Fasha nasihat wanita perlu miliki duit simpanan sendiri. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Fasha ini.
Keberaniannya menghadapi liku-liku kehidupan, termasuk mengharungi pelbagai ujian dan kontroversi, menjadikan Fasha sebagai contoh wanita cekal yang tidak mudah mengalah.
Keperibadiannya yang mesra dan rendah hati, serta keupayaannya untuk bangkit dari sebarang kesulitan, adalah contoh nyata seorang wanita yang berdikari dan penuh inspirasi.
Fasha Nasihat Wanita Perlu Miliki Duit Simpanan Sendiri
“Sebagai seorang wanita kita harus berdikari dan memiliki duit simpanan sendiri. Binalah kerjaya agar kita tidak mudah ditindas oleh sesiapa saja. Jika jatuh kita perlu bangkit dan jangan lemah.
“Semua wanita termasuk suri rumah perlu ada pendapatan peribadi. Dunia sekarang ni banyak yang dah berubah jika duduk di rumah sambil jaga anak pun boleh jana pendapatan. Percayalah kita akan gembira dan hidup bahagia jika ada simpanan.
“Masalah yang datang kadangkala pahit tapi sebagai wanita kita kena lalui dan pengalaman itulah yang akan membawa kehidupan menjadi manis,“ ujarnya.
Dibesarkan oleh ibu tunggal, Hatijah Teh Man, Fasha mengimbas kehidupannya sewaktu zaman kanak-kanak yang agak susah. Ibunya bekerja keras untuk membesarkan anak-anak dan ini memberikan kekuatan kepada Fasha untuk terus berusaha dan berdisiplin dalam hidup.
“Mama ibu tunggal. Masa kecil mama bekerja keras siang hingga ke petang setiap hari mencari nafkah tanpa dibantu papa. Ketabahan mama menjadi faktor saya berjiwa kental, kuat dan berdikari.
“Masa kecil kami terpaksa catu makanan, bukan seperti kanak-kanak lain. Kami adik-beradik kena berjimat sebab hidup serba kekurangan. Masa sekolah rendah, ingat momen pada waktu itu mama beli coklat dan kami akan kongsi adik beradik. Mama juga ajar agar kami bersyukur dengan rezeki yang datang,” luah Fasha yang sangat mengagumi ketabahan ibunya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Ads
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masalah hubungan intim, suami isteri berbincanglah secara terbuka. Hubungan intim adalah salah satu elemen penting dalam perkahwinan. Ia bukan sekadar keperluan fizikal tetapi juga menjadi cara untuk mengeratkan hubungan emosi dan memperkukuhkan kasih sayang antara suami isteri.
Namun, seperti aspek lain dalam perkahwinan, masalah dalam hubungan intim boleh timbul dan memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga jika tidak ditangani dengan baik.
Bagi memastikan masalah ini tidak menjadi punca kepada konflik yang lebih besar, perbincangan secara terbuka dan jujur adalah kunci utama.
Meningkatkan Kesefahaman
Keperluan dan kehendak setiap individu adalah berbeza. Dengan berbincang, pasangan dapat memahami keperluan masing-masing dan mencari cara untuk memenuhi keperluan tersebut tanpa rasa terpaksa atau salah faham.
Mencegah Konflik
Masalah yang tidak dibincangkan boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati, tekanan, dan kekecewaan. Dalam jangka panjang, ia boleh menjejaskan hubungan emosi dan menyebabkan pergaduhan.
Membina Kepercayaan
Berkongsi masalah yang berkaitan dengan hubungan intim memerlukan keberanian dan kepercayaan. Apabila pasangan berbincang dengan jujur, ia menunjukkan bahawa mereka saling menghormati dan bersedia untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.
Meningkatkan Kualiti Hubungan
Perbincangan terbuka membolehkan pasangan mencari jalan untuk memperbaiki hubungan intim mereka, menjadikannya lebih memuaskan dan bermakna.
Pilih Masa Yang Tepat
Jangan berbincang ketika pasangan sedang marah, tertekan, atau keletihan. Pilih masa yang tenang, di mana kedua-dua pihak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada perbincangan.
Gunakan Nada Suara Yang Lembut
Elakkan nada yang menyalahkan atau mengkritik. Sebaliknya, gunakan nada suara yang lembut dan penuh kasih sayang untuk menyampaikan perasaan anda.
Gunakan Ayat “Saya” Berbanding “Awak”
Contohnya, katakan, “Saya rasa tidak selesa ketika…” berbanding “Awak selalu buat saya…”. Pendekatan ini mengelakkan pasangan daripada rasa disalahkan.
Jujur Tetapi Hormat
Luahkan perasaan dan keperluan anda dengan jujur, tetapi pastikan anda menghormati perasaan pasangan. Jangan memperkecilkan atau memandang rendah pengalaman mereka.
