Hal paling saya takut akhirnya terjadi, ibu kongsi kesedihan anak meninggal dipatuk ular tedung. Tiada saat paling menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tapi hal yang ditakuti ramai ini akhirnya terjadi kerana kita semua adalah pinjaman dari Allah. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Kegembiraan aidilftri tahun ini membawa berita duka buat seorang ibu, Noriah Awang apabila anak lelakinya, Mohd Idris meninggal dipatuk ular tedung selepas dua hari bertarung nyawa di hospital.
Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi
Bertugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Idris Abdul Samad, 31 tahun disahkan meninggal dunia selepas bisa ular tedung itu merosakkan buah pinggangnya.
Menyedihkan, bukan saja kehilangan anak, ibu tua berusia 67 tahun ini juga memaklumkan arwah anaknya itu sepatutnya melangsungkan pertunangan pada raya haji ini dengan gadis pilihannnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad, 33, meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Selasa ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Anak saya sepatutnya bertunang raya haji ini dengan gadis pilihannya. Orang Pasir Tumboh, Kota Bharu tapi hajatnya tak tercapai. Tiada jodoh antara mereka,” katanya sambil menambah, anaknya itu sememangnya berminat dengan haiwan reptilia sejak kecil dan mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
Ads
“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular. Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung
Menurutnya, anaknya itu dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar.
Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.
“Pada Isnin malam sekitar jam 11, dia beritahu merasa tidak selesa di bahagian dada. Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buah pinggangnya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berita penahanan Datuk Seri Najib Razak petang Selasa mendapat liputan yang meluas. Tidak kurang ada yang berkempen agar melakukan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Malaysia yang keenam ini. Susulan penangkapan Datuk Seri Najib Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Selasa , anak perempuannya Nooryana Najwa,30 atau lebih dikenali dengan nama panggilan ‘Gina’ ada meluahkan perasaannya berhubung perkara itu di Instagram (IG) miliknya.
Nooryana memuatnaik gambar ayahnya yang sedang mendukung anaknya, Adam Razak sambil memandang gambar keluarga ayahnya itu. Dalam status luahan berbahasa Inggeris yang ditulis lewat malam Selasa di Instagramnya, Nooryana meminta rakyat Malaysia meluangkan masa bersama-sama mengingati jasa ayahnya yang selama ini telah 42 tahun berkhidmat, hanya berfikir demi rakyat.
Berikut antara luahan yang dikongsikan;
“Tiada insan yang lebih baik, penyayang dan lemah lembut seperti lelaki ini. Dia mempunyai kekuatan mental dan emosi yang tinggi berbanding orang lain. Walaupun menghadapi ujian getir hari ini, dia tetap mampu tersenyum, ketawa dan memberi kami pelukan.. Bimbangkan keluarga lebih daripada risaukan dirinya sendiri.”
“Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehinggalah tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya kali ini disaat beliau sangat memerlukan kita ketika ini.”
“Anda boleh menilai seseorang itu jahat, tapi Allah yang lebih mengetahui. Jika ini boleh berlaku kepada pemimpin kita, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja dalam kalangan kita, namun kami percaya Allah tidak tidur,” tulisnya.
Anak sulung daripada dua beradik itu turut mencatat luahan hatinya berserta dengan hashtag #freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn”.
Terharu dengan luahan seorang anak kepada ayahnya ini. Walau siapa pun ayah kita, apa pun kesalahan yang telah dilakukan. Jangan pernah ada benci dan dendam.Dia tetap seorang ayah yang hebat dari kaca mata seorang anak.
Muat Naik Video Di Facebook & Twitter
Terdahulu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada pukul 2.35 petang Selasa.Bekas Perdana Menteri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman pada pagi Rabu.
Beberapa jam selepas ditahan, satu video mengenai luahan hati Najib dimuatnaik ke laman Twitter dan Facebook bekas perdana menteri itu. Dalam video itu, Najib menerima hakikat bahawa beliau tewas dan akur keputusan rakyat.Malah, beliau turut memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia.
Mak Buang Anak Perempuan 11 Tahun, Suami Baru Tak Nak ‘Masalah’. Sampainya hati seorang mak hingga tergamak buang anak kandung sendiri. Semuanya gara-gara suami baru yang dikahwininya menganggap anak ini bawa ‘masalah.
Ini kisah benar meruntun hati yang dikongsikan oleh Tuan Herman Sudildari Pertubuhan Kebajikan Tarhim Bil Qalbi sendiri.
Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baru yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapak tiri kata anak ini ‘masalah’.
Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.
Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapak tiri dia. Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapak tiri.
Kalau lari rumah tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita bukan lepak dengan kawan.
Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak. Ini bapak tiri ke dua. Sebelum ini bapak tiri yang lain ok aje dia tak buat masalah.
Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.Jangan pandai buat anak tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin aje tetapi bodoh nak pertahankan anak!
Pengurus wanita kami tengah settlekan kat Balai Polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal dan emak dia rela hati sign apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia.
Minta maaf kalau posting ini kali kasar sedikit tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang bodoh!
Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insyaAllah tak akan miskin kita bila jaga anak ini.
Mingguan Wanita: Aduhai mak, demi suami baru dikahwini sanggup ‘buang’ anak sendiri sebab dikatakan bawa masalah. Semoga terbuka pintu hati mak ini untuk menjaga anaknya semula. Bagi lelaki yang ingin mengahwini ibu tunggal, seharusnya kena terima anak sekali.
Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin. Sejumlah RM250 bilion diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada semua rakyat.
Bak kata, Muhyiddin dalam ucapannya, “No one will be left behind. Tiada siapa yang akan dipinggirkan.”
Jadi mak ayah, boleh rujuk sini pakej yang bermatlamat untuk melindungi rakyat.
MW : Semoga dengan adanya pakej rangsangan ini rakyat akan berasa lebih lega untuk berdepan pandemik Covid-19. Dan sentiasalah mengekalkan perbelanjaan berhemah dalam keluarga anda.
Nourul Depp dedah terpaksa buang uterus dan ovari. Penyanyi terkenal Nourul Depp akhirnya membuka satu kisah yang selama ini disimpannya kemas di mana dirinya...