“Halalkan semuanya ibu, sebenarnya saya sudah mati,” kata akhir anak maut kemalangan jadi kenyataan. Kata-kata pelik diungkap oleh Safitri Mulyana beberapa ketika sebelum meninggal dunia menjadi kenyataan apabila arwah terlibat dalam kemalangan dengan lori dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 74.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Tanjung Pagar, pada jam 8.51 pagi, Safitri Mulyana Mohamad, 31, yang tinggal di Kampung Gong Pasir maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah peha kanan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Safitri dari arah Dungun ke Kuala Terengganu dipercayai terbabas ke laluan kanan sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Pertembungan kemalangan ini mengakibatkan arwah meninggal di lokasi kejadian. Dirinya keluar membeli makanan untuk ibunya yang mengidap sakit buah pinggang.Beginilah keadaan Vivanya yang remuk dalam nahas meragut nyawa ini
Dalam masa sama, sebuah Proton Saga yang berada di belakang cuba mengelak namun bergesel dengan kenderaan mangsa.
Jelas ibunya, Norshikin Mustaffa, dia sama sekali tidak menyangka kata-kata pelik yang diungkap anaknya menjadi kenyataan.
Memetik Harian Metro, Norshikin, 64, yang menghidap penyakit buah pinggang berkata, arwah anaknya itu seorang ibu tunggal. “Dia tinggal bersama saya dan menjaga saya dengan baik, dia akan ambil dan hantar saya setiap kali saya menjalani rawatan mencuci buah pinggang di Hospital Dungun.
“Semalam, dia bawa saya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) untuk bertemu dengan pakar mata dan ketika dalam perjalanan pulang dia memberitahu saya bahawa dirinya itu sebenarnya sudah meninggal dunia,” katanya.
Ads
Kata-kata peliknya mengatakan dirinya sudah meninggal dunia jadi kenyataan
Katanya, dia terkejut dengan ungkapan pelik yang keluar daripada mulut anaknya itu sambil meminta anaknya itu tidak bercakap lagi perkara itu.
“Beberapa minit selepas itu, dia bertanya semula jika dia meninggal, adakah saya akan menghalalkan segala makan minumnya serta air susu saya membesarkannya. Saya kata saya halalkan semuanya dan selepas itu saya minta supaya dia tidak lagi mengulangi kata-kata sebegitu,” katanya.
Norshikin berkata, dia sangat terkejut selepas menerima panggilan daripada anak bongsunya yang memaklumkan arwah maut dalam kemalangan.
“Ketika kejadian, arwah keluar untuk membeli nasi lauk daging yang saya pesan, saya tunggu kenapa dia tak pulang rupanya dia terbabit dalam kemalangan. Biasanya dia akan bawa saya untuk menemaninya dan hari ini dia minta saya tidak mengikutinya seolah-olah dia sudah mengetahuinya dia akan pergi meninggalkan saya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Menurutnya, pemandu lori yang berusia 45 tahun dan pemandu Proton Saga yang juga wanita berusia 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat di bawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Setiap kali hari ulangtahun kelahiran insan tersayang, kita akan usaha sehabis baik untuk meraikannya walau dengan apa cara sekaligus. Meskipun serba sederhana namun tetap diraikan dengan meriah. Pelbagai kelainan ingin ditampilkan termasuklah idea bagi kek harijadi, agar ia tampil istimewa sekaligus membahagiakan insan tersayang.
Hari ini, tanggal 14 September merupakan ulangtahun hari jadi bagi pelakon, penyanyi dan selebriti Fattah Amin yang ke-31. Pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin yang juga suami kepada Pelakon dan usahawan Nur Fazura,38 meraikannya dalam sambutan yang cukup sederhana bertemakan biru putih namun tetap meriah. Lebih istimewa apabila sambutan hari jadi pelakon tersebut dapat diraikan bersama puteri kesayangan Nur Fatima Aisya, 1 buat pertama kali.
Idea Kek Comel
Namun paling mencuri tumpuan adalah idea kek yang ditempah khas oleh isteri tersayang. Fazura yang kini telah tampil manis berhijab, telah menampah 2 kek yang sangat comel iaitu berbentuk katil dengan gambaran kemesraan kasih sayang ayah dan anak, iaitu Fattah dan Fatima ketika sedang tidur.
