Setiap kali tibanya musim raya kuih tart nenas memang menjadi pilihan ramai. Buat sendiri tart nenas ni lebih jimat, puas hati dan berbaloi. Tapi bab renyahnya bila nak gentel jem nenas satu persatu sebelum diletakkan pada doh. Memang makan masa nak menggentelnya.
Rupanya ada teknik lebih mudah selain menggentel inti nenas ni dengan menggunakan piping bag. Ikut cara begini, inti tak perlu digentel lagi satu persatu, hanya tinggal potong-potong je.Lebih senang dan jimat masa.
Nak tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsikan teknik yang dikongsikan Dora Dini ini.
“Saje nak share cara saya prepare inti nenas untuk tart nenas. Saya pun first time try. Maybe ramai dah guna teknik ni. Harap membantu pada siapa yang masih belum try cara ni.”
*lumur tapak tangan dengan minyak biar inti nenas tak berlengas kat tangan sepanjang proses ni*
2. Terbalikkan semula. Gunting hujung plastik ikut size inti yang nak digulung nanti.
3. Masukkan inti nenas, mula pipe memanjang. Pressure tekan kena steady biar size sama. Tengok kat video saya tu, no 1 sampai 3 nampak macam ular kena palu sebab belum dapat rentak. No 4 baru steady.
Ads
4. Potong pendek pendek ikut size acuan tart nenas. Siappppp!
*kalau susah nak potong bila dah panjang, boleh jugak pipe pendek, gunting, pipe pendek, gunting. Ikut selesa dan senang yang mana.
MW: Mudah rupanya teknik ni dan tak perlulah mak-mak nak gentel jem nenas satu persatu. Ikut cara ni memang memudahkan keje, cepat siap tinggal potong-potong je.
Ramai yang menjaga kebersihan dengan menggunakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer.-lebih lagi pada musim Covid-19 ni, bagaikan satu kemestian diletak dalam beg, mahupun ada juga ambil jalan mudah letak didalam kereta untuk mudah dibawa kemana-mana .
Pesanan buat kita jangan sengaja cecair pembasmi kuman ini dalam kereta. .Ia merupakan bahan yang berasaskan alkohol dan dalam keadaan cuaca panas dan terdedah pada suhu yang tinggi ia berisiko untuk terbakar.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. N Ganabaskaran berkata, cecair itu seharusnya disimpan jauh daripada tempat yang terdedah kepada cuaca panas atau punca api seperti rokok dan sebagainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Bahan itu berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api,” katanya.
Ini kerana pernah terjadi, pintu kereta terbakar gara-gara hand sanitizer yang ditinggalkan dalam kereta dalam keadaaan cuaca panas.
MW: Jadi berhati-hati iya. Cecair pembasmi kuman ini dilihat menjadi ‘peneman setia’ kebanyakkan daripada kita dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Penting dibawa ke mana-mana dan disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kebakaran. Jangan sengaja tinggalkan dalam kereta!
Jika selalu dinding utama rumah hanya dicat kosong dan tiada deko, boleh cuba DIY ‘Accent Wall’ ni. ‘Accent wall’ ni kebiasaannya merupakan dinding utama yang menjadi titik tumpu, bila tetamu berada di ruang tersebut. Manakala rekaan bentuk dan warna pula menjadikan ia berbeza dengan bahagian dinding di ruang lain.
Nak tahu macam mana nak buat sendiri ‘Accent Wall’ yang lawa ni, boleh rujuk perkongsian Fuad Abdul Rani sebagai panduan. Hanya perlukan 4 hari untuk tempoh siapkan dengan bajet kurang dari RM200 je.
Kurang 7 hari sebelum Syawal tiba, saya dan isteri bersepakat untuk menceriakan mood kami yang akan menyambut hari raya buat pertama kalinya dalam sejarah beraya di Melaka. Inilah definisi sebenar Wawasan 2020 rupanya. Semua orang tak boleh balik beraya. Padan muka!
Ok, langkah pertama adalah mencari info dari group deko-deko di FB, Pinterest dan Google. Sebelum ni banyak kali dah aku tengok orang dok post deme punya hasil wainscotting (tah betul ke tidak eja gitu). Lawa semuanya, tapi bila terlalu ramai buat benda yang sama, aku jadi tak minat. Jadiiii kena laa aku buat benda lain sikit iaitu ‘accent wall’.
Barang-barang yang diperlukan.
1. Kayu saiz 5/8″ x 1 1/2″ (1cm x 3cm) = RM60
Satu batang 10′. Aku beli 15 batang untuk 150′. Main agak je ni, ingatkan terlebih, rupanya ngam-ngam. Kayu ni dah siap ketam, tapiii tak berapa nak sempurna, ada yang OK lurus, ada jugak yang meleding.
Dalam gambar ada 3 gam kayu dan 2 sealant. Bila dah mula projek, gam kayu tu pakai 2 tiub je, yang lebih tu aku pergi tukar ambik sealant sebab tak cukup 2 tiub. Mujur apek hardware Malim tu ok.
