Biasanya kalau kita baca resipi meskipun ada dinyatakan suhu tertentu namun tetap ditulis ‘suhu bergantung pada kesesuaian oven sendiri’. Ini kerana meskipun mempunyai ketetapan suhu tertentu namun setiap oven tak sama dan mempunyai tahap kepanasan berbeza. Kita sendiri kena tahu ‘rentak’ oven sendiri, barulah resipi tersebut menjadi!
Baca perkongsian tip daripada Puan Siti Zaleha Omar untuk mendapatkan suhu oven yang tepat.
“Saya nak share tips sikit untuk yang baru beli oven baru atau yang tak dapat lagi rentak oven sendiri. Sebelum ni oven saya susah nak dapat suhu yang sesuai. Kalau mana-mana resepi yang ada, mesti tak boleh follow suhu di resepi..kena ikot rentak suhu sendiri.”
Haritu try oven thermometer..and yes.. Suhu oven saya memang tinggi.Dah ada benda ni, Alhamdulillah..dah boleh ejas suhu sendiri. Oven brand CORNEL.
Ads
Saya setkan Oven 150°, tapi temperature dalam oven 180° dah. Yang tak dapat lagi suhu oven tu, try beli oven thermometer ni..saya beli rm6.90 ja dekat shopee.
Ads
Step:
Masukkan oven temperature.
Setkan masa 15 minit dan suhu 150°
Siap nanti,try tgk suhu di oven thermoter.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada beli oven baru dan masih belum dapat ‘rentak’ suhu oven sendiri bolehlah cari oven thermometer ni untuk dapatkan suhu yang tetap.
Kebiasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.
“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini.
Kurta merupakan antara pakaian yang paling ringkas dan selesa dipakai. Sesuai digayakan untuk majlis formal ataupun santai. Mak-mak yang pandai menjahit dan tahu asas menjahit boleh cuba buat kurta sendiri untuk suami dan anak-anak nanti.
“Saya juga newbie dalam bidang jahitan. Saya nak share ilmu yang saya ade sedikit ini untuk membantu newbie-newbie macam saya yang pertama kali berhasrat nak jahit kurta simple-simple untuk suami atau ahli keluarga.”
“Saya sharekan tutorial ni setelah saya rase cara ini yang paling mudah dan cepat untuk saya siapkan kurta dalam mase yang getir ini.”
“Tiada apa-apa yang saya harapkan kecuali sharing saya ini dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tahu asas menjahit tu nak cuba buat kurta untuk suami dan anak-anak mahupun ambil tempahan menjahit bolehlah ikut tip dan langkah yang dikongsikan ini.
Jika mak-mak suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.
“Pernah tak buat agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya”
Ni saya nak share tips sukatan agar-agar.Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri.
Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit Agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit
Saiz cawan ni saiz cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye.
Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.
Kejadian agar-agar tu ikut suka nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).
Pastu kalau rakyat tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu.. size yang kecil. Ngam untuk sekali makan.
Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding size kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 bahagian tu?
Caranya :- Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair.
Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan.Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.
Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufu fah. Nak buat taufu fa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.
4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/perah sendiri + 1 cawan air. (boleh refer kat wall saya cara buat air soya sendiri. Kat dalam group ni pun saya ada share. Boleh try search nama saya + susu soya)
Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?
Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram
Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kat pasar malam tu.
Dan
Biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.
➡️ 8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufu fah
Contoh lain ~ 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufu fah
Tu je la tips. Sharekan la jika bermanfaat. Saya halalkan
Faham tak apa saya nak sampaikan ni?Kalau tak faham, leh tanya
MW: Jadi buat mak-mak yang suka buat agar-agar boleh ikut formula dan tip yang dikongsikan ini/ Boleh ubah ikut citarasa sendiri, suka keras, lembik atau sedang elok bergantung pada sukatan cawan yang digunakan.
Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.Pengumuman rasmi ini...