Alhamdulillah dan tahniah buat Ezlynn yang bertemu jodoh dengan Wan Hafizam serta telah selamat bernikah dua minggu lepas. Permulaan perhubungan hanya atas dasar kawan akhirnya melahirkan bibit cinta dan tautan jodoh hingga ke jenjang pelamin.
“Awalnya kami berdua kawan saja, tiada perancangan untuk kahwin pun. Tapi sudah jodoh kami untuk bersama,” kata penyanyi Ezlynn Ariffin, 39, yang mengesahkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, pernikahan mereka berlangsung dua minggu lalu tanpa diadakan sebarang majlis.
“Dia hubungi ibu bapa saya meluahkan hasratnya. Keluarga saya setuju dan ayah jadi wali, manakala abang jadi saksi. Prosesnya amat mudah. Pernikahan kami dibuat dari rumah secara dalam talian. Lagipun kami tak pernah merancang untuk kahwin dan semuanya kerja Allah,” katanya.
Terlibat Aktivit Amal NGO
Menurut Ezlynn, detik perkenalan mereka bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.
“Kami kenal-kenal begitu sahaja dan dia ada tolong saya dalam beberapa kerja yang dilakukan. Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang kuat agama dan tak berkira serta banyak bantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia dan lebih kepada akhirat.
“Itu yang buat saya tertarik kerana saya pun dah tak cari dunia dan lebih kepada akhirat. Saya nak cari orang yang begitulah. Keluarganya pun sangat okey,” katanya.
Ads
Enggan Ulas Status Suami
Ezlynn berkata, dia menghormati kehendak keluarganya dan apabila mereka melarang mengadakan majlis secara besar-besaran.
“Saya nak jaga keluarga dan bukan orang luar. Saya nak jaga Allah dan bukan semua orang. Saya tenang jalani kehidupan tanpa perlu letak gambar kami di media sosial. Saya hormati semua orang. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan kerana bimbang mengundang penyakit ‘ain’ jika ada yang melihatnya sehingga menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.
“Saya tak nak ulas status suami kerana yang penting saya sudah selamat bergelar isterinya. Kalau orang nak salahkan fasal poligami, ibaratnya mengata Rasulullah SAW kerana dalam Islam dibolehkan,” katanya yang memohon masyarakat mendoakan kebahagiaan mereka.
Ezlynn sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011 sebelum bercerai pada 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.
Sebelum itu, menurut pendakwah Ustaz Kazim Elias, “Jumpa abu ada gambar dibakar.” Kemudian kakinya mula membengkak dan kini pendakwah ini sukar berjalan kerana kakinya terasa sakit.
Dipercayai, pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat ekoran terkena buatan orang.
Jumpa Abu Ada Gambar DiBakar
Pihaknnya memaklumkan perkara ini menerusi perkongsian sebuah video live di laman Facebook milik beliau semalam termasuk menunjukkan gambar kotak berisi objek yang ditemui di pusat pengajiannya.
Menerusi paparan itu, beliau mendedahkan punca sebenar kaki dan betis kirinya membengkak sehingga menyukarkannya untuk berjalan.
“Ini dijumpai di tempat laluan tempat saya mengajar di al-Barakah (Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi). Laluan itu untuk saya sahaja. Kita jumpa abu dan dalam abu itu ada gambar saya yang dibakar.
Kemudian Kaki Membengkak
“Saya tunjukkan sebagai satu pengajaran. Selepas kejadian ini kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul, rupanya bukan.
“Kaki kiri saya membengkak dan nak sentuh, jalan pun tak boleh. Ini kadang-kadang kita pun tak tau apa benda. Cuma kita pandang baik pada Allah SWT, Allah bagi ini nak naikkan darjat, nak hapuskan dosa kita. Insyallah, Allah maha mengetahui,” dedah beliau.
Ustaz Kazim Kini Sukar Berjalan
Tambah Ustaz Kazim, bagaimanapun beliau masih bertahan dengan kesakitan itu dan berharap tidak dimasukkan ke hospital.
“Sejak dua minggu kita buat rawatan Islam, pelbagai ubat dah kita guna dan alhamdulilah keadaannya banyak berubah cuma masih sakit,” ujarnya.
Tidak Menghalang Untuk Mengajar
Di samping itu, jelas Ustaz Kazim, kesukaran yang ditanggung juga tidak menghalang beliau untuk terus mengajar kerana itu merupakan tugas yang paling disukai beliau.
“Macamana pun saya tetap nak mengajar. Ubat saya adalah melakukan apa yang saya suka. Yang saya suka adalah mengajar orang,” ujarnya.
Sejak dua minggu lalu beliau tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan, malah pada minggu lalu beliau terpaksa menggunakan kerusi roda.
Sakit kaki itu juga menyebabkan beliau terpaksa bersolat menggunakan kerusi roda.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan dirinya.
Selebriti dan usahawan terkenal, Wak Doyok pula begitu mulia hatinya apabila memberi sushi percuma kepada warga pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Wak Doyok menerusi laman sosialnya, difahamkan lebih 20,000 biji sushi telah disumbangkan.
Begitu pemurah hati selebriti ini dan semoga kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan limpahan rahmat buatnya dari Maha Esa.
“Alhamdulillah syukur team SUSHIWAK dapat berkongsi rezeki dengan pejuang COVID-19 di MAEPS Serdang.
“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, ejen SUSHIWAK yang telah bertungkus lumus menyiapkan SUSHIWAK sebanyak 20,000 biji.
“Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal. #SushiwakCare,” tulis Wak Doyok.
Hajat Direalisasikan
Pelakon dan ikon fesyen ini juga meluahkan rasa bersyukur selepas berkesempatan untuk berkongsi rezeki bersama pesakit serta para petugas kesihatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di MAEPS.
Malah figura hebat ini juga turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat kuarantin tersebut kerana telah merialisasikan hajatnya itu.
“Tidak lupa juga pihak pengurusan dan semua petugas di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 kerana telah memberi peluang dan kerjasama untuk team SUSHIWAK beramal,” ungkapnya lagi.
Setiap agama pastinya ada amalan dan kepercayaan yang tersendiri. Begitu juga dalam kelahiran anak kembar. Sepasang adik-beradik kembar berumur 5 tahun dikahwinkan di Thailand kerana ibu bapa mereka yang beragama Buddha, percaya kedua-duanya adalah jodoh dalam kehidupan lampau, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Washirawit Bee Moosika dikahwinkan dengan adik kembar perempuannya, Rinrada Breem di kediaman mereka di bandar Nakhon Si Thammarat, Khamis lalu.
Kekasih Kehidupan Lampau
Bapa pasangan itu, Weerasak,31 dan isterinya, Rawadee, 30, merupakan berpegang kepada kepercayaan bahawa semua pasangan kembar yang dilahirkan di dunia merupakan pasangan kekasih daripada kehidupan lampau yang terpisah dan tidak sempat berkahwin.
Rawadee percaya perkahwinan anak kembarnya itu dapat mengusir nasib malang atau ‘karma’ daripada kehidupan mereka.
“Saya bersyukur dikurniakan anak kembar namun saya bimbang ada ‘sesuatu’ daripada kehidupan lampau yang akan mengekori mereka.
“Kami percaya pasangan kembar ini perlu berkahwin untuk membuang nasib buruk itu,” ujarnya seperti dilapor akhbar Daily Mail.
Elak Anak Jatuh Sakit
Majlis perkahwinan itu mengikut upacara perkahwinan tradisional Thailand dan dipenuhi dengan perarakan dan tarian.
Menurut Weerasak pula, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengahwinkan anak kembarnya itu mengikut kepercayaan agama dianutinya.
“Kami percaya, jika anak-anak saya tidak dikahwinkan, salah seorang daripada mereka akan jatuh sakit,” katanya.
Majlis perkahwinan pasangan kembar berusia 5 tahun di Thailand, baru-baru ini. – Viral Press
‘Kahwin’ Tujuan Adat Sahaja
Perkahwinan pasangan kembar itu bagaimanapun bukan bermakna mereka akan menjalani kehidupan sebagai suami isteri normal tetapi diadakan bagi tujuan adat sahaja.
Jelas Weerasak, ia dibuat bagi memastikan keselamatan kedua-dua anak kembarnya itu.
“Kami tak mahu mereka jatuh sakit. Lagi pun, kami tidak rugi apa-apa pun jika mengikut adat ini,” jelasnya.
MW: Tak sangka iya ada kepercayaan begini, bahawa kembar merupakan pasangan kekasih dan jodoh dari kehidupan lampau.Apa-apa pun hormati sahaja setiap kepercayaan dan amaln adat berbeza agama lain iya.
Circle yang betul bukan sekadar rakan biasa. Mereka akan sentiasa ada untuk menyokong dan berperanan besar dalam kejayaan kita.
Circle yang betul juga percaya dengan...