3. Kertas pasir 2 keping = RM0.40
4. Cat ICI Dulux = RM95
5. Lain-lain barang semua memang aku dah ada, yang takde dalam gambar cuma penukul dan paku. Konfiden tinggi takyah guna paku langsung sebab gam dah kuat. Tapiii rujuk balik point No.1 aku cakap tadi kayu ada yang meleding, memang taklah nak harap gam tu je. Kena la paku jugak beberapa tempat.
Petang pergi cari barang-barang, malam tu gigih terus aku nak siapkan kononnya. Gila semangat. Dapat la buat frame keliling bahagian dinding tu.
Kiri tu gambar sebelum, kanan gambar selepas.
Sebelum mula kena la sketch dulu ye dok. Jadi selepas sesi tolak tambah bahagi darab, dapat laa ukuran lebih kurang dekat gambar kiri tu.
Gambar yang kanan tu pulak cara untuk cari panjang segitiga. Gunalah formula Teorem Phytagoras ye tuan dan puan.
p/s : Ye, tulisan saya memang lawa. Tak payah nak puji sangat.
Selepas ada ukuran, bolehlah kita potong kayu menggunakan gergaji seperti di dalam gambar sebelum ni. Power gergaji tu, beli RM5 je dekat Pasaraya COWBOY Cheng. #BangsaCheng
Nampak pembantu saya tu. Nama dia Faiq. Kalau takde dia, tak semangat saya nak buat semua ni. Lagi seorang pembantu dan pembakar semangat saya untuk menyiapkan semua ini tentulah isteri saya Nurul Farhana Husain..
Cara nak lekatkan gam kayu tu buat la bentuk apa yang anda minat. Seeloknya buat laa zig zag, lagi kuat mencengkam dekat dinding.
p/s : Gambar terpaksa dicensored. Panas woi!
Selesai untuk kerja hari ke-2. Babah dia dah mula sakit kaki dok naik turun tangga. Dengan puasanya di siang hari, Allahuuuuu tobat lahum nak buat lagi lepas ni time puasa.
Masuk hari ke-3. Ingatkan semalam punya proses dah teruk, rupanya harini punya proses lagi memenatkan. Keliling celah kayu kena sumbat dengan sealant. Tak sumbat tak cantik pulak nanti ada rongga-rongga degil mencacatkan pemandangan.
Cara nak sumbat benda ni mula-mula kena laa picittttt dulu sealant dekat celahan tepi kayu-dinding, lepastu teruss cepat-cepat sapu guna jari. Jari kena basah-basah lembab barulah cun hasilnya. Teknik ni aku baca dalam group dekorasi di FB. Mantap! Kagum betul aku bila first time buat.
Lepas dah selesai sumbat semua celahan. Boleh lah gosok kayu dengan kertas pasir jenis halus. Jangan lupa tutup mata dan hidung seperti model di atas.
Hari terakhir naik turun tangga. Kerja paling mudah untuk seorang tukang cat yang berwibawa. Langkah pertama cat dulu kayu dan semua bucu menggunakan berus. Bila dah kering, baru gelek dengan roller cat saiz sederhana. Yup memang senang, tengah hari dah selesai dan boleh berehat menanti isteri pulang dari kerja. Cian kena kerja.
Selesai. Mantap jugak finishing dia.
TAMAT. Ok bye nak tido. Dah boleh raya!
p/s : Gudluck kepada para suami yang akan ditagged oleh isteri masing-masing.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang nak deko dan serikan dinding rumah dengan ‘Accent Wall’ ni. Bajet taklah besar mana, paling penting puas hati bila rumah cantik hasil bila buat sendiri. Berseri-serilah raya nanti.
Nak buat telur rebus pun ada caranya yang betul.Rupanya kena tambah sedikit garam dalam air rebusan, barulah telur tersebut jadi elok licin dan mudah dikupas. Takdelah melekat isinya pada kulit telur, jadi tak rata dan payah nak dikupas.
“Cara mudah untuk mengupas kulit telur rebus agar telur nampak elok licin setelah dikupas.”
Telur
Garam
Air paip
Periuk
1. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air , tambahkan garam dalam rebusan telur tersebut. Rebus sehingga 10 minit-15 minit.
2. Selepas matikan api , angkat telur tersebut ke dalam rendaman air sejuk atau air paip..tukar air rendaman beberapa kali sehingga air rendaman menjadi benar-benar sejuk.
3. Bila air rendaman sudah bertukar sejuk ,bolehlah telur tersebut di kupas ..sangat mudah untuk mengupas kulit telur dan telur nampak elok licin setelah di kupas.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika selama ni payah nak dapat telur rebus yang cantik elok licin dan mudah dikupas, boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ni.
Gaji lebih RM10,000, namun nafkah yang diterima isteri hanya sekitar RM100 hingga RM200. Lebih menyedihkan, setiap kali meminta wang membeli beras, gas memasak atau...