Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella. Menerima tawaran dari beberapa sekolah berasrama penuh seperti Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Permata Pintar Negara (KPPN) hasil kecemerlangan akademik Bella, angkasawan negara Dr Sheikh Muszaphar akhirnya mengumumkan di Instagram mereka sekeluarga memilih Kolej Permata Pintar bagi anak sulungnya itu meneruskan pendidikan di peringkat menengah.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dirinya dan keluarga sudah membuat pelbagai perbincangan termasuk melakukan solat istikharah, akhirnya sepakat memilih pusat berprestij tersebut untuk anak sulungnya, Sophea Isabella, 13.
Dr Sheikh Muszaphar Pilih Kolej Permata Pintar Buat Bella
Menulis di instagram rasminya, kata angkasawan negara ini, walau menerima beberapa tawaran sekolah berprestij lain, namun ada pelbagai faktor diambil kira oleh dirinya dan isteri, Dr Halina Mohd Yunos sebelum membuat pilihan ini.
Apa yang menjadikan sebuah sekolah yang hebat? Guru-guru, kemudahan, persekitaran, kepimpinan, pendidikan berpusatkan pelajar, jangkaan tinggi, program yang ditawarkan, rangkaian alumni yang teguh dan sebagainya.
“Banyak sekolah hebat di luar sana dan setiap sekolah ada kelebihan tersendiri. Kecemelangan, prestasi dan sejarah yang terbukti.
Ads
“Hasil Berbincang, Berfikir Panjang & Solat Istikharah
“Selepas berfikir dan berbincang serta solat istikharah, kami memilih Genius Permata Pintar (Kolej Permata Pintar), kongsinya.
Tambahnya, hal ini didorong oleh persekitaran yang bakal menggilap bakat dan kemampuan anaknya.
Ads
“Sekolah KPPN yang mencabar minda Bella, bercampur dengan rakan sebaya yang cemerlang membuatnya mampu menunjukkan potensi sebenar.
Jelasnya lagi, memilih sekolah yang betul penting tetapi pada akhirnya ia bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kami berharap ia adalah pilihan yang tepat untuk Bella, kata bapa kepada tujuh anak ini.
Kata-kata meruntun jiwa itu disuarakan Attar Azim Syukran Jamil, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas mengorbankan empat ahli keluarganya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu – Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lalu.
Menurut Ibu saudara kanak-kanak tersebut, Umi Salwa Ab Hamid, 40, berkata, perasaan sebak itu diluahkan murid Tahun Tiga tersebut sebaik dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa dan dua adiknya.
Menurutnya, pada mulanya Attar Azim yang cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra tidak percaya dan hanya menganggap kematian ahli keluarganya sebagai gurauan.
“Sehinggalah pagi tadi, pak longnya beritahu sekali lagi. Kenyataan itu membuatnya terdiam, dia hanya memandang ke atas seolah sedang menahan sebak.
“Apabila dia menyebut ‘semua dah tak ada’, itu membuatkan kami bertambah pilu dan sedih,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Felda Trolak Utara dekat Sungkai di sini pada Ahad, memetik sumber Sinar Harian.
Dalam kejadian jam 1.40 petang itu, Syukran Jamil Ab Hamid dan isteri, Noor Aishah Razali masing-masing berusia 35 tahun bersama bayi mereka, Lufya Adeena berusia setahun maut di lokasi kejadian.
Seorang lagi anak pasangan itu, Ahya Rafiqi, 6, pula disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluan dari arah bertentangan.
Umi Salwa berkata, keadaan kesihatan Attar Azim menunjukkan perkembangan positif dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Katanya, keadaan itu memberi kesempatan kepada anak yatim piatu itu mengiringi jenazah ahli keluarganya untuk dikebumikan di sini hari ini.
“Proses mandi dan kafan jenazah diselesaikan di hospital. Insya-ALLAH kesemua jenazah akan tiba di sini (Sungkai) lewat petang ini untuk pengebumian,” katanya.
Dalam pada itu, Umi Salwa berkata, pemergian Syukran Jamil amat dirasai ahli keluarga terutama ibu bapa mereka apatah lagi anak kelapan daripada sembilan beradik itu seorang yang ceria dan suka bergurau.
Katanya, Allahyarham yang berkhidmat sebagai guru Kafa Ar Raudhah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam juga mempunyai hubungan rapat dengan anak saudara dan menjadi antara orang kuat dalam penganjuran hari keluarga.
“Kami adik-beradik memang rapat, setiap tahun ada sahaja acara supaya kami dapat berkumpul dan selalunya memang arwahlah paling teruja.
“Kali terakhir kami berjumpa pada Januari lepas sewaktu hari pertunangan anak saudara kami. Arwah dan keluarga nampak biasa sahaja dan ceria seperti selalu.
“Arwah ada sediakan hadiah kelahiran anak kepada adik bongsu kami lebih awal, seolah-olah macam tahu dia akan pergi,” katanya.
Jenazah empat beranak akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara di sini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ajal ketika jemput balik sekolah, perjalanan bapa berakhir tragedi depan mata anak. Pemergian yang cukup mulia di bulan Ramadan penuh baroqah. Perjalanan seorang bapa mengambil anak balik dari sekolah berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera setelah motosikal ditunggang digilis lori dalam kemalangan dekat Jalan Sungai Tua, Selayang di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan sebelum itu diterima pihaknya kira-kira jam 6.11 petang berkaitan kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah lori dipandu lelaki berumur 39 tahun datang dari arah Sungai Tua.
“Setibanya di lokasi kejadian pemandu lori berkenaan mendakwa mendengar bunyi kuat di bahagian belakang lori sebelum memberhentikan lorinya.
“Pemandu kemudian mendapati terdapat sebuah motosikal di bahagian bawah lorinya itu,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa berumur 39 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.Pembonceng dipercayai anak mangsa berumur lapan tahun itu pula mengalami kecederaan di kepala dan tangan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk dibedah siasat.
“Mangsa yang cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suami-suami yang sering membantu isteri membuat kerja-kerja rumah selalunya akan dilabel sebagai suami ‘takut bini.’ Topik ‘takut bini’ ini sering diperkatakan dan tak kurang juga jadi bahan usikan kawan-kawan, kononnya ‘beras kita beli’.
Bagi sesetengah pandangan lain pun, bila melihat suami membantu isteri membuat kerja rumah, ada yang merasa bangga dan beruntung. Bukan sebab takut bini tapi kerana ringan tulang membantu isteri membuat kerja-kerja rumah.
Buat suami, tak akan jatuh maruah atau orang akan gelar ‘takut bini’ kalau membantu membuat kerja-kerja rumah. Inilah yang dikatakan saling membantu dan berkongsi rasa tanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga.
Tidaklah suami hanya harapkan isteri semata-mata dalam mebuat kerja rumah. Sedangkan isteri pun turut sama membantu suami dalam meringankan beban suami.
Inilah antara perkongsian daripada Firdaus Mokhtar tentang apa yang dilalui dan pengalaman melihat sendiri ayahnya membantu ibunya membuat kerja rumah. Pengajaran yang boleh diserapkan apabila sudah berkahwin. Berkongsi rasa dan tanggungjawab.
Dulu masa kecil, saya selalu tertanya-tanya kenapa abah selalu buat kerja rumah. Antara yang selalu abah buat ialah basuh kain. Dia akan basuh semua kain baju dan sidai siap.
Walau pun basuh guna mesin basuh, tapi mesin basuh yang semi auto. Bukan macam kita sekarang, automatik penuh. Masukkan baju, letak sabun, mulakan mesin tahu-tahu sudah siap sahaja nanti.
Mesin semi auto ni kena bilas kainnya. Apabila sudah siap basuh, keluarkan air basuhan, bilas satu demi satu baju yang dibasuh, masukkan ke bahagian spin untuk dikeringkan. Begitulah selalu saya tengok abah buat.
Ada juga banyak waktu lain, saya tengok abah vakum rumah. Daripada bilik tidur utama, membawa pula ke bilik anak-anak, ke bilik tetamu juga, sudahnya di ruang tamu yang besar.
Basuh pinggan dan kemas dapur juga selalu abah buat. Cuma masak sahaja tak selalu, mungkin tak mahir ke situ. Tapi kerja rumah lain, banyak kali saya tengok abah buat.
Dan setiap kali abah buat, bukannya waktu ummi bekerja. Waktu yang sama ummi ada di rumah. Tapi ummi pastinya sedang buat kerja lainlah.
Abah sedang basuh kain baju, ummi memasak. Abah asyik vakum rumah, ummi sedang kemaskan almari baju kami adik-beradik lelaki ni. Entah macam mana berteraburnya.
Oh ya, abah dulu ada buat kolam ikan depan rumah. Itu semacam satu terapi buat dia. Tenang mungkin bila dengar bunyi air kolam dengan puluhan ikan koi yang berenang-renang itu bukan.
Jadi ada masa kena bersihkan kolam pula.
Kerja Rumah Bukan Hanya Tugas Isteri
Saya pelik dulu sebab selalu dengar tugas buat kerja rumah ini tugas mak-mak. Bukan kerja ayah ayah. Kalau ayah buat kerja macam-macam ni, sebab mak garang. Tapi saya diamkan sahaja.
Bila sudah besar ini barulah saya faham. Ya bila sudah berumah tangga ini. Rupanya bukanlah isu geng ayah takut geng mak.
Ingat, perkahwinan ini kuncinya ialah berkongsi. Berkongsi hati dan segalanya. Bila kita sudah menjadi suami isteri, semua benda kita kena kongsi antara suami dan isteri.
Kongsi perasaan, rasa, harta, duit, anak dan macam macam lagi. Antara yang utama, kongsi masa yang kita ada.