Sememangnya handphone atau telefon bimbit dicipta untuk mendekatkan hubungan yang jauh. Tapi jangan pula jadi peunca keretakan rumah tangga bila yang dekat tak dihargai.
Tak dinafikan rata-rata ujian dalam rumah tangga masa kini adalah berpunca daripada handphone jika sedari awal pasangan mak, ayah tidak meletakkan had untuk menggunakan handphone yang semakin canggih fungsinya sekarang.
Whatapps, bersembang malam-malam… Sebab handphone lah, ada pasangan yang melebihkan masa dan perhatian pada handphone sehingga terabai keutamaan-keutamaan lain…
Handphone ini baik, kalau digunakan kena dengan caranya…
Bukan setiap masa perlu pegang phone, tengok update apa-apa… Kalau kita tinggal sejam pun, tak rugi dan outdated kita dengan info-info terkini dan semasa…
Jangan Biarkan Handphone Pemusnah Rumah Tangga
Jangan jadikan handphone sebagai pemusnah rumah tangga kita… Jangan juga jadikan sebagai punca keretakan rumahtangga kita…
Dan jangan jadikan handphone sebagai alat renggangnya hubungan suami isteri kita…
Gunakanlah dengan berhemah… Pastikan letak had dan masa untuk guna berapa lama…
Pasangan kita juga perlukan kita, anak-anak juga perlukan kita dan kita juga ada kerja lain yang perlu dibuat…
MW: Dalam hidup ini, apa sahaja yang kita lakukan perlu hadnya. Jangan terlalu bergantung hingga anak-anak serta isteri terasa terabai. Hargailah yang berada di depan mata.
Juara Qari Junior 2017, Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin, 12 dibesarkan oleh nenek dan datuknya, Asmah Jusoh, 59 dan Mohd Nasir Mohd Din, 60. Impian datuk dan nenek mahu menjadikan cucunya seorang tahfiz sudahpun menjadi kenyataan.
“Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda.”
Kata kuncinya adalah disiplin. Bagaimana nenek dan datuk Haikal menerapkan al-Quran di hati anak mudayang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Lipat dan Sekolah Agama Kampung Belukar Juling, Endau Mersing ini boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu muda di luar sana.
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
1. Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
2. Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
3. Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
4. Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
5. Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
* Ketika usia setahun setengah, Haikal tak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
* Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
* Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
* Disebabkan tak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Hati-hati. Teknologi ada banyak buruknya juga ye! Kecuaian bila menggunakannya akan membuatkan anda menyesal sepanjang hayat, juga menanggung malu yang tidak terhingga. Kadang ia menjadi penyebab pada keretakan rumah tangga yang terbina dengan penuh bahagia sekian lama.
Hati-Hati, Padah Silap Hantar
Kecuaian apakah yang dimaksudkan itu? Ia adalah mesej WhatsApp yang tersalah hantar. Dalam asyik melayan seseorang, terkadang oleh terlalu hendak cepat, terus tekan SEND, rupa-rupanya ia pergi kepada grup WhatsApp yang mana seluruh orang dalam grup itu boleh membacanya. Bayangkan kalau mesej itu berbunyi;
‘Man memang masih sayang dengan Wawa. Kita terpisah sejak remaja, tidak bermakna Man sudah melupakan Wawa, setiap saat Man teringatkan Wawa. Man harap Wawa juga masih demikian pada Man. Walaupun kita masing-masing sudah berkahwin, tidak bermakna kita tidak boleh menjalin semula hubungan silam kita.’
Bayangkan mesej serupa ini tular dalam grup yang sama-sama disertai oleh suami dan isteri serta kawan-kawan seluruhnya. Bukankah ia bahana?
Membiaknya Hubungan Terlarang
Realitinya, kehadiran teknologi WhatsApp ini telah menjadikan hubungan terlarang membiak dengan pantas lagi meluas. Berani saya mengatakan, dalam setiap grup WhatsApp pasti ada sekurang-kurangnya satu hubungan terlarang, kecuali grup itu adalah sesama ahli keluarga, selebihnya pasti akan membangkitkan nostalgia, seterusnya babak-babak cinta apabila masing-masing mula wasap peribadi.
Ia mungkin bermula daripada perkataan “Assalamualaikum.” Apabila salam ini dijawab, ayat seterusnya mungkin “Apa khabar?” Jika dijawab akan membukalah lembaran baru pada cinta lama. Mula-mula whatsApp itu kelihatan jujur; bertanyakan berapa orang anak, tinggal di mana, ibu bapa masih adakah, bekerja di mana dan sebagainya.
Tetapi apabila hari-hari WhatsApp kedua-duanya akan kehabisan modal, mulalah bertanya soalan peribadi dan sedikit demi sedikit menusukkan jarum perasaan. Jika berbalas isi-isi mesej menjadi semakin berani, daripada “You dah makan ke?” menjadi “Apa kata satu hari kita makan sama?”
Teknologi WhatsApp ini memang ‘gila’, setelah seseorang itu ketagihan dia akan whatsApp bermula sebaik sahaja bangun tidur awal pagi, hingga lewat malam. Biasanya jika hubungan kian menjadi, ayat-ayat penyudah sebelum tidur sangat daring, misalnya, “Selamat malam sayang, missed you. Moga you mimpi jumpa I,” kemudian diiringi emoji kenyit mata malah ciuman.
Dalam beberapa grup WhatsApp yang saya ditarik masuk, perihal tersalah hantar ini memang kerap berlaku. Sesetengahnya membuatkan kita tersenyum sambil membayangkan betapa gelabahnya dua insan terbabit hendak membetulkan keadaan. Sama ada salah seorang exit atau kedua-dua senyap beberapa hari ataupun cuba mempertahankan diri, misalnya, “Hai kawan-kawan, harap tidak salah sangka ye. Itu mesej saya untuk isteri saya. Maaf saya tersalah send.”
Fokus Tujuan Asal
Keadaan yang sungguh memalukan juga amat berbahaya ini mestilah dielakkan. Pertama, jujurlah dalam membentuk grup wasap, bukankah niat asalnya untuk menghimpunkan kawan-kawan lama supaya silaturrahim dapat dibentuk kembali. Usah jadikan ini peluang untuk menjalin hubungan terlarang sesama ahli grup yang kini sudahpun bergelar isteri orang atau suami orang. Sejarah lama tidak usah diulang kecuali sememangnya suasana membenarkan, misalnya seorang duda, seorang lagi sudah pun janda.
Kedua, grup whatsApp adalah wadahnya untuk berkongsi ilmu juga maklumat. Ia satu teknologi yang sangat berkesan untuk menyalurkan berita terkini dengan cepat. Sesuai dengan kehidupan masa kini, WhatsApp adalah jawapan kepada kepantasan teknologi massa. Sentiasa ingat matlamat ini tatkala sudah tersasar hingga menjadi medan pencetus hubungan terlarang ‘orang lama’.
Ketiga, perhati dahulu kepada siapa sesuatu mesej itu akan pergi sebelum tekan SEND, dalam kata lain siapakah penerimanya, siapakah yang akan membacanya. Tersalah hantar hingga menjadikan rumah tangga porak peranda adalah kesalahan yang sangat bodoh.
Begitupun, tatkala membaca mesej-mesej yang sepatutnya personal itu, saya berkata dalam hati, bagus jugalah mereka ni kantoi, sekurang-kurangnya di sinilah titik mulanya mereka akan berhenti. Jika selamat sepanjang masa boleh jadi semakin melalut-lalut jadinya. Daripada hubungan luar biasa bertukar menjadi pertemuan sulit pula hingga akhirnya lahirlah zuriat yang tidak diketahui siapa bapanya.
Semasa bersih beras untuk memasak, apakah yang seirng mak-mak fikirkan. Mungkin ada yang fikir nak masak lauk apa dan tak kurang juga memikirkan sesuatu sama ada baju nak kena jemur dan sebagainya.
Mungkin juga ada mak-mak sibuk memikirkan tentang anak-anak atau pun pasangan itu sendiri, apa yang dibuat pada waktu ini dan fikirkan anak-anak yang semakin membesar dengan peel masing-masing yang tak pernah habis.
Sedangkan apa yang sering ustaz dan ulama pesan, cara yang paling mudah untuk lembutkan hati anak-anak dan ahli keluarga lain adalah membaca surah-surah tertentu semasa bersih beras.
Jangan ingat, dengan baca doa selepas solat atau semasa anak tidur sahaja sudah cukup nak lembutkan hati anak. Perkara yang senang, kita permudahkan. Cuma ambil masa beberapa minit sahaja dan lakukan semasa bersih beras untuk memasa, bacalah surah ini.
Tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w
2. Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.