Masalah kembung perut bukan hanya pada bayi malah turut dialami oleh orang dewasa. Kalau bayi, hanya sapukan minyak saja tapi orang dewasa ni, kalau tak menahan mahunya keluar ikut mulut (sendawa).
Bukan setakat sendawa, bimbangnya keluar angin (kentut) pula. Inilah cara mudah untuk kurangkan perut kembung. Biasanya cara ini hanya seketika saja. Silap makan pun boleh buat perut berangin juga.
Jadi, bagaimana nak keluarkan angin akibat perut kembung ini? Ada cara yang disarankan oleh Dr Rizal Abu Bakar yang hanya menggunakan petua alami saja.
Malunya bila bercakap sikit terus angin keluar. Ada juga yang pantang sentuh pun boleh sendawa. Tanda banyaknya angin dalam badan.
Ada petua untuk cuba keluarkan angin seperti yang dikongsikan ini:
Bahan-bahan:
1/3 sudu teh lada hitam
1 inci halia
2 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit asli
2 inci kulit kayu manis ceylon @ 1/3 sudu teh serbuk
6 biji bunga cengkih
6 biji pelaga
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh biji ketumbar
1/3 sudu teh biji lemuju @ carrom seeds
2 mug air
2-3 sudu besar gula kelapa ( bila bahan dipanas hampir 15 minit)
Cara Membuatnya:
1. Masukkan bahan bahan dalam lesung batu. Tumbuk perlahan selama 1 minit
Ads
2. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk kecil. Panaskan pada api sederhana.
3. Masukkan bahan telah ditumbuk tadi. Biarkan selama 15 minit
4. Selepas itu, masukkan gula kelapa. Kacau bahan dan tutup api.
5. Tapis. Minum 3 kali sehari.
6. Ucapkan selamat tinggal pada kembung perut dan sendawa
Bolehlah cuba.
Ads
Mingguan Wanita : Bagi mak-mak yang ada masalah kembung perut, jangan lupa cuba petua ini ye.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Begini cara betul tanam terung dalam pasu. Lagi-lagi buat mak-mak yang tinggal di rumah taman dan miliki ruang tanah yang terhad. Kaedah penanaman pokok terung dalam pasu merupakan pilihan terbaik.
Bolehlah tanam di tepi-tepi rumah. Jika mempraktikkan kaedah penanaman berpasu yang tepat, terung akan menghasilkan buah yang lebat dan elok hasilnya. Mohd Amri berkongsi cara dan kaedah penanaman pokok terung dalam pasu tepi rumah.
Kaedah Tanam Terung Dalam Pasu
Siapa tak suka kalau pokok terung menjadi seperti ini kan? Saya suka untuk berkongsi dengan tuan/puan berkaitan dengan penanaman terung di dalam pasu. Saya tanam terung ini sekitar empat hingga lima pasu sahaja. Kenapa pasu? Kerana saya tinggal di rumah taman. Tak cukup tanah. Hihi.
Jadi saya kongsikan serba sedikit pengalaman dan caranya.
1. Penyediaan bekas dan medium.
Saya hanya menggunakan pasu yang dibeli di kedai eco. Manakala medium yang saya gunakan ialah tanah campuran yang terdiri daripada tanah hitam sawit, tanah merah bakar, sekam mentah dan bakar dengan nisbah 2:1:1. Sambil itu saya akan gaulkan dengan dua sudu makan baja organik seperti mana yang saya gunakan iaitu baja nlegrow.
Gaulkan dan siramkan setiap hari sehingga tiba hari pemindahan anak pokok. Kaedah ini saya anggap sebagai baja lapik bertujuan untuk “menghidupkan tanah” melalui mikrob yang ada pada baja.
Selepas tiga hingga empat minggu semaian.
2. Penanaman pokok.
Setelah anak pokok yang disemai sudah cukup tiga minggu, saya pindahkan ke dalam pasu. Gaulkan tanah dan terus pindahkan anak pokok. Pada peringkat ini saya belum beri sebarang baja kerana sudah ada baja lapik seperti mana point pertama.
Dua minggu HST.
3. Penjagaan.
Setelah dua minggu selepas tanam atau dalam bahasa pertanian, (HST), saya berikan lagi baja sebanyak dua sudu makan. Dan begitulah setiap dua minggu sekali aktiviti pembajaan saya. Saya tidak gunakan baja kimia kerana, saya lebih suka menggunakan baja organik. Selamat.
Setiap tiga hari sekali, saya akan membuat semburan organik seperti mana yang telah diajar di dalam group ini. Selain itu, penggunaan cuka kayu juga dilakukan secara berselang-seli.
Booster yang paling kerap saya gunakan ialah, booster yang dibuat secara mudah iaitu menggunakan yakult dan telur ayam. Cuma berbeza dengan orang lain, saya tambah sedikit molasess untuk menjadikan baunya lebih harum dan manis sedikit. Kurang bau hanyir.