Dengar Dengan Penuh Perhatian
Berikan pasangan peluang untuk bercakap dan nyatakan perasaan mereka tanpa gangguan. Dengarkan dengan teliti dan cuba memahami pandangan mereka.
Fokus Pada Penyelesaian
Jangan hanya membincangkan masalah, tetapi cari jalan untuk mengatasinya bersama. Contohnya, rancang waktu berkualiti bersama atau cari cara baru untuk menambah keintiman dalam hubungan.
Jika perbincangan terbuka tidak dapat menyelesaikan masalah, atau jika masalah tersebut melibatkan isu kesihatan, trauma, atau tekanan emosi yang mendalam, pasangan boleh mendapatkan bantuan daripada:
Doktor Atau Pakar Kesihatan Reproduktif
Untuk menangani masalah seperti kesakitan semasa hubungan intim, disfungsi seksual, atau masalah kesihatan lain.
Kaunselor Perkahwinan Atau Terapis Seksual
Untuk membantu pasangan memahami dan menyelesaikan isu emosi atau psikologi yang mempengaruhi hubungan intim mereka.
Ustaz Atau Kaunselor Islam
Bagi pasangan Muslim, pandangan dan nasihat dari sudut agama juga boleh membantu menguatkan hubungan mereka.
Masalah dalam hubungan intim adalah sesuatu yang normal dalam perkahwinan, tetapi ia tidak boleh diabaikan atau dipendam begitu sahaja. Komunikasi terbuka adalah kunci untuk menyelesaikan masalah ini dan memastikan hubungan suami isteri kekal harmoni.
Dengan berbincang secara jujur dan mencari jalan penyelesaian bersama, pasangan dapat memperbaiki hubungan mereka dan menikmati keintiman yang lebih bermakna. Ingatlah, perkahwinan adalah kerjasama, dan setiap cabaran yang dihadapi bersama akan menjadikan hubungan suami isteri lebih kuat dan penuh kasih sayang.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Percakapan suami kasar, isteri banyak makan hati dalam perkahwinan. Ramai lelaki tak sedar, percakapan mereka agak kasar terhadap pasangan namun bersuara lembut di hadapan orang lain. Percayalah, dalam suami merasai hal ini biasa-biasa saja dalam rumah tangga, sebenarnya banyak isteri makan hati.
Dalam melayari bahtera perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan yang berkekalan. Namun, tidak dinafikan perjalanan hidup berumah tangga sering diuji dengan pelbagai cabaran. Salah satu isu yang sering menjadi punca keretakan ialah pertuturan suami yang kasar, sehingga membuatkan isteri banyak memendam rasa dan makan hati.
Pertuturan Kasar: Luka yang Tidak Kelihatan
Kata-kata adalah senjata yang tajam. Pertuturan kasar daripada seorang suami, walaupun tanpa niat untuk melukai, boleh membawa kesan mendalam kepada hati isteri. Perkataan yang berbentuk sindiran, hinaan, atau meninggikan suara, umpama sembilu yang mencalar rasa. Sebagai insan yang halus jiwa dan perasaannya, seorang isteri akan menyimpan luka itu dalam hati, dan lama-kelamaan ia menjadi beban emosi yang sukar ditanggung.
Isteri Makan Hati: Tersenyum di Luar, Pedih di Dalam
Isteri yang makan hati sering cuba menyembunyikan rasa pedihnya demi menjaga keharmonian rumah tangga. Senyuman yang terukir di wajahnya mungkin tidak menggambarkan rasa sebenar di hati. Namun, semakin lama isteri memendam rasa, semakin tinggi risiko masalah itu meruntuhkan hubungan. Tekanan emosi yang ditanggung boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal isteri.
Mengapa Suami Bersikap Kasar?
Pertuturan kasar sering kali berpunca daripada tekanan hidup, masalah komunikasi, atau latar belakang keluarga suami itu sendiri. Ada yang menganggap sikap tersebut sebagai cara untuk menunjukkan kuasa atau kedudukan sebagai ketua keluarga. Namun, sikap ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam yang menyeru umatnya untuk saling menghormati dan berlemah-lembut, terutama terhadap pasangan hidup.
Langkah Penyelesaian: Membangun Semula Kasih Sayang
Pengakhiran yang Bahagia: Kebahagiaan adalah Usaha Bersama
Kebahagiaan rumah tangga memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak. Suami perlu belajar menghormati perasaan isteri, manakala isteri perlu berani menyuarakan isi hatinya. Dengan kesabaran, doa, dan usaha, luka di hati boleh disembuhkan, dan kasih sayang yang terpendam dapat disuburkan semula.
Ingatlah, sebuah perkahwinan adalah amanah. Bila kasih sayang dijaga dan pertuturan dilunakkan, rumah tangga akan menjadi syurga dunia yang penuh dengan keberkatan.
Nona Superwoman Award 2024! Majlis penganugerahan Nona Superwoman Award 2024 yang diadakan oleh Majalah Nona ini merupakan kesinambungan daripada edisi terdahulu iaitu pada tahun 2018, 2020 dan 2022. Untuk musim keempat pada tanggal 8 Januari 2025 terpahat satu lagi Sejarah di mana 39 tokoh wanita cemerlang diberikan pengiktirafan!
Sebanyak 39 kategori anugerah disampaikan kepada individu dan tokoh wanita yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah korporat, seni, fesyen, bisnes dan sukan yang mencetus revolusi Malaysia sepanjang tahun 2024.
Nona Superwoman Award 2024 dibawakan khas oleh Bartech Beautee dan penaja bersama, Furniture and Choice Malaysia.
Bertemakan ‘Diamonds Are Forever’, malam kemuncak Nona Superwoman Award 2024 berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya. Lebih Istimewa, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan berangkat ke majlis pengiktirafan yang penuh gilang-gemilang ini.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Mantan Ahli Dewan Negara iaitu YB Datuk Seri Dr Zurainah Musa.
Menariknya, Nona Superwoman Award 2024 menyaksikan tiga tokoh wanita berjaya dipilih mengungguli anugerah utama Nona Superwoman Award iaitu Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan Hajah Faiza Bawumi.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Syamil Fahim berkata, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu.
Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
Sementara itu, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Kiffy Razak berkata, “Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Nona Superwoman Award – Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan Hajah Faiza Bawumi.
Nona Royal Award – YM Datin Paduka Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.
Nona Professional Award – Prof Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim
Nona Fashion & Beauty Award – Fasha Sandha
Nona Celebrity Award – Aina Abdul
Nona Legend Award – Uji Rashid
Nona Best Trusted Beauty & Whitening Brand Award – Nurul Adlinna Mohammad Bakri, Bartech Empire Sdn Bhd
Nona Corporate Award – Chryseis Tan
Nona Active Award – Natasha Roslan
Nona Motivator Award – Ustazah Asni Mansor
Nona Best Multipreneur Award – Ar Nalira Azmee, Ridz Alira Integrated Sdn Bhd
Nona Entrepreneur Award – Dato’ Seri Vida
Nona Best Event Organizer Award – Juliahayyu Mohamad, Time Reveal (M) Sdn Bhd
Nona Best Woman Entrepreneur Achievement Award – Sharifah Nori Bahar, PinkandBelle Sdn Bhd
Nona Best Edupreneur Award Future Education Fund Award – Raihana Rosdan, Aqesyra Eduqids Sdn Bhd
Nona Best Financial Coach Award – Azlin Mohd Said, AMS Empire
Nona Top Trusted OEM Factory Award – Mardiana Made, DS Rich Manufacturing
Nona Best Kitchenware Business Award – Anis Mastura Azmin, A&A World Premium Cookware
Nona Celebrity Business Award – Hanis Zalikha
Nona Legacy Award – Allahyarhamah Datuk Wira Dr Maznah Hamid
Nona Best Young Entrepreneur Award – Tiara Suraya A Rahman Scott, Venus Rose Ventures
Nona F&B Business Award – Aliza Ali
Nona Influencer Award – Nur Nabilah Zulyadaini
Nona Best Business Development SME Award – Nurul Adlinna Mohammad Bakri, Bartech Empire Sdn Bhd
Nona Best Kurung Fashion Brand Award – Noraini Hanipah
Nona Best Beauty Lens Award – Fatin Amirah Zaabar, Temyracle Sdn Bhd
Nona Best Perfume Entrepreneur Award – Nur Afiqah Amran, Perfume Paradise
Nona Best Aesthetic Award – Dr Wan Hidayu Wan Ahmad, Klinik Nur Raisha
Nona Best Halal Skincare Award – Nurulain Syahirah Mat Hasmuni, Twin Rich (M) Sdn Bhd
Nona Business Strategist Award – Cikgu Samm
Nona Best Young Edupreneur Award – Nurul Ainaa Zulkifli, CMI Smart Little Sdn Bhd
Nona Best Halal Slimming Supplement Award – Nur Jauhatul Dinnie Mohamaed Johari, DNS Beauty Solution Sdn Bhd
Nona Best Entrepreneur Beauty Award – Eda Afinie Dato’ Mohd Fauzi, Jardyn Empire Sdn Bhd
Nona Best Beauty Supplement Award – Noor Faqirah Abdullah, Qayra Beauty
Nona Best in Health & Beauty Manufacturing Award – Sitti Fatimah Janna, SFJ Beauty Sdn Bhd
Nona Best Skincare Award – Dr Nurhidayah Roslan, DASC International Sdn Bhd
Nona Best Fragrance Brand Award – Athira Mohamed Shahid, Beauboss Perfume
Nona Inspired Muslimah Salon Award – Shasha Masrey, Nieza Salon
Nona Best Effective & Scientifically Researched Skincare Award – Wahida Ismail, Glowing Beauty
Nona Media Award – Priya Dharshini Prabakaran
Malam penuh gemilang ini dikemudikan oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerusi program Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini telah distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.