Gosok Kertas Pasir Dengan Axion, Mangkuk Tandas Bercapuk Bersih Berkilat Macam Baru! Bersihkan mangkuk tandas pun ada caranya dan perlu gunakan peralatan yang betul. Jika tidak hasilnya makin kotor, hitam bercapuk-capuk.
Dalam perkongsian di grup #kemasrumahwithhani, Puan Rosnai Aliada kongsikan masalah mangkuk tandas yang jadi kotor dan hitam bercapuk-capuk. Ia gara-gara cucu yang membantu mencuci tandas menggunakan berus dawai ketika mencuci. Wanita ini meminta cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dialami.
“Boleh tak puan-puan bagi cadangan, macamana saya nak buat dengan keadaan gini, sebab cucu tak guna span. Ada tak pencuci yang boleh bersihkan.”
Menerusi perkongsian di ruangan komen, ada yang memberikan pelbagai tip bagi menyelasaikan masalah mangkuk tandas kotor ini.
Guna 2 Bahan
Antara cara berkesan dan mudah yang digunakan ialah dengan menggosok permukaan mangkuk tandas tersebut menggunakan kertas pasir dan pencuci pinggan Axion.
Alhamdulillah, tak sampai 12 jam problem settle, ramai yang bagi solution. Terima kasih semua. Saya ambil yang mudah dan barang ada di rumah iaitu Kertas pasir halus dan axion. Terima kasih yang bagi idea, saya dah tag nama penyumbang idea. Hasilnya … Taraaa.
Ads
Ternyata menggunakan kertas pasir dan pencuci pinggan Axion memang berkesan. Ia mampu menghilangkan kotoran kesan hitam bercapuk dan menjadikan mangkuk tandas putih bersih licin berkilat macam baru!
Mingguan Wanita: Jadi jika mengalami mangkuk tandas hitam bercapuk-capuk macam ni, boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Gosok guna kertas pasir dan Axion sahaja, memang berkesan hasilnya, nampak putih bersih licin berkilat macam baru.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Tiap kali muncul rekaan baru, pasti mak-mak teruja dan buat pengumpul barangan kemas patinya akan berpusu-pusu ke kedai emas. Baginya, tak rugi pun untuk memiliki sebab bukan untuk menunjuk pun tapi ada sebab tertentu.
Walaupun ada pendapat tersendiri yang mengatakan lebih suka kumpul wang tunai dan ada juga yang suka simpan emas. Keduanya-keduanya tak rugi apa pun.
Cuma apa yang boleh dikatakan, kalau wang tunai bimbang akan susut dan sukar untuk konsisten dalam menyimpan. Berlainan dengan simpan emas, harganya ikut harga pasaran. Jika harga mahal, untunglah bila ditunaikan. Inilah untungnya logam berharga.
Kalau ada mak-mak yang masih berkira-kira dan tertanya di mana untungnya simpan emas. Perkongsian daripada Nur Zulaikha ada jawapannya.
1) Apabila kita mula menyimpan emas, bermakna kita miliki emas logam berharga. Emas menjadi simpanan dan rizab diri dan keluarga. Orang yang ada simpanan, dia beruntung kan? Umpama orang yang ada menyimpan bekalan air tatkala bekalan air terganggu.
2) Untungnya simpan emas, tatkala kita sangat memerlukan. Kita tidak tahu ribut yang datang melanda. Jika perlu tunai segera, kita boleh pajak di arrahnu buat modal berniaga, mahupun jual semula emas kita jika sangat-sangat memerlukan. Ada emas bermakna ada duit. Emas mudah dicairkan berbanding rumah dan tanah.
3) Untung di atas kenaikan harga emas. Jangka masa panjang harga emas naik. Umpamanya tahun 2014 harga emas RM130 segram, tahun 2021, harga emas RM260 segram. Orang yang miliki emas sekilo 130k tahun 2014, tahun 2021 emasnya bernilai 260k. Jika diukur dari sudut RM, nilai emasnya sudah meningkat dua kali ganda.
4) Untungnya simpan emas tatkala kita berhasil menukar emas kita kepada aset rumah dan tanah. Emas membantu kita mengumpul bayaran down-payment untuk beli rumah, mahupun membantu kita beli tanah dan buat rumah secara tunai. Ramai sudah melakukannya.
5) Untungnya simpan emas, boleh dijadikan dana pendidikan anak-anak, dana haji, dana persaraan dan aset kekal untuk diwariskan kepada generasi kita.
Emas adalah logam berharga.
Tiada rugi kita memilikinya.
Mingguan Wanita : Kalau ada yang masih lagi berkira-kira, kena faham apa yang dikatakan ini.
Cadar yang dah lama pakai itu, selepas berkali-kali basuhan.. berkali-kali guna. Keadaan cadar akan alami lebihan bulu atau orang sebut biji benang.
Jadi tak cantik pula di pandangan mata. Nak buat tidur pun jadi kurang selesa. Haniem Mustaphy berkongsi tip cara membuang biji benang dekat cadar rumah.
Menariknya, selain cadar. Teknik yang sama, boleh juga dipraktikkan pada fabrik yang lain. Daripada komen yang dikongsikan di grup #kemasrumahwithhani ini, ada yang gunakan cara ini untuk buang lebihan bulu pada baju kurung.
Cuma ada tekniknya nak bagi hasilnya licin macam baru.
Kongsinya,
Tip Guna Pisau Cukur Buang Biji Benang
Cuma nak share tips best.. mana tahu ada yang belum tahu.. sis tahu dah lama tapi tak praktis pun cuma simpan sebagai ilmu.
Korang ada cadar yang berbulu atau biji benang timbul-timbul?
Jangan buang sebab masih boleh diselamatkan jika cadar tu tidak koyak. Cara dia guna pisau cukur. Gosok lembut-lembut atas permukaan sarung bantal/cadar yang berbulu. Orang Melaka kata, jangan kasau kasau.
Kan bulu tak cabut, benang pulak yang putus .
Ok. Hasil dia licin macam yang baru la.. first time buat dan boleh diamalkan.
Cubalah..
P/s : Gambar (1) adalah sebelum shave.. sengaja buat pencahayaan macam tu supaya lebih jelas bintik/bulu benang.. Gambar (2) dah siap.. macam baru kan.
Memang menarik idea bernas dan kreatif buat projek rumah rakit atas darat ni. Menggunakan bahan asas tong air biru. Bila musim banjir, ia boleh terapung elok malah dijadikan tempat meletak barang-barang perkakasan rumah yang penting.Malah bila bukan waktu banjir boleh dijadikan tempat berehat dan lepak-lepak bersama keluarga.
Idea ini sangat praktikal terutamanya bagi rumah yang terletak di kawasan rendah yang selalu dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Aziela Baharudinsendiri. Rumah rakit atas darat ini merupakan idea kreatif yang dihasilkan oleh abang wanita ini. Meskipun pada awalnya idea tersebut ‘diketawakan’ namun ia sangat bernas dan amat diperlukan untuk menyelamatkan barang-barang ketika banjir melanda.
Berikut seperti yang dikongsikan;
“Tak sia-sia anak jantan mok buat. Bernas gok idea dia.
“Banjir melanda rumah rakit ada. Tak banjir dia duduk atas darat.Tempat lepak-lepak buat bbq dan steambot.Bila banjir dia terapung atas air.Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai.”
Pengalaman Banjir Besar
Menurut wanita ini lagi, pengalaman mengalami banjir pada awal tahun Januari 2021 menyebabkan banyak barangan dan perkakasan rumah hanyut serta tak sempat untuk dipindahkan ke tempat selamat.
“Awal Januari 2021 banjir paling besar yang pernah berlaku. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang 1 family hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..”
“Abang saya fed up asyik kena angkut ke hulu ke hilir barang-barang elektrik dan barang bengkel dia ke tempat yang selamat. Belum kira pakaian ,tilam, bantal. Memang banyak barang.”
“Jadi awal bulan Mei 2021 abang saya start projek rumah rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat , dia lantakkan aje.”
Rumah Rakit Terapung Elok
Ujar wanita ini lagi, dia tak menduga bencana banjir besar berlaku lagi baru-baru ini. Namun dengan persediaan awal, rumah rakit tersebut berfungsi dengan baik, elok terapung malah segala barang-barang dapat dipindahkan dengan selamat.
“Tak sangka Disember 2021 banjir sekali lagi. Jadi boleh test drive rumah rakit. Barang-barang dari rumah semua angkat letak di rumah rakit. Alhamdulillah terapung elok. Peralatan elektrik selamat, mesin-mesin dia pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni.”
Lokasi : Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis
Mingguan Wanita:Memang kreatif idea buat rumah rakit atas darat ni. Sangat praktikal terutamanya jenis rumah kawasan rendah yang selalu dinaiki air dan menyebabkan banjir.
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.