Elak Masak Guna Minyak Zaitun, Periuk Kuali ‘Le Creuset’ Boleh Rosak!

Share

Rupanya masak menggunakan minyak zaitun tak sesuai digunakan untuk periuk mahupun kuali jenama ‘Le Crueset’. Ia boleh merosakan perkakasan tersebut.

Sebuah syarikat peralatan memasak popular, Le Creuset menasihatkan pelanggannya agar tidak memasak dengan menggunakan minyak zaitun kerana titik asap yang rendah boleh merosakkan kuali keluaran syarikat tersebut.

Le Creuset mengeluarkan kenyataan demikian setelah menerima banyak aduan pengguna mengenai bahagian bawah periuk dan kuali menjadi rosak apabila digunakan.

Artikel Menarik:

Sanggup Guna KUALI HITAM, Kononnya Legend. Sebenarnya Ia Bahayakan Kesihatan

Minyak Zaitun Mempunyai Titik Asap Rendah

Lapor Daily Mail, jenama Perancis itu menulis surat kepada pelanggannya dengan memaklumkan bahawa pilihan minyak masak digunakan mungkin menjadi punca masalah itu berlaku.

Menurut laporan, minyak zaitun mempunyai titik asap rendah bermakna ia boleh membakar lebih cepat dan menyebabkan makanan rasa pahit berbanding penggunaan minyak lain seperti bunga matahari, avakado, kanola, kelapa, jagung dan bijan.

Mesti Baca:Kegunaan Minyak Zaitun Berbeza, Bukan Semua Boleh Digunakan Untuk Memasak!

Elak Guna Minyak Zaitun

Seorang pelanggan memberitahu syarikat itu menasihatkan untuk mengelak daripada menggunakan minyak zaitun.

“Mereka mengesyorkan penggunaan minyak yang mempunyai tahap pembakaran lebih tinggi seperti minyak kelapa dan bunga matahari.

“Minyak zaitun boleh membentuk lapisan keperangan pada kuali (minyak terbakar) dengan mewujudkan sekatan antara makanan dan kuali.

“Syarikat itu juga meminta kami sapu minyak masak di sekeliling kuali dan biarkan sementara ia tidak digunakan. Ia akan membantu mengekalkan kualitinya,” katanya.

Fuhhh, bila tengok harga periuk Le Creuset dekat sini boleh tahan juga harganya.

Semoga bermanfaat!

Baca Lagi Di Sini: Rupanya Kuali Baru Beli Kena BAKAR Dulu, Elak Berkarat Masakan Tak Melekat!

Lagi Di Sini:Benarkah Mak-mak Terdedah Bahaya Guna Periuk, Kuali Non Stick Ini

Mingguan Wanita:Jadi buat mak-mak yang ada periuk, kuali jenama Le Creuset ini, seeloknya elakkanlah memasak guna minyak zaitun. Sayang beli mahal-mahal, tapi rosak pula nanti.

Sumber: Utusan, Daily Mail

Macam ni nak hitamkan rambut beruban.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Nak dekat raya ni, pilih lah kasut yang betul. Carilah yang selesa, namun tetap boleh bergaya tak sakit kaki.

IKLAN