Kredit Foto : Canva

Tidak dinafikan, kadang-kadang mak, ayah buat baik pun orang kata, jangan ambil pusing sangat dan fokus saja pada hal lain.

Banyak lagi hal baik dan nikmat Allah yang patut mak, ayah hargai daripada memikirkan orang-orang toksik sebegini.

Walaupun sukar, tetapi itulah jalan terbaik dan kunci ketenangan. Kongsi Puan Siti Suryani Yaakop, kalau kita sudah tahu orang tak suka dengan kita atau mengata kita di belakang, kita memang cuma ada dua pilihan.

Hanya Ada Dua Pilihan :

1. Berlalu terus dan lupakan dia. Jangan ambil tahu dan tanya apa-apa.

2. Pura-pura tak tahu apa yang kita sudah tahu dan buat macam biasa.

Tapi dua-dua hendak kena guna skill sabar paling masterji. Sebab kalau tak sabar mudah sangat nak jadi gaduh dan berpanjang-panjang cerita.

Buat Baik Pun Orang Kata

Hendak buat yang pertama pun susah. Tapi kalau sudah pilih begini, teruslah minta maaf dan move on. Minta maaf bukan untuk dia. Tapi untuk menyenangkan diri kita sendiri. Sebab Tuhan suruh kita jadi orang yang jaga hati dari menjadi rosak.

Kalau nak pilih yang kedua pun kena lebih hebat lagi. Sebab pura-pura buat tak tahu walau memang kita tahu apa yang jadi di belakang kita, boleh buat hati kita meremut-remut menahan rasa.

Baca Juga Di Sini :

Mak-Mak Yang Ada Anak Ramai, Usah Terasa Hati & Pedulikan Sangat Kata-Kata Orang, Hadam Nota Ini

Bila Orang Puji Anak Kita, Bersyukurlah, Bukan Rendahkan Dirinya, Kata Mak Itu DOA

IKLAN

Matanglah SIKIT Bila Bergelar MAK Orang, Jaga Kata Kerana Anak KECIL Mudah Tersinggung

Jangan Ambil Pusing Sangat

Dua-dua pun pilihan yang susah. Tapi bila kita mampu buat antara satu dari keduanya, bermakna kita dah bergerak setapak lebih tinggi.
Kita bukan sedang menjaga sesiapa melainkan menjaga reputasi kita sendiri.

Hidup ini biasa saja, kadang-kadang tak buat apa pun orang tak suka. Buat baik pun orang kata. Tak usik apa pun orang bercerita. Biasa.

Fokus Pada Hal Lain

Jangan ambil pusing sangat sedangkan ada banyak lagi benda baik-baik Allah bagi. Ada ramai lagi orang baik-baik yang mengelilingi. Ada bermacam lagi hal elok-elok untuk dipelajari. Ada lebih besar lagi nikmat hidup untuk disyukuri.

Fokus pada hal yang baik.
Sebab kita nak jadi orang baik.

Siti Suryani Yaakop
#kaknis

Mingguan Wanita : Memang bukan sesuatu yang mudah untuk melupakan apa yang katakan tentang mak, ayah. Tapi apa guna kita bebankan hati dan perasaan hanya disebabkan orang sebegitu. Cuba lupakan dan pilihlah sama ada satu atau dua mengikut keselesaan mak ayah.

IKLAN

Sumber : Siti Suryani Yaakop

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

IKLAN

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita