Hafiz buat kejutan raya, hadiahkan pekerja kereta. 7 tahun setia dari syarikat kecil hingga dikenali. Sudah tertulis rezeki, Fikri Hamdan yang bertugas sebagai pengurus di Ainaa Beauty.
Di saat orang mungkin berbicara tentang bonus dan gaji awal tetapi Allah sudah menulis ada rezeki lebih besar menanti pekerjanya. Dalam video dimuat naik di media sosial semalam, ia telah ditonton lebih dari 4 juta orang yang mengagumi keperibadiannya dalam menjaga kebajikan staff.
Hafiz Buat Kejutan Raya, Hadiahkan Pekerja Kereta
Jika menerima bonus itu biasa tetapi instafamous ini telah menghadiahkan pengurus Ainaa Beauty, Fikri Hamdan sebuah kereta suv mewah untuk kegunaan dirinya dan membawa bersama keluarga di hari raya ini.
Dan ternyata, kejutan ini memberi makna besar buat Fikri yang sama sekali tak menyangka kesetiaannya dihargai.
Dalam ucapannya, Hafiz akui pekerjanya pernah berkongsi dirinya diperlekeh di hadapan kawan-kawan kerana bekerja di syarikat kecil yang mungkin tidak mampu membayar gaji besar atau menyediakan keistimewaan kepada staff.
Dan semalam, sebagai ketua, dia membuktikan kesetiaan pekerjanya itu berbaloi kerana dari sebuah syarikat kecil, nama Ainaa Beauty kini dikenali ramai.
Bukan saja Fikri menerima kejutan kereta tetapi semua staff turut dibawa bershoping oleh pasangan instafamous ini di pusat beli belah yang mereka boleh pilih sendiri untuk membeli baju raya setiap seorang selain memperoleh bonus sempena aidilfitri.
Ads
Ya, tidak semua memperoleh rezeki begini dan itu adalah hadiah paling bermakna bagi pekerja bila di hargai majikan.
Sungguh malang tidak berbau, hasrat untuk makan ‘cendawan busut’ mengakibatkan anak beranak muntah-muntah dan jatuh sakit kerana rupanya termakan cendawan beracun.
Seorang wanita berkongsi kisah pengajaran terbesar buat dirinya apabila seluruh ahli keluarganya mengalami muntah-muntah yang sangat teruk selepas makan hidangan cendawan tumis air yang dipercayai beracun.
Kelihatan Seperti ‘Cendawan Busut’
Menurut perkongsian wanita itu di akaun TikToknya mas.ita, dia berkata, cendawan tersebut dipetik oleh suaminya di tepi kawasan rumah mereka.
“Saya ambil cendawan itu, dan membersihkannya seperti biasa untuk dijadikan hidangan.
“Apabila diteliti cendawan itu, ia kelihatan sama seperti cendawan busut tetapi ada sedikit perbezaan pada teksturnya,” katanya.
Masakan Bertukar Warna ‘Kehijauan’
Menurutnya wanita ini lagi, dia agak was-was apabila cendawan yang dimasak itu menjadikan hidangan tersebut bertukar warna kehijauan tetapi tidak mengendahkannya.
“Rasa cendawan itu juga sedap sama seperti cendawan busut.
“Tetapi, selepas sahaja kami memakan hidangan itu, kami mula berasa sakit. Saya ‘google’ cendawan itu, rupa-rupanya betul kami dah termakan cendawan beracun,” jelasnya.
Katanya, akibat daripada itu mereka sekeluarga berada dalam keadaan sangat lemah sehingga memaksa wanita itu menghubungi talian kecemasan sebelum mereka semua dikejarkan ke hospital.
Ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap keluarga tersebut dan menasihati mereka supaya lebih berhati-hati apabila memakan tumbuhan liar.
Mingguan Wanita: Jadikan kisah ini sebagai pengajaran. Pesanan buat semua, semoga lebih berhati-hati apabila ingin memakan cendawan liar. Pastikan ia betul-betul selamat dimakan dan bukan jenis yang beracun.
Tak dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan pada persekolahan anak-anak. Ramai mak ayah yang risau dengan kesihatan anak-anak pada yang sama bimbang anak-anak ketinggalan dalam pelajaran apabila tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa.
Meskipun ada khabar angin bahawa sesi persekolahan akan ditangguh lagi memandangkan kes harian covid-19 yang semakin meningkat, namun terbaru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan tetap akan bermula pada 20 Januari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau kerana anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.
IPT Seawal 1 Mac 2021
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.
Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.
MW: Jadi mak ayah sila ambil perhatian takwim persekolahan anak-anak ini iya. Dah boleh buat persediaan sedikit demi sedikit untuk persekolahan anak-anak yang akan bermula akhir Januari nanti.
Pernah viral di media sosial penjualan pinggan mangkuk bercorak oriental yang cantik dan klasik namun dijual dengan harga yang cukup murah serendah 50 sen. Maka, ramailah yang berkenan untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun disebalik, reka bentuk menarik dan coraknya yang unik, cantik dan tersendiri tersebut, ada dakwaan menyatakan bahawa penggunaan pinggan mangkuk bercorak ini bahaya dan boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka panjang terutama pada wanita hamil dan bayi.
Memetik sumber daripada Malay Mail Online,para pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang pernah viral di media sosial ini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Beri Kesan Jangka Panjang
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,”
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata lagi pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Mudah Terhakis
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,”
Kesimpulannya, lebih berhati-hatilah dalam penggunaan material untuk pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk corak menarik ini lebih sesuai dijadikan hiasan berbanding penggunaan harian.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!