Di samping itu juga, kek inspirasi bentuk udang dan petai yang menjadi makanan kegemaran Fattah.
Pengasas kepada jenama ‘Tudung Fazura’ ini juga ada berkongsi ucapan manis buat suami tersayang.
“Selamat Hari Lahir istimewa buat suami dan ayah kepada Fatima. Terima kasih atas segalanya, diatas kesabaran dan melimpahkan kami dengan kasih sayang sepanjang hari, siang dan malam. Kami berdoa semoga Allah SWT sentiasa menjagamu dalam perlindunganNya dan merahmatimu dengan keberkatan dalam setiap apa juga yang diinginkan di dunia dan akhirat. Kami sangat menyayangimu.”
Di ruangan komen, ramai peminat dan followers yang turut mendoakan kesejahteran dan kebahagiaan buat Fattah Amin sempena ulangtahun kelahirannya.
Mingguan Wanita: Memang comel idea kek birthday oleh Fazura buat suami tersayang. Selamat Hari Jadi buat Fattah Amin, semoga panjang umur murah rezeki dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Uyaina & suami teruja raya pertama bersama. Pasangan selebriti popular Uyaina Arshad dan pasangannya Raja Syahiran begitu gembira sewaktu ditemubual untuk menyambut hari raya kali pertama sebagai suami isteri.
Paling tidak sabar Uyaina yang kini sedang hamil empat bulan mahu merasai pengalaman bersalaman dan bermaafan dengan suami tercinta.
Uyaina & Suami Teruja Raya Pertama Bersama
“Syukur alhamdulillah pada tahun ini kami akan beraya ‘bertiga’ dan semestinya Aidilfitri kali ini menjadi sangat istimewa untuk diraikan bersama-sama.
“Saya sebenarnya sangat teruja beraya sebagai isteri, tidak sabar menanti pagi 1 Syawal untuk merasai pengalaman pertama bersalaman dan saling bermaafan dengan suami,” ujar Uyaina yang turut menyatakan dia dan suami suka menikmati ketupat dan rendang di pagi Syawal.
Kedua Belah Keluarga Orang KL
Malah ketika ditebak beraya di mana 1 Syawal ini, Uyaina dan suami terus tersenyum dan menyatakan mereka tidak perlu bergaduh untuk pulang ke kampung kerana keluarg masing-masing menetap di Kuala Lumpur.
“Saya dan suami bertuah kerana kedua-kedua belah keluarga kami menetap di Lembah Klang sahaja.
“Saya di Petaling Jaya dan suami di Subang Jaya. Jadi tiada isu bergaduh nak balik raya di mana,” luah Uyaina.
Kesihatan Tidak Mengizinkan
Uyaina yang baru menjalani pembedahan akibat apendiks lebih dua minggu lalu membuat persiapan hari raya secara sederhana.
“Walaupun keadaan kesihatan semakin baik, namun suami tidak benarkan saya melakukan kerja-kerja berat kerana bimbang memberi risiko kesan daripada pembedahan baru-baru ini.
“Jadi persiapan kami untuk baju raya dan keperluan lainnya dilakukan dengan serba ringkas. Untuk juadah, saya membantu umi dan ibu mertua mengikut kemampuan diri,” kongsi Uyaina.
Syukur alhamdulillah plakon Zarina Anjoulie mengakui dia dan Eilyas Azhar atau Yas sudah kembali rujuk, tidak sampai sebulan selepas bercerai.
Seperti sedia maklum, sebelum ini Zarina telah menggemparkan industri seni apabila memaklumkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya Yas. Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian tersebut ternyata mengejutkan ramai.
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
Zarina Anjoulie & Yas Kembali Rujuk
Menurut Zarina keputusan itu dibuat selepas mereka memilih untuk mengetepikan ego dan bersetuju untuk memperbaiki diri dan rumah tangga.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal mStar Zarina akui kini dia dan Yas telah kembali menjalani hidup bersama.
“Ya, betul (rujuk). Selepas berbincang, kami berdua nak perbaiki diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, sama-sama ego.
“Tetapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa tak mahu putus asa dengan perkahwinan ini.
Doakan Yang Terbaik Buat Zarina & Yas
“Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik, terutamanya dari segi agama… Nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” luahnya.
Malah ramai yang dapat meneka hubungan Zarina dan Yas kembali pulih apabila Zarina memuat naik gambar menerima sejambak bunga.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.