Rutin sebegini lah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri contoh Ustaz Ebit Lew. Sejak umur 12 tahun, ustaz dah diajar makan bersama dalam talam. Inilah yang diterapkan dengan anak isteri.
Baca perkongsian ustaz, betapa indahnya bila ahli keluarga dapat makan bersama dalam satu talam.
Indahnya Makan Setalam Berjemaah
Meh bidadari dan anak tercinta makan cepat. Ayah dah lapar makan nasi arab. Bestnya rasa. Terutama bila bidadari masak. Dapat suap bidadari best rasa. Kena gigit jari lak. Rindu agaknya.
IKLAN
Meh! anak ayah. Ayah suap semua sekali. Berenam kami makan. Semua dah makan makanan sama. Bestnya ya Allah. Terasa semuanya dekat dan rapat
Best makan dalam bekas yang sama. Makan dalam dulang. Sunnah berjemaah. Malah, sunnah juga makan satu bekas yang sama. Sunnah juga menyuapkan makanan pada bidadari tercinta.
Bila makan terasa tangan dekat. Peha dekat. Hati dekat. Handphone jadi jauh. Bila dekat meja mula jauh. Sibuk nak tengok handphone. Sedihkan sesekali berjumpa makan sekeluarga sibuk tengok handphone. Cinta makin dekat.
IKLAN
Rahmat Allah terasa dekat pada semuanya. Jadi rasa sehati sejiwa. Satu keluarga, satu hati. Satu tujuan redha Allah. Bila makan begini terasa nikmat dunia ini. Rupanya syukur dan saling menghargai dan cinta boleh hadir bila makan berjemaah.
Pasangan Dah Tak Bergaduh Bila Makan Berjemaah
Untung belajar makan begini semenjak umur 12 tahun dulu. Best bila bidadari suap saya semula. Hari-hari dapat rasa anak suapkan saya. Rasa kekeluargaan.
Banyak pasangan dah tak bergaduh bila makan berjemaah. Duit boleh beli meja makan cantik dan beli makanan mahal sedap tapi tak boleh beli kasih sayang. Hanya Allah beri kasih sayang.
IKLAN
Berkat sunnah Nabi saw cinta dan kasih sayang kerana Allah. Syukur dah 2 masuk Islam bila saya ajak dia makan begini dan suapkan mereka. Allahuakbar
Pohon doakan keluargasunnah 9 Feb 2020. Di Maeps Serdang. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.
MW : Cuba suburkan kembali amalan makan satu talam dengan keluarga. Moga jadi asbab saling berkasih sayang. dan tahan ujian rumah tangga.
Suami isteri, tidak kiralah yang sudah lama berkahwin atau yang masih baru, ketahuilah bahawa cinta perlulah sentiasa dibaja. Rasa cinta dan kasih sayang itu adakalanya seakan hambar bila masing-masing mula sibuk dengan urusan harian.
Cinta dan kasih sayang itu terus pudar dan layu terutama apabila masing-masing dengan dunia sendiri. Selalu juga keadaan berlaku apabila si dia masih bersama kita, si dia langsung tidak dihargai. Layan pun umpama ‘melepaskan batuk di tangga.
Suami Isteri Yang Lama & Baru Kahwin
Melalui perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya, doktor ini berkongsi tentang situasi yang berlaku di depan matanya dan rakan. Semoga perkongsian kisah ini dijadikan tauladan bersama.
Supaya Cinta Tak Pudar, ‘Bajalah’ Selalu
KURANG MENGHARGAI BILA DAH BERSAMA DALAM TEMPOH YANG LAMA
PERASAAN CINTA ITU PERLU DISIRAM SETIAP HARI
CUBALAH UBAH RUTIN HARIAN
BUAT TIGA PERKARA INI DALAM RUMAH TANGGA:
Kesimpulannya, jika ada sebarang masalah antara suami isteri, bawalah berbincang. Ketika berbincang, sentiasalah berfikiran rasional dan bukan semata-mata mengikut emosi dan perasaan. Semoga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Persoalan terdetik dalam hati ini kadangkala tanpa sengaja mak ayah akan terbuat juga. Tengok anak orang tantrum depan mata, kita pun berkata-kata sendiri dalam hati ‘kenapalah mak ayah dia tak pujuk’, ‘ini mesti salah asuhan mak ayah’ dan macam-macamlah.
Bak pesan Bonda Nor, Allah itu Maha Mendengar mak ayah. Biar pun kata-kata itu cuma dituturkan dalam hati, namun bila Allah nak uji, kita akan alami apa yang mak ayah anak tantrum itu alami.
Macam mana nak perbaiki kembali diri? Inilah cara yang Bonda Nor ajar.
Pernah Tak Rasa Terdetik Hati Rasa Tak Puas Hati..
Saya mengendalikan satu seminar parenting.
Pasangan muda itu mengadukan kisah si manja mereka yang tantrum. Asyik menangis, menangis, menjerit, mengamuk. Dah buat macam-macam cara. Tak menjadi, katanya.
“Pernah tak dulu rasa rimas tengok anak orang menangis? Pernah tak terdetik kat hati tentang rasa tak puas hati pada mak ayah budak tu?”
Mereka terkejut mendengar soalan saya. Akhirnya, pelan-pelan si suami mengangguk. Pernah. Lalu segera saya menitipkan pesan.
“Banyakkan istighfar. Kalau boleh solat sunat taubat. Kadang ketika hati kita terlanjur menghakimi apa yang jadi pada orang lain, Allah akan bagi kita rasa apa yang dia rasa.”
Saya tak bercakap kosong. Saya berbekalkan pengalaman sendiri.
Satu ketika, seorang anak kecil menangis tak henti-henti. Waktu tu saya letih dan nak tidur. Tangisannya benar-benar mengganggu saya.
Mula-mula saya sabar. Budak menangis? Biasalah. Tapi anak kecil itu terus menangis. Meraung. 15 minit. Setengah jam. Satu jam. Ya Allah. Saya dah mula mengeluh. Rimas!
‘Manalah mak budak ni? Takkan tak boleh nak kawal anak sendiri? Budak je kot!’
Kata-kata yang tak terluah. Cuma keluhan dalam hati.
Nah! Allah Beri Saya Rasa Apa Yang Mak Budak Tu Rasa
Selepas itu saya mengandungkan anak keempat. Nah, Allah beri saya rasa apa yang mak budak tu rasa! Kali ini saya dapat anak jenis tantrum. Kalau mengamuk, habis-habisan. Kalau menangis, satu jam pun dia boleh meraung dan mengongoi secara berterusan.
Ketika itulah baru saya tahu bahawa memang ada kes anak menangis yang sukar dikendalikan. Memang ada! Dan segarang-garang saya, sepandai-pandai saya cuba menggunakan segala mak nenek psikologi yang ada, tetap gagal. Tetap tak mampu nak kawal! Astaghfirullah.
Jangan main-main dengan persoalan lintasan hati. Mulut tak ucap pun. Tak ada hati sesiapa yang kita sakitkan pun. Tapi Allah Maha Mendengar. Dan Allah bersedia untuk ‘mengajar’ agar kita cepat tersedar. Pengajarannya besar. Jangan nak rasa diri lebih baik daripada orang! Jangan jadi macam syaitan yang rasa dirinya lebih baik daripada Adam!
Allah.. Allah..
Bila Rasa Terdetik Dalam Hati, Cepat-cepat Istighfar
Sungguh sejak peristiwa tu, bila sesekali terdetik rasa tak puas hati dengan orang itu ini, saya cepat-cepat bilas dengan istighfar. Takut nak kutuk orang. Takut Allah balikkan pada diri sendiri. Lintasan hati je pun! Tapi saya dah rasa kesannya. Ya Allah, takutnya! Seksa!
Baru-baru ni saya berbual dengan seorang ‘kakak’ yang saya hormati. Tersentak saya bila beliau menceritakan tentang anaknya yang ditangkap polis kerana kes dadah. Sungguh, saya sangat mengagumi kebaikan dan ketenangannya. Tampak keibuan. Tampak wibawa. Suaminya juga orang hebat. Orang yang dihormati dalam masyarakat.
Tapi anaknya terlibat dengan dadah. Dah beberapa kali ditangkap polis. Ya Allah. Macam mana boleh jadi macam tu?
“Dulu, ada anak kawan akak terlibat dengan dadah. Mak ustazah. Ayah ada PHD. Terdetik kat hati akak, agaknya mak budak ni sibuk sangat sambung belajar ambil master sampai anak-anak terbiar macam tu.
Masa tu, akak sendiri pun sedang teringin nak ambil master. Nak sangat. Tapi akak batalkan. Sebab akak takut anak akak jadi terbiar macam anak dia. Akak ingat bila akak tak ambil master, anak akak baik-baik je. Tapi tak!
Allah tunjukkan pada akak satu pengajaran. Takdir Allah ni jangan kita nak pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri. Jangan kita pandai-pandai nak judge orang itu orang ini. Akak tak ambil master sebab takut anak terlibat dengan dadah macam anak dia. Tapi anak akak sama juga, Menagih juga! Allah…”
Allah Ajar.. ‘Jangan Pandai Pandai Nak Judge Orang Itu Ini’
Berderau darah saya mendengar ceritanya. Menggeletar jiwa memikirkan betapa Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar walaupun pada sekecil-kecil perkara yang terlintas di fikiran kita.
Kalau hal yang terlintas di fikiran pun kita Allah balas, apatah lagi jika yang kita cakap dengan lepas. Kita tengok orang itu perangai begini dan begini, kita kutuk, kita caci. Hati-hati, terlalu besar potensi untuk keburukan itu berbalik pada diri sendiri!
Cuba kita tengok pasangan kita, anak-anak kita. Apa yang kita tak puas hati dengan dia? Apa masalah dia? Kita duduk diam-diam, kita muhasabah balik diri kita. Kita cuba cari punca. Adakah semua masalah yang berlaku itu ujian atau hukuman?
Takut-takut kesilapan yang dilakukan oleh mereka itu sebenarnya berpunca daripada kejahatan mulut kita sendiri atau pun mungkin pada sekecil-kecil perkara yang terlintas di dalam hati.
Insya-Allah, sama-sama kita cuci balik semua kesilapan kita dengan banyakkan beristighfar dan solat sunat taubat. Mudah-mudahan Allah terima dan perbetulkan kembali hidup kita.
Suami dan isteri tiada masalah pun dalam rumah tangga tetapi orang luar pula menyibuk itu dan ini. Sepatutnya sebagai orang luar jangan menyibuk hal rumah tangga orang, biarlah acuan mana sekali pun jadi ikutan. Paling penting mereka bahagia dan tak mengganggu orang.
Jangan berasa iri hati dan cemburu melihat kebahagian orang lain. Jika mereka baik-baik saja, biarkan dan lihat saja dari jauh. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik.
Bila Orang Luar Mula Menyibuk
Benda pelik bin ajaib…
Kadang itu, kita dengan pasangan ini tak ada masalah apa pun… Masing-masing ok, boleh faham dengan diri masing-masing, ada persetujuan bersama untuk sesuatu perkara…
Tapi, orang luar pulak menyibuk…
Suami balik kerja lambat, dia suruh check suami pergi mana… Bimbang melencong tempat lain…
Isteri balik kerja lambat, dia kata isteri sibuk dengan kerjaya sampai keluarga sendiri terabai…
Suami ikut kehendak isteri, bagi apa-apa dekat isteri, tunaikan permintaan isteri, dia kata suami manjakan isteri sangat, nanti isteri naik kepala…
Isteri tak masak, ajak makan luar, atau tapau makanan bawa balik rumah, dia kata nanti suami lari sebab tak makan air tangan isteri, asyik makan air tangan orang pattani…
Walhal sebenarnya kan, kita ini tidak ada masalah pun dengan pasangan… Kita faham yang suami lambat balik sebab dia overtime… Kita sangat faham yang isteri lambat balik sebab dia ada banyak kerja untuk diselesaikan…
Orang Luar Tak Perlu Menyibuk
Kita juga faham yang suami tak berkira dengan isteri sebab isteri itu sudah murahkan rezeki suami… Kita faham yang isteri tak masak sebab dia penat, tak sempat atau tak sihat…
Bab orang luar ni yang kalut dengan rumah tangga orang lain ni kenapa…
Dah tak ada kerja sangat hingga nak menyibuk memerhati kehidupan orang lain? Sudah tidak ada anak-anak untuk dijaga? Sudah tak ada pasangan untuk diberi tumpuan? Habis tak tahu nak buat apa dalam kehidupan sendiri?
Ingat ya, andai kata-kata kita itu menyebabkan hubungan suami isteri itu renggang, bersengketa dan bermasalah, maka kita adalah BATU API…
Batu api untuk rumah tangga orang lain… Nanti bila api sudah padam, jadilah kau batu nisan…
MW: Hidup ini jangan terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga orang lain, utamakan dulu rumah tangga sendiri baru sibukkan hal orang. Jauhkan diri dari sikap batu api dan melebih-lebih dengan hidup orang lain.
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...