Nak dapatkan kehidupan yang sukses dunia dan akhirat, ada perkara-perkara penting yang perlu dijaga. Paling utama tentulah solat awal 5 waktu, seterusnya amalan solat sunat baik dhuha mahupun tahajjud.
Salah satu solat sunat yang paling nikmat tapi paling liat nak buat adalah solat sepertiga malam iaitu solat tahajjud. Dan inilah yang dikongsikan oleh Leya Sari Nazri tentang dirinya yang pernah berdepan dengan situasi sukar bangun bertahajjud.
“Saya selalu motivasi diri sendiri. Bangun pukul 3 ke 4 pagi. Saya berjaya keluar dari selimut awal dari orang lain. Kira powerlah bangun beratus minit awal dari orang lain.”
“Dulukan saya selalu pelik, macam mana orang boleh bangun pukul 3 ke 4 pagi dan boleh buat solat sunat. So dalam nak ubah hidup, saya paksa diri. Alhamdulillah, kalau cuti pun tetap bangun, tetap 3/4 malam. Sebab dah biasa.”
“Walhal dulu punya liat bangun. Kunci jam tiap 5 minit. Kunci je lebih. Bangunnya tidak. Tak tipu memang susah masa awal nak mula. Tahu sebab apa?”
Kata Ustaz Ini Punca Liat Nak Bangun Solat Malam
Ustaz saya pernah cakap, beratnya orang bangun solat malam dan solat sunat kerana DOSA DOSANYA. Maka kita kena muhasabah. Seorang ustaz lagi pernah cakap, kasihan orang yang tak boleh bangun Tahajjud, sebab Allah tak pilih dia untuk berborak dengan Allah.
“Dulu saya tepat jam 9.30 dah landing atas katil. Jam 10 dah sampai Republic Chezh. Tapi sekarang paling lewat tidur pukul 11 ke atas.”
Saya Amal 4 Cara Nak Bagi Rasai Nikmat Bertahajjud
Ade few cara kalau nak boleh buat.
1. AZAM nak bangun tahajjud, InsyaAllah akan terjaga. Lock dalam kepala nak bangun pukul berapa.
2. Baca Ayat Kursi 3 kali sebelum tidur hembus kat tapak tangan sampai habis nafas and sapu kat muka, kepala, badan sampai hujung kaki, pastu niat nak bangun Tahajjud (ni Ustaz ajar) – ni juga cara untuk melindungi kita dari kena tempias SIHIR.
3. Tidur seawalnya, selepas Isyak.
4. Doa lepas solat minta Allah kejut kita untuk solat tahajjud (takut wei kalau Allah tak nak borak dengan kita)
Ok tu je lah, ni saya taip pun dah berapa kali terlelap. Baik habiskan ayat dulu. Ok saya nak lek lek dulu.
Sumber/Foto : Leya Sari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Classic Butter Cake’, Kek Mak-Mak Paling Senang Nak Buat, Guna 4 Bahan & Dijamin Gebu!
‘Classic Butter Cake’ atau Kek Mentega Klasik memang selalunya dikaitkan dengan kek kegemaran yang mak-mak selalu buat dirumah. Kek mentega ini selalu dihidangkan waktu minum petang untuk anak-anak, mahupun diberikan pada saudara mara jika ada buat kenduri. Mungkin kerana bahan-bahannya yang tak banyak, cara nak buat pun senang je membuatkan kek ini selalu menjadi pilihan.
Mengikut perkongsian resipi oleh Puan Nurul Aini Mohamed Ali, Kek Mentega yang beliau buat cuma menggunakan 4 bahan utama je.Tapi hasilnya, tekstur kek tersebut jadi sungguh gebu dan sedap! Mak-mak yang baru-baru belajar nak buat kek pun boleh cuba resepi ini. Mesti puas hati bila kek menjadi nanti!
Berikut antara perkongsian beliau;
“Classic Butter Cake (kek mak-mak). Sambil minum kopi o dalam hujan dipetang hari oh nikmatnya!”
Resepi simple kek mak-mak dijamin gebu.
Bahan-Bahan:
1 cawan butter atau margerin
1 cawan gula halus
4 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sk esen vanila
Cara Membuat!
1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bakar suhu 180’c selama 40minit (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).
Selamat Mencuba!
Sumber:Nurul Aini Mohamed Ali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kerana Sebuah Rumah’, Anak Perempuan Terima ‘Hukuman’ Diperintah Beri Nafkah Mak Ayah Sepanjang Hayat
Kerana sebuah rumah dan tanah, tergamak seorang anak menghalau keluar orang tuanya dari rumah yang didiami mereka. Bila ada perasaan tamak, sanggup buat apa saja walaupun itu adalah mak ayah kandung.
Anaknya bukanlah calang-calang orang, berpendidikan tinggi dan sanggup buat pada orang tuanya. Sudahlah dapat rumah dan tanah, sampai hati pula halau mak ayah kandung.
Namun, kebijaksaan mak ayahnya telah membawakan keadaan diri mereka ke pengadilan untuk mendapatkan kembali hak mereka.
Kisah benar yang berlaku di Malaysia juga dan semoga ia menjadi pengajaran buat anak-anak di luar sana. Hargailah mak ayah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Mak Pesan Bila Meninggal, Bahagikan Harta Pada Adik,” TIDAK SAH, Tetap Ikut Faraid
Suami Meninggal Tanpa Pewaris, Isteri Boleh Tuntut Harta Walaupun Semuanya Anak Perempuan
Info Lebih Menarik DI SINI
Kerana Sebuah Rumah, Hormati & Sayangilah Mak Ayah
SEREMBAN:
Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.
Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di *Kampung Jiboi Baru, Ampangan.*
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.
“Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.
“Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.
Perintah ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.
Failkan Enam Tuntutan
Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan , memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan
tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.
Pengajaran
1. Pentingnya ibu bapa *mendidik anak-anak dengan Islam* sehingga lahir kasih sayang kerana Allah dan perasaan tanggungjawab di antara mereka.
2. Penting ibu bapa *memadankan anak-anak mereka dengan pasangan-pasangan yang beragama* yang turut menghormati mertua di samping menghormati ibu bapa mereka sendiri.
3. Setiap dosa di dalam Islam boleh dianggap jenayah oleh Mahkamah Syariah. *Ini termasuk menghalau ibu bapa keluar dari tempat kediaman mereka tanpa pembelaan.*
4. Dokumen dan penama pemilikan rumah, tanah atau apa sahaja hartanah adalah suatu yang penting disimpan. *Jangan mudah menukar nama pemilikan tanpa sebarang jaminan ketaqwaan dan hitam putih.*
5. Sebarang permasalahan keluarga yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri *boleh dirujuk ke Mahkamah Syariah.*
6. Penting seseorang *mengatur kehidupan mereka termasuk mengatur budget perbelanjaan bulanan.* Jika gagal mengaturnya dengan baik, gaji ribuan ringgit sebulan pun tidak akan mencukupi bukan sahaja untuk memberi sumbangan kepada ibu bapa yang telah tua, tetapi juga untuk diri dan keluarga sendiri.
7. Kejayaan dalam pelajaran adalah satu perkara. *Namun kejayaan dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat adalah suatu perkara yang lain pula.*
8. Mendapat gaji adalah suatu perkara. *Namun mendapat wang yang berkat adalah suatu perkara yang lain.* Rezeki yang diberkati Allah melahirkan taqwa kepada insan, puas (qanaah) dengan apa yang ada di samping memberi dorongan kepada seseorang untuk terus menambah usaha demi berbakti kepada umat dan Agama.
9. *Pasangan yang baik di dalam perkahwinan ialah pasangan yang sering mengingatkan kita akan tanggungjawab kita terhadap keluarga* dan selebihnya sanak saudara.
Sebaik-baik perhiasan di dunia ialah Isteri yang Solehah. Sebaik-baik peninggalan di dunia ialah Anak Yang Soleh. Lihatlah, kesemuanya ialah harta insan atau manusia, bukan banglo yang tersergam, kereta mewah yang meluncur dan wang ringgit yang melimpah ruah.
Allah swt Maha Penerima Taubah (At-Tawwab). Setiap anak Adam melakukan kesalahan.
Sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang bertaubat, tidak kembali kepada perbuatan salahnya, membaiki dan mempertingkatkan dirinya menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Semoga kita dan anak-anak kita dapat manfaat dari kisah tauladan ni.
Mingguan Wanita : Sampai hati anak sanggup buat begitu pada mak ayah. Moga kita semua menjadi anak-anak yang soleh solehan…aamiin.
Sumber: Sis Kia
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Abiy, Nanti Kita Bermain Di Syurga”, Bapa Kongsi Trauma Temui Anak Kebiruan Dalam Kolam Renang
Maafkan Abiy, nanti kita bermain di syurga”, bapa kongsi trauma temui anak kebiruan dalam kolam renang. Setiap perjalanan hidup manusia, perjalanan takdirnya telah tertulis. Sekuat mana pun menolaknya, semuanya sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi.
Sebagai ibu bapa, kita pasti gembira dan tidak sabar-sabar menanti setiap perkembangan anak. Bermula dari kelahirannya, pembesarannya, saat dirinya merangkak hinggalah dapat kaki berjalan, semua itu pasti terakam indah dalam memori ibu bapa.
Maafkan Abiy, Nanti Kita Bermain Di Syurga
Namun manusia itu hanya mampu redha dengan ujian Allah. Berkongsi pengalaman yang teramat pahit ditelan, setelah dua bulan berlalu kejadian yang merobek hatinya, seorang bapa baru mempunyai kekuatan untuk berkongsi kisah buah hatinya, Nur Raisya yang ditemui kebiruan dalam kolam renang ketika percutian keluarga di sebuah homestay.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tragis Budak Perempuan 3 Tahun Ditemui Mati Lemas Di Dalam Mesin Basuh!
‘Sekelip Mata Anak Hampir Lemas Dalam Baldi’, Terdetik Buat CPR Sebelum Ke Hospital
Pergi Ke Sungai Untuk Mandi, Dua Beradik Lemas Ketika Mahu Selamatkan Ibu
Dikongsi di akaun Tik Toknya, @mohd iskandar96, memaklumkan sejak kejadian 27 November 2022, jiwanya kosong sementelah masanya dan isteri banyak dihabiskan di hospital menjaga anaknya yang terlantar tanpa mampu memberikan sebarang respon.
@encikiskandar96 Selepas 2 bulan lebih dari hari kejadian baru ada kekuatan untuk luahkan perasaan. Pada 27/11/2022 iaitu hari paling mimpi ngeri depan mata sy adik raisya terapung dlm kolam kt Homestay private pool area Gong Badak K.Teganu. Rumah tu besar ugk la mcm Banglo Style Villa gitu ada 4 bilik,bilik jauh2. Asal nya raisya ada ja sbelah ambo tgh isap susu botol. Lps pd tu dia pegi main sorang2 kacau bilik tu bilik ni. 15 minit kemudian umh tu sunyi. Raso xsedap hati sy cari laa raisya. Semua bilik xdok,last skali tgok dapur napok pintu dapur terbuka sikit,yela bkn nk tuduh sapo2 yg bukak pintu tu,cuma nk jadikan cerita Allah aturkan. Kemudian tu sy berjalan laju pegi ruang tamu bukak pintu utama tgok2 Raisya dah terapung dlm kolam. Sy terus lompat angkat raisya tgok muka abis biru(wktu ni sy nk pengsan x sangka anak sndiri dlm kolam). Homestay tu kawasan dia byk pokok2 dan hutan tebal blakang umh bagi sy tempat tu keras sikit. Sy xnak sebut homestay nama apa dan kmpung apa. X salah kn owner pn. Salah diri sendiri. Mungkin ni dlm cerita kami Allah aturkan kehidupan kami. Saya Redha Maafkan abiy adik. Nnti kita bermain di syurga nanti😔 #AnaksyurgaAbiy ♬ Rapuh_ – Zali
“Selepas 2 bulan lebih dari hari kejadian baru ada kekuatan untuk luahkan perasaan. Pada 27/11/2022 iaitu hari paling mimpi ngeri depan mata saya anak ditemui terapung dalam kolam kat Homestay private pool area Gong Badak, KualaTerengganu.
Jelasnya, rumah yang mereka sewa untuk bersama keluarga, agak besar seperti sebuah banglo style villa. Mempunyai empat bilik yang mana setiap satu biliknya agak jauh-jauh.
“Asalnya anak (Raisya” ada saja di sebelahnya tengah hisap botol susu. Namun tidak lama, anak saya pergi bermain seorang dari satu bilik ke bilik lain.
“Berselang lima belas minit kemudian, rumah itu terasa sunyi. Rasa tidak sedap hatinya, membuatkan dirinya pergi mencari anak kecilnya itu.
Bapa Kongsi Trauma Temui Anak Kebiruan Dalam Kolam Renang
“Kesemua bilik yang saya pergi, anak tiada cuma ketika itu saya perasan pintu dapur terbuka sedikit. Ya la, bukan nak tuduh sesiapa yang bukakan pintu itu, Cuma hendak dijadikan cerita yang Allah sudah mengaturnya,” katanya sambil menambah, saat menyedari pintu ke arah dapur terbuka sedikit, dirinya kemudian berjalan laju menuju ke ruang tamu sebelum ternampak anaknya sudah terapung di dalam kolam renang.
“Saya nampak Raisya sudah terapung di dalam kolam renang. Saya terus lompat dan saat diangkat, muka Raisya sudah biru (waktu itu saya hendak pengsan dan tak sangka anak sendiri dalam kolam).
Tidak mahu menuding jari atau mengatakan tempat itu mempunyai “penghuni tidak nampak” namun sebagai bapa, dirinya mengakui homestay disewanya itu di sekitar kawasannya terdapat banyak pokok-pokok selain hutan tebal di belakang rumah.
“Bagi saya tempat itu keras sedikit. Saya tak nak sebut homestay nama apa dan kampung apa. Tak salahkan owner pun. Salah diri sendiri.
“Mungkin ini cerita kami yang Allah sudah aturkan dalam kehidupan kami. Saya redha. Maafkan Abiy adik. Nanti kita bermain di syurga nanti #AnaksyurgaAbiy.
Saat memandang wajah anak comelnya itu, Mohd Iskandar akui dia terlalu rindu akan keletah anaknya bahkan mainan anaknya itu. Namun dia harus redha dengan takdir di mana di seluruh tubuh anaknya kini dipenuhi wayar berselirat.
Moga ada keajaiban buat anak kecil ini. Mampu membuka mata, mampu menyebut ummi dan Abiy. Ya Allah, angkat segala kesakitan adik Raisya dan gantikan dengan kesembuhannya. Aamiin.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI