Pengacara, Personaliti Telivisyen dan Penulis Lirik lagu-lagu puitis, Ahmad Fedtri Yahya,39, dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan. Fedtri cedera di muka selepas terjatuh dari basikal di kawasan tempat letak kereta Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Fedtri yang kini dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya baru selesai membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia untuk Malaysia Hari Ini (MHI) mengalami kecederaan di bibir, kening, dagu dan rahang.
Isterinya, Anati Ismail ketika dihubungi berkata, Fedtri yang juga penulis lirik lagu Basyirah itu bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius pada anggota badan lain.
“Alhamdulillah, suami selamat menjalani pembedahan semalam. Cuma, bibir bengkak sebab bahagian dalam mulut dijahit kerana tulang rahang patah dan perlu dimasukkan skru di kiri dan kanan.
“Dia juga dibawa untuk ujian imbasan x-ray. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. Terima kasih atas doa daripada semua,” katanya.
Kecederaan Bahagian Muka
Menurut Anati, suaminya jatuh tersembam menyebabkan bahagian muka mengalami kecederaan.
“Saya difahamkan suami pakai topi keledar, cuma dia jatuh tersembam. Ketika bangun, dia tak rasa apa-apa, tapi dia pelik apabila orang terkejut melihat mukanya yang berdarah.
Ads
“Jadi, selepas dibawa ke hospital, doktor sarankan untuk buat pembedahan untuk betulkan tulang rahang yang patah,” katanya.
Berita kemalangan ini juga dikongsikan menerusi laman sosialnya di Instagram oleh isteri Fedtri sendiri, Nurul Anati Ismail, 35, yang berkongsi gambar keadaan terkini suaminya selepas melakukan pembedahan. Anati turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan dan kesembuhan suaminya.
“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.
Ads
“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,”katanya.
Ramai rakan artis dan peminat turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad,Imam Muda Asyraf,Mira Filzah, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.
Ads
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 2011 dan dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Aida Khalida, pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanahair. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu.
Nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan banyak menerima tawaran sehingga hari ini
Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 65 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya..
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur.
Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya.
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Mingguan Wanita : Moga terus sukses dalam kerjaya seninya.
Saksi kejadian berlari selamatkan mangsa dihempap pokok,-“tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.” “Saya berlari untuk selamatkan mangsa yang dihempap pokok, tetapi tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri,” kata saksi kejadian pokok tumbang, Muhammad Tariq Haikal, 24.
Saksi Kejadian Berlari Selamatkan Mangsa Dihempap Pokok
Menurut ejen hartanah itu, ketika kejadian dia berada di bangunan berhampiran lokasi sebelum berlari keluar untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.
“Saya cuba untuk menyelamatkan mangsa daripada terus dihempap dahan pokok, namun gagal kerana terlalu berat.
“Tidak Lama Kemudian Dia Tidak Sedarkan Diri”
“Kejadian berlaku begitu pantas, saya lihat mangsa masih hidup ketika itu, tetapi kira-kira lima minit kemudian dia tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang lagi saksi, Adey Iskandar Jalaluddin, 40-an, berkata, dia mendengar dentuman yang kuat sebelum melihat sebatang pokok tumbang menghempap beberapa kenderaan.
Pegawai bank itu berkata, ketika kejadian dia berada di dalam pejabat berhampiran lokasi. Terkejut dengan kejadian itu, katanya, dia segera keluar dari bangunan pejabat untuk ke lokasi dan melihat orang awam sedang membantu mengeluarkan beberapa mangsa di bawah pokok.
“Pokok itu tumbang di laluan utama dan ketika itu difahamkan kereta sedang berhenti kerana lampu isyarat merah,” ujarnya.
Pokok yang tumbang di Jalan Sultan Ismail dikenal pasti sudah berusia lebih 50 tahun. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pemeriksaan pokok-pokok di Kuala Lumpur dilakukan secara kerap oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan pemantauan dibuat dua tahun sekali.
“Pokok yang tumbang hari ini kita kesan merupakan pokok lama berusia lebih 50 tahun yang berada di bawah pemantauan pihak swasta.
“Kita juga telah mengenal pasti banyak pokok berusia sekitar 50 sehingga 80 tahun di ibu negara yang mana pokok-pokok ini hanya menunggu masa untuk tumbang lebih-lebih lagi keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, DBKL juga akan melihat garis panduan yang perlu diambil agar memastikan pokok-pokok sudah tua ini diambil bagi keselamatan orang awam.
Katanya, pemantauan akan dilakukan bagi mengesan berapa banyak pokok tua yang ada di ibu negara.
“Data berapa banyak pokok tua kita tidak ada buat masa ini, tetapi pemantauan akan dilakukan,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perbincangan masih dilakukan berhubung pemberian pampasan kepada mangsa-mangsa terlibat.
“DBKL kebiasaan akan ambil tindakan dalam mengenal pasti profil mangsa dan sebagainya,” katanya.
Tambah Dr Zaliha, kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian dijangka selesai selewat-lewatnya malam ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, pokok tumbang itu menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi mangsa dilaporkan cedera. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata, insiden kira-kira jam 2 petang itu melibatkan 17 kenderaan pelbagai jenis yang dihempap pokok terbabit.
Operasi di lokasi kejadian turut melibatkan kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nabila Huda selepas berkongsi khabar gembira bahawa dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar, sudah menerima suntikan vaksin dos pertama beberapa hari lalu pelbagai reaksi diterima daripada pengikut Instagramnya.
Malah ada yang mempertikaikan bagaimana Nabila pelakon berbakat besar ini mengambil vaksin disebabkan bekas pesakit Covid-19 perlu menunggu dalam tempoh tiga hingga enam bulan sebelum dibenarkan mengambil vaksin.
Nabila Beritahu Dengan Jujur Kepada Doktor Status Dirinya
Untuk pengetahuan ibu kepada seorang cahaya mata ini baharu sahaja dijangkiti virus Covid-19 lebih kurang sebulan lalu. Bagi mempertahankan dirinya dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku, Nabila menerusi entri di Instagram memberitahu, sudah memaklumkan kepada doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bahawa dia merupakan bekas pesakit Covid-19.
“Nah ni untuk sesiapa yang tengah bercakap belakang mempersoalkan atau sedang menyiasat kenapa doktor membenarkan saya di vaccine sampai cakap doctor tak ikut procedure lah.
“Ada yang DM kata saya guna cable sebab golongan kayangan la, selfish la, sebab artis la, call org dalam percepatkan vaccine dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya. Sampai saya pulak jadi bersalah sedangkan saya tak salah apa-apa pun. Saya pergi ikut tarikh ditetapkan and tak potong que pun.
“Saya beritahu jujur kat doctor status saya, then dia proceed saya ke bilik yang nak amik AZ vaccine. Saya post gambar saya sudah di vaccine bukan niat nak menyakti hati orang, saya post sebab saya nak share awareness untuk bagi hint yang saya ex covid dan saya dapat vaccine saya after a month dan boleh bagi semangat kat korang yang mungkin tak perlu tunggu berbulan-bulan macam diheboh-hebohkan.
“Tapi jadi lain pulak. But it’s ok, saya maafkan. KKM update info ni pada 31 may 2021. Kepada mereka yang marah dgn saya semalam yang sampai sanggup cari balik conversation saya dengan fiza on twitter pada 25hb may tu, macamana boleh terlepas pandang info dari KKM ni ek?
“I think start from today onwards, selain dari pada kite sibuk scroll up and down instagram or tiktok nak tengok update kehidupan orang, ringankan tangan untuk tengok jugak update terkini sebelum fitnah orang.
Kena Reda Allah Dah Pilih Untuk Kena
“Yang dah dapat tu patut kite bersyukur je la untuk dia bukan mempersoalkan. Sama lah macam masa i positive covid i cakap i kena sbb kecuaian org, tapi korang kutuk cakap tak payah la salah-salah kan org ni kan ujian dari allah,kite kena redha, allah dah pilih kite untuk kena.
“Sama la macam vaccine ni, semua ni dah tertulis. Kite kena redha. Orang tu dah terpilih. Allah bagi rezeki kan? Yang mana kawank-kawan and followers saya yang belum dapat vaccine, or masih menunggu tarikh, saya doakan anda akan dapat secepat mungkin ok.Guys!!
“Yang penah positive dah tak payah tunggu dah lama-lama. wuhooo!! Good news untuk semua covid survivor. Tapi apa-apa pun, kena tanya doktor jugak masa consultant tu ok? Stay home and stay safe everyone,” tulis Nabila.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...