Minggu depan anak-anak dah mula cuti sekolah! Haaa… mesti ada yang gigih mencari tempat yang sesuai untuk bawa anak berjalan. Ibu ayah, rancanglah aktiviti anak-anak dengan bijak. Banyak pengisian yang bermanfaat di musim cuti sekolah boleh diberikan kepada anak-anak. Banyak kem-kem motivasi yang boleh dihadiri.
Ada juga kelas intensif belajar Al-Quran. Ada juga kelas-kelas tahfiz Al-Quran. Hantarlah mereka untuk mendalami ilmu tersebut.
Tetapi kalau ada bajet lebih boleh bawa ke lima tempat ini…
1. Kidzania Damansara
Bawalah anak ke sini sebabnya kidzania mendedahkan anak-anak dengan suasana kerja yang sebenar. Di sini nanti anak-anak akan membuat dan diberi tugasan mirip kerja sebenar. Jadi anak akan jadi biasa dengan pekerjaan yang diorang akan buat.
Kerja anak kat dalam tu siap ada gaji. Anak akan dapat duit khas Kidzania bila diorang dah buat task untuk kerja yang dipilih. Duit ni boleh ditukarkan dengan barang kat kedai khas dalam tu. Duit ni kalau tak habis belanja boleh disimpan dalam bank khas Kidzania. Next time kalau datang lagi boleh withdraw dan ambik duit tu untuk campurkan dengan duit terkini.
2. Genting Strawberry Leisure Park Genting
Antara tarikan pengunjung ke Genting Highland. Best juga pergi petik strawberry kat sini. Fefeeling duduk luar negara!
Ads
3. Farm in the City
Tempat ini sesuai untuk anak kecil dan sesuai yang pra sekolah atau anak yang baru nak kenal binatang. Tempat tak besar macam zoo negara, jadi tidaklah penat nak berjalan.
Lagi best, binatang dia jinak-jinak. Boleh bawa selfie sekali. Ada banyak kura-kura kat situ dan pengunjung bebas untuk memberi makan daun yang disediakan.
Tapi awas..! Jangan biarkan anak kecil bagi makan kura-kura gergasi ni sendirian. Risau berlaku perkara yang tak diingini, sila pantau!
4. Sunway Lagoon
Banyak benda boleh layan kat sini. Ada permainan adventure, ada permainan air siap dengan tempat luncur air, ada juga mini zoo kat sini.
Ads
5. Sekinchan
Tak ramai yang tahu Sekinchan ini menarik untuk dilawati. Mana nak cari tempat berdekatan dengan KL ni yang ada pantai dan sawah padi. Kombinasi ini memang menjadikan Sekinchan sebagai tarikan utama.
Makan seafood murah kat sini. Nak tengok sawah padi yang menghijau luas pun boleh. Wishing Tree dan melihat kunang-kunang di waktu malam juga jadi point menarik untuk ke sini.
6. District 21
Taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya.
Ads
Playground ala Fear Factor yang bukan saja menarik buat anak-anak tetapi juga remaja, ibu bapa, atau sesiapa saja yang sukakan aktiviti lasak.
Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider.
Kalau ada anak kecil, jangan risau kerana tetap ada kawasan khusus yang disediakan untuk anak kecil. Jadi, sementara menunggu abang dan kakak bermain di bahagian yang lebih mencabar, anda boleh bawa anak yang lebih kecil bermain di mini playground atau caraousel yang terdapat di sekitar kawasan.
Pilihan bajet tapi bagus untuk anak-anak…
Atau paling kurang bawalah mereka ke perpustakaan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Galakkan mereka meminjam buku di perpustakaan untuk dibaca diantara kunjungan ke perpustakaan seminggu sekali itu. Galakkan mereka habiskan pembacaan sebelum lawatan yang seterusnya.
Sediakan buku log untuk catitkan buku-buku yang telah dibaca, beserta penulis, tarikh mula dan habis baca dan sedikit sinopsis. Jadikan ini sebagai pertandingan diantara adik beradik. Nanti diakhir cuti sekolah, bagilah sedikit hadiah untuk menyukakan hati mereka.
Apa-apa pun rancanglah cuti anda dan cuti sekolah anak-anak anda dengan bijak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada suami tu dia tak berkira pun kena basuh kain dekat kedai dobi layan diri. Asalkan dapat senang dan mudahkan urusan isteri.
Sayangnya waktu mendobi itulah macam-macam hal boleh suami jumpa. Walhal kata Andy Sulaiman, aturan mendobi ni simple je.
Sayangnya ada juga yang langgar sampai boleh jadi rimas dibuatnya.
Jangan Langgar 8 Pantang Basuh Kain Di Kedai Dobi Layan Diri
1. Kalau nak tinggalkan pakaian dalam mesin lepas tu nak datang balik, pastikan kau peka pukul berapa mesin tu dah berhenti. Elok aku tak masukkan dalam plastik hitam je pakaian yang dah siap tu.
2. Ada wanita dan kanak-kanak, tolong jangan tunggu pakaian kau siap sambil merokok.
3. Orang baru datang bawa bakul baju, jangan tengok beriya! Segan aku tadi ada akak tu pandaaaaang je aku. Nak check aku ada bawa boxer ke tak dalam bakul aku lah tu. Please lah.
4. Jaga kebersihan. Makan kuaci, cekedis jangan sepah-sepah atas meja. Ada orang guna meja tu untuk lipat baju terus lepas keluar dryer.
5. Kerusi panjang untuk duduk ramai-ramai. Bukan untuk kau baring atau menjulur kaki dan orang lain berdiri tengok kau main phone.
6. Adamassage chair, masuk duit kau rest dan relax. Bukan kau buat duduk saja-saja sambil tunggu pakaian kau siap. Naik serak suara amoi massage chair tu suruh kau insert coin.
7. Kalau couple, dobi tempat basuh baju. Bukan tempat kau nak bermesra, peluk, pegang-pegang hidung, cium pipi. Libas pakai jeans lembap, tau lah nasib korang.
8 . Kot ya pun kau nak masukkan baju kau lepas orang tu tarik keluar pakaian dia, rileks je. Tak perlu berdiri belakang orang tu. Tadi aku tengok ada akak tu malu-malu nak tarik baju kelawar dia sebab ada brader tercegat kat belakang dia.
Saja je bercerita hal ni. Tak penting mana pun sebenarnya. Aku rasa banyak masa terluang kat dobi tadi.
Hari ini pastinya meriah, pagi-pagi lagi ramai yang dah bersemangat keluar rumah dan beratur untuk pergi mengundi.Salah satu jari pastinya akan dicelup dengan dakwat kekal, sebagai tanda telah selesai memangkah undi. Hah, bila jari telah ‘berinai’, inilah yang mak-mak perlu beri perhatian.
Menerusi perkongsian oleh Dr Rosli Abd Jalil, jangan korek hidung selepas jari dicelup dengan dakwat kekal pilihanraya. Mungkin ramai yang anggap kelakar tapi sebenarnya banyak bahaya yang menanti dari segi kesihatan.
Berikut antara perkongsian ilmu oleh doktor ini;
Mengapa Doktor tidak benarkan main-main korek hidung atau sebagainya selepas jari anda dicelup dengan dakwat kekal pilihanraya?
Nampak kelakar tapi bahaya menunggu!
Dakwat kekal – mengandungi bahan kimia Silver Nitrate (AgNo3). Apabila dakwat terkena kulit berlaku tindakbalas dan ia membentuk Silver Chloride yang tidak larut dalam air dan kekal pada kulit sekurang-kurangnya selama 72 jam!
Ia tidak boleh dibasuh dengan sabun, air panas, alkohol atau pencuci lainnya. Ia akan hilang apabila kulit lama mati dan digantikan dengan kulit yang baru.
Silver Nitrate adalah satu bahan yang beracun dan jika digunakan dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan hakisan pada kulit, kesan ‘terbakar’ kemerah-merahan pada kulit dan ia boleh merosakkan membran mukosa dan mata sekiranya terkena dalam kuantiti yang banyak.
Di dalam lubang hidung dan saluran pernafasan kita ia dilapisi dengan membrane mukosa. Silver Nitrate akan memberi kesan yang sangat merbahaya kepada lapisan tersebut. Ia boleh menyebabkan rasa pedih terbakar dan sekiranya terhidu ia akan menyebabkan batuk, ‘Wheezing’, sakit tekak, sesak nafas, sakit kepala, loya dan muntah dan boleh menyebabkan serangan asthma akut.
Cara Elakkan Bahaya Di Atas:
1. Minta pegawai bertugas calitkan sedikit sahaja di jari kita, elak dari mencelupkan jari ke dalam botol dakwat, tetapi sekiranya terpaksa celupkan sedikit hujung jari sahaja.
2. Guna jari tangan kiri yang tidak digunakan untuk makan.
3. Ketika dakwat masih basah jangan sekali-kali dikenakan kepada membran mukosa seperti diletak dalam hidung atau mulut.
4. Jangan hidu bau dakwat ketika basah kerana boleh menyebabkan gangguan sistem pernafasan.
5. Kepada petugas pilihanraya, tutup dakwat yang tidak digunakan untuk elak terhidu dan tumpah dan anda dinasihatkan memakai sarung tangan dan topeng muka sekiranya perlu.
Dr Rosli Abd Jalil
(Occupational Health Doctor)
Semoga info ini bermanfaat buat mak-mak yang keluar mengundi pada hari mengundi.Kongsikan agar lebih ramai yang prihatin mengenai perkara ini.
“Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah”. Itu ungkapan menyentuh hati terzahir dari seorang ibu buat anaknya sempena ulang tahun kelahiran anak tersayang hari ini.
Ibu penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menyentuh hati ramai menerusi ucapan istimewa sempena ulang tahun anaknya itu. Fauziah sempat menitipkan doa memohon kesejahteraan anaknya agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, serta umur yang diberkati.
“Barakallah fii umrik. Semoga umur anakku adalah umur yang berkat, umur yang membawa kebaikan untuk semua. Serta umur yang menjadi kesempatan untuk rajin beribadah,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dimuat naik di Instagram miliknya di mana Fauziah turut meluahkan rasa sayang terhadap pelantun lagu popular Memori Tercipta itu.
Selain turut mendoakan agar isteri personaliti media sosial, Ubaidillah MZ ini akan menjadi seorang ibu yang baik.
“Semoga Allah SWT limpahkan rezeki yang tak putus-putus. Selamat hari lahir anakku Shila. Mak sayang kakak…
“Mak doakan kakak menjadi isteri dan ibu yang baik, bahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Allah Ya Mujib,” tulisnya.
Terdahulu, Fauziah pernah meluahkan rasa rindu terhadap cucunya, Seth Uwais yang merupakan anak sulung kepada Shila Amzah melalui perkahwinanya yang terdahulu. Malah, Fauziah turut menyatakan bahawa tidak banyak kenangan bersama cucunya itu namun Seth sentiasa berada dihatinya.
Untuk rekod, konflik keluarga antara Shila dan keluarga termasuk ibu dan adik-adik, Amir Syafiq serta Syada Amzah menjadi perbualan ramai sekitar penghujung tahun lalu. Ia tercetus ekoran dakwaan Shila dikatakan telah ‘menghalau’ keluar mereka daripada kediaman banglo miliknya.
Shila bagaimanapun menafikan dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.
Sekitar April lalu, Shila pernah berkata dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan ibunya ketika dia sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan bersama Ubai.
Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila binti Amir Amzah dilahirkan kira-kira pukul 11.00 pagi pada 13 Ogos 1990 di Klinik Shambi, Jalan Medan Tunku, Kuala Lumpur. Perkongsian Fauziah sekaligus mengundang perhatian ramai yang rata-ratanya berdoa agar kemelut antara mereka segera selesai dan berdamai.
“Kepada Penyondol, Bolehlah Jadi Nombor Satu Sekarang” itulah antara ayat yang dikongsikan oleh pelakon senior Farisha Irwayu menerusi sebuag video yang dikongsi di laman...