Buah sulung
4. Pemangkasan.
Saya kerap melakukan pemangkasan “ringan” untuk membuang daun-daun yang lebar supaya cabang baru dan putik bunga cepat keluar. Sesetengah orang berpendapat, kalau dibiarkan sahaja daun lebau tu, jadinya mabuk daun.
Daun lebar kena pangkas ye
5. Lalat buah.
Ada juga kes terung yang terkena serangan lalat buah. Simptomnya ialah, buah terung berlubang dek serangan lalat buah. Jadi saya kawal melalui penggunaan perangkap lalat buah. Alhamdulillahh, berkesan. Sebaik-baik elakkan penggunaan semburan kimia.
Kalau medium kering macam ni, cepat cepat siram air.
6. Siraman.
Saya akan menyiram dua kali sehari iaitu setiap pgi dan petang. Kalau kebetulan hari hujan, memang tak siram lagi kecuali medium nampak kering. Yang penting, pastikan medium selalu lembab. Kalau tak, daun akan layu. Kalau ada modal yang lebih, boleh gunakan sistem siraman automatik.
Buah sulung.
7. Kebersihan.
Pastikan daun yang dipangkas atau ada daun yang gugur ambil dan buang jauh-jauh. Kerana kalau dibiarkan akan menyebabkan pokok mudah terkena penyakit. Kalau sekitar pasu dah bersih, mat pun sedap memandang.
Baja buah. Jambu, kalau dah berbuah memang merimbun sampai tak termakan, kadang-kadang banyak yang rosak dan jatuh ke tanah. Sayang kalau dibiarkan begitu saja.
Daripada dibiarkan, apa kata kutip jambu yang dah rosak itu untuk dijadikan baja. Bolehlah memberi manfaat kepada sumber lain dan paling penting membantu untuk tumbesaran tanaman lain.
Kali ini Norahim Ibrahim berkongsi cara nak buat baja buah dari buah jambu. Boleh ikut caranya.
Baja Buah, Jangan Buang Guna Untuk Siraman Tanaman
Buah jambu air yang berguguran atas tanah untuk dijadikan baja buah. Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yg dah rosak ni baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian tu payah skit sebab kulitnya terlampau keras.
Selain itu, ada banyak cara untuk kita dapatkan buah yang busuk seperti di pasar, peniaga atau rumah kediaman. Sekurang-kurangnya bahan sisa ini boleh dijadikan sumber kepada sesuatu yang bermanfaat.
Caranya:
Guna formula asas buah: gula merah = 1:1
Contohnya kalau 1kg buah dicampurkan dengan 1kg gula merah.
Masukkan ke dalam bekas, tutup dan peram. Boleh tambah air jika perlu.
Penggunaan baja:5-10ml air baja + 1 liter air
Gunakan air tersebut untuk siram ke tanah di sekeliling tanaman tersebut.
Moga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Daripada membazir, boleh saja guna untuk buat baja. Ada manfaatnya.
Kalau nak simpan petai dalam rumah memang tak boleh sebab mudah dikesan dengan baunya yang sangat kuat. Ini belum lagi bila masuk dalam bilik air selepas memakannya. Boleh buat orang ‘pening kepala’.
Walaupun baunya kuat, itu perkara kedua sebab paling utama adalah kesedapannya dan tentu sekali membangkitkan selera makan. Sampaikan ada yang sanggup buat stok untuk simpan petai.
Tak kena cara nak simpan petai, ia boleh jadi petai kecut dan tak enak dimakan. Ada yang guna petua dengan rendam dalam air dan simpan dalam peti ais. Tapi kalau dlaam terendam, tak sedap pula.
Kali ini hazwani Ishan berkongsi cara simpan petai tahan lama dan sentiasa segar. Hanya guna air panas dan garam saja.
Makan petai memang sedap tapi tak menahannya bila bau mulut. Malu pula rasanya. Kali ni, boleh cuba petua ini untuk hilangkan bau petai.
1. Makan beras mentah dalam 10 biji selepas makan petai. 2. Boleh juga kunyah terung mentah. 3. Kunyah timun. 3. Berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur dengan listerin. 4. Kunyah chewing gum 5. Selepas makan = ambil pil yang melawas buang air besar agar makanan itu cepat-cepat keluar sebaik di hadam
Cara lain: 1. Sebelum dan selepas makan petai, minum dalam tiga empat teguk susu segar 2. Bagi mengurangkan bau busuk kencing dan najis, minum air kopi O atau nescafe.
Mingguan Wanita : Lepas ni tak perlu risau, boleh buat stok petai kat rumah dan makan ikut selera. Cubalah tip ini untuk hilangkan bau juga ye.
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...