti anak-anak dengan bijak. Banyak pengisian yang bermanfaat di musim cuti sekolah boleh diberikan kepada anak-anak. Banyak kem-kem motivasi yang boleh dihadiri.
Ada juga kelas intensif belajar Al-Quran. Ada juga kelas-kelas tahfiz Al-Quran. Hantarlah mereka untuk mendalami ilmu tersebut.
Tetapi kalau ada bajet lebih boleh bawa ke lima tempat ini…
1. Kidzania Damansara
Bawalah anak ke sini sebabnya kidzania mendedahkan anak-anak dengan suasana kerja yang sebenar. Di sini nanti anak-anak akan membuat dan diberi tugasan mirip kerja sebenar. Jadi anak akan jadi biasa dengan pekerjaan yang diorang akan buat.
Kerja anak kat dalam tu siap ada gaji. Anak akan dapat duit khas Kidzania bila diorang dah buat task untuk kerja yang dipilih. Duit ni boleh ditukarkan dengan barang kat kedai khas dalam tu. Duit ni kalau tak habis belanja boleh disimpan dalam bank khas Kidzania. Next time kalau datang lagi boleh withdraw dan ambik duit tu untuk campurkan dengan duit terkini.
2. Genting Strawberry Leisure Park Genting
Antara tarikan pengunjung ke Genting Highland. Best juga pergi petik strawberry kat sini. Fefeeling duduk luar negara!
3. Farm in the City
Tempat ini sesuai untuk anak kecil dan sesuai yang pra sekolah atau anak yang baru nak kenal binatang. Tempat tak besar macam zoo negara, jadi tidaklah penat nak berjalan.
Lagi best, binatang dia jinak-jinak. Boleh bawa selfie sekali. Ada banyak kura-kura kat situ dan pengunjung bebas untuk memberi makan daun yang disediakan.
Tapi awas..! Jangan biarkan anak kecil bagi makan kura-kura gergasi ni sendirian. Risau berlaku perkara yang tak diingini, sila pantau!
4. Sunway Lagoon
Banyak benda boleh layan kat sini. Ada permainan adventure, ada permainan air siap dengan tempat luncur air, ada juga mini zoo kat sini.
5. Sekinchan
Tak ramai yang tahu Sekinchan ini menarik untuk dilawati. Mana nak cari tempat berdekatan dengan KL ni yang ada pantai dan sawah padi. Kombinasi ini memang menjadikan Sekinchan sebagai tarikan utama.
Makan seafood murah kat sini. Nak tengok sawah padi yang menghijau luas pun boleh. Wishing Tree dan melihat kunang-kunang di waktu malam juga jadi point menarik untuk ke sini.
6. District 21
Taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya.

Playground ala Fear Factor yang bukan saja menarik buat anak-anak tetapi juga remaja, ibu bapa, atau sesiapa saja yang sukakan aktiviti lasak.
Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider.
Kalau ada anak kecil, jangan risau kerana tetap ada kawasan khusus yang disediakan untuk anak kecil. Jadi, sementara menunggu abang dan kakak bermain di bahagian yang lebih mencabar, anda boleh bawa anak yang lebih kecil bermain di mini playground atau caraousel yang terdapat di sekitar kawasan.
Pilihan bajet tapi bagus untuk anak-anak…
Atau paling kurang bawalah mereka ke perpustakaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Galakkan mereka meminjam buku di perpustakaan untuk dibaca diantara kunjungan ke perpustakaan seminggu sekali itu. Galakkan mereka habiskan pembacaan sebelum lawatan yang seterusnya.
Sediakan buku log untuk catitkan buku-buku yang telah dibaca, beserta penulis, tarikh mula dan habis baca dan sedikit sinopsis. Jadikan ini sebagai pertandingan diantara adik beradik. Nanti diakhir cuti sekolah, bagilah sedikit hadiah untuk menyukakan hati mereka.
Apa-apa pun rancanglah cuti anda dan cuti sekolah anak-anak anda dengan bijak!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI