Bagi mak-mak yang pandai jahit langsir, kena ambil tahu juga formula cara kiraan jahit tali pengikat langsir juga. Bukan apa, jika main agak-agak je, tu yang tali pengikat langsir ni boleh jadi terpanjang sangat atau terpendek. Jika ikut kiraan yang betul, barulah langsir yang dipasang elok kemas tergantung.
Fahamkan perkongsian daripada Tukang Jahit, Anuar Chik ini sebagai rujukan;
Cara jahit tali pengikat langsir cara saya. Formula cara kiraan tali. Lebar tingkap ÷ 4 + 5 inci = Panjang Tali
Bahan-Bahan:
Kain + Kain Gam ikut panjang tali.
Cara Membuat:
1.Potong kertas gam keras ikut ukuran dan bentuk yang kita mahu. Selepas itu iron kan atas kain yang dilipat dua. Lebihkan 3 inci panjang kain dari ukuran tali. Tepi 2 inci, bucu tajam 3 inci.
2.Dah gosok mula jahit satu tapak bahagian atas sebelah depan tali.
3.Dah jahit lipat dua kain tu di hujung macam ni.
Ads
4.Jahit tepi ikut bentuk kertas gam tu.
5.Pastu potong lebihan kain dan tinggal basi dalam 1 cm.
MW: Terima kasih berkongsi tutorial tali pengikat langsir ini. Barulah kemas, dan nampak elok. Tak lah terlalu panjang atau terpendek pula bila ‘ikat’ langsir nanti.
Jika selalu buat kek coklat, bahagian yang paling penting pastinya lapisan coklat atau ‘Chocolate Ganache’. Jika salah tekniknya ‘Chocolate Ganache’ mudah jadi keras, tak sedap dan nampak kusam tak berkilat. Sebenarnya, nak buat ‘Chocolate Ganache’ yang merelip-relip berkilat, sedap dan cair di mulut ada caranya. Barulah kek nampak cantik dan lebih menarik.
“Kalau kita nak kek cantik, gancahe merelip-relip, makan pulak cair dekat mulut kenalah letak butter, pakai dairy whipping cream, van houten chocolate compound dan pakai teknik double boil. Jangan tuang panas-panas ganache atas kek. Tunggu suam sikit baru tuang. Dah semalaman baru boleh makan. Nikmat dunia”.
Kenapa double boil. Sebab nak buat ganache tak boleh direct api.
Ganache: Whipping cream + Chocolate + butter
Mesti ada yang tanya boleh tak kalau nak ganti whipping cream dengan susu full cream. Boleh sahaja. Tapi rasa tak sama. Bagi saya semestinya sedap pakai whipping cream dairy untuk hasil dan rasa yang sedap lemak-lemak coklat.
Double boil: Bekas atas kena besar dari bekas bawah sebab tak nak air masuk ke dalam cairan coklat kita.
Kalau air dah termasuk walaupun satu titis maka rosaklah coklat hampa. Dia akan jadi macam “gumpalan” dan makin tak melekat pada bekas.Sebab tu yang bekas besar tu kena besar dari bawah.
Kenapa ganache saya keras dan tak smooth. Sebab kurang whipping cream nak selamat pakai nisbah 1:1 kalau pakai coklat biasa. Kalau tak pakai nisbah 1:1 pun boleh.Contoh 150 gram whipping cream + 250 gram chocolate.
Kalau pakai non dairy buat ganache. Elok pakai dark chocolate sebab non dairy dah manis. Tapi bagi saya lahh. Ganachee memang better dan sedap pakai dairy whipping cream untuk effect glaze yang hebat dan rasa yang padu.
Kalau pakai chocolate premium pakai lebih whipping cream. Contoh 300 gram dark chocolate + 400 gram whipping cream.
Air dalam bekas bawah tu jangan letak penuh tau. Pantang. Letak sikit je jangan sampai separuh bekas tu ya.
Cara Saya: Letak whipping cream & butter. Tak payah tunggu berbuih-buih dekat tepi dia pun takpa. Tunggu seminit dua baru masukkan chocolate. Gaul pakai sudu or spatula je. Kacau perlahan-lahan supaya bubble tak timbul. Kacau sampai jadi smooth macam dalam gambar. API JANGAN KUAT! Guna paling perlahan.
Mr ali kalau takde butter boleh ke pakai minyak masak. Bolehh tapi rasa lain sikit
Nak ganache lagi sedap masukanlah salted PURE BUTTER. Ingat pure butter macam anchor/ lurpak/ president
Nak lagi sedappp masukanlah hazelnut paste (tapi maheiii).
Kalau ada bubble kecil kena hentak slow-slow sampai bubble tu macam takde. Biasa lepas tuang hentak sikit kasi hilang bubble. Few minutes biasa akan timbul lagi. Hentakan lagi. Sebab macam saya kata lepas tuang ganache bagi dia duduk suhu bilik.
Jangan terus masuk chiller. Ni juga akan mengurangkan wap-wap air atas ganache nanti. Saya dah cuba and it works. Cuma kondensasi tu akan berlaku bila kek kita letak lebih dari 30 minit kat luar. Suhu peti / chiller jangan terlampau sejuk.
Van houten & beryls adalah yang recommended TAPI BUKAN PREMIUM . Cuma orang panggil coklat yang berkualiti.
Callebaut saya pakai hat 811 pahit sikit ja. Ini baru boleh claim premium sebab real chocolate ni. Atau orang panggil couverture chocolate. Callebaut lebihkan whipping cream tau. Rujuk post saya yang sebelum ni.
Soalan paling femes: Macam mana kalau buat choco jar tak nak bagi coklatnya keras. Mudah je Letak minyak masak.
Contoh: 250 gram chocolate ( double boil) then masukkan 3 sudu besar minyak masak Sedikit demi sedikit . Dah cair bagi sejuk dulu baru tuang tau. Yg penting choco jar jangan masuk dalam peti ya. Nanti jadi keras. Letak suhu bilik confirm melting coklat tu. Nak crunchy sangai dulu cereal hampa tuu okayy.
MW:Begini rupanya nak jadikan kek cantik, chocolate gancahe merelip-relip dan bila makan pula cair di mulut.Terima kasih berkongsi ilmu dan tip ini, kena cuba nanti bila buat kek coklat.
Bunga Rampai selalu disediakan ketika majlis kenduri kahwin, diletak di bilik pengantin.Memang harum semerbak dengan bau bunga rampai dalam bilik. Bukan itu sahaja seringkali juga diberikan sebagai cenderahati di majlis-majlis kenduri kendara.
Jika dahulu, anak-anak dara akan bersama-sama ‘rewang’ hiris halus daun pandan untuk dijadikan bunga rampai. Sampai luka-lukalah jari terhiris pisau.
Sebenarnya ada cara mudah untuk buat bunga rampai ni. Tak perlu lagi nak hiris dan mayang halus dengan pisau, malah sangat menjimatkan masa. Iaitu kisar sahaja menggunakan blender kering. Hasilnya memang halus! Bila dah siap, bolehlah dijadikan pewangi semulajadi diletakkan di ruang tamu, bilik tidur mahupun dalam kereta. Memang harum dan wangi je!
Kebetulan ada majlis perkahwinan, saya kongsikan cara penyediaan Bunga Rampai untuk majlis perkahwinan. Moga bermanfaat untuk semua.
Daun Pandan secukupnya
Minyak Wangi
Bunga-Bungaan
Kain
Bekas Bertutup
1. Potong kecil daun pandan secukupnya.
2. Kemudian, digunting-gunting kecil dan di blender menggunakan blender kering.
3. Hasilnya setelah diblender.
4. Kemudian, gunting halus bunga-bungaan dan dicampurkan dengan daun pandan blender tadi.Guna bunga-bunga yang ada di persekitaran rumah je. Kadang-kadang guna bunga-bunga yang dijual tu juga sebab nak nampak warna warninya lagi. Yang jual macam-macam warna ada. Macam bunga ros kan ada kuning, pink, putih, peach, merah gelap. Jadi lebih banyak variasi warnanya lebih meriah dan cantik dipandangan mata juga.
5.Inilah hasilnya. Spraykan minyak wangi kesukaan anda, bungkus dengan kain dan diperapkan dalam bekas tertutup agar minyak wangi meresap sebati dengan daun Pandan.
MW: Menarik juga idea ni. Memang memudahkan kerja dan jimat masa bila kisar halus daun pandan guna blender kering. Tak perlu nak hiris dan mayang halus daun pandan lagi. Jari jemari pun tak luka.
Kuali yang diguna setiap hari memang mudah berkerak hitam dan payah nak cuci. Walaupun guna macam-macam cara, sampai luka-luka tangan menyentalnya. Rupanya guna kapur makan boleh tanggalkan bontot kuali berkerak hitam ni dengan mudah.
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Hangpa cuma perlu kapoq makan.Kapoq yang makan dengan sirih tu, berus dawai dan pisau. Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi. Nak mudah lagi, lama rebus lagi mudahh tanggal.
Kapur Makan
Kuali Besar
Pisau
1.Tudiaa dah pernah sental tapi putus asa.
2.Sapu punggung kuali dengan kapur.Ratakan kerak hitam tu.
3.Letak dalam kuali besar.
4.Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.
5.Nampak ada lekang-lekang dah.
6.Tuu kepingan hitam yang tanggal.
7.Kikis kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.
MW: Wah mudahnya, tak payah susah payah nak sental kuali kerak berhitam, sapu kapur makan rebus je dalam air panas mendidih. Kerak jadi lembut, mudah dikikis berkilat macam kuali baru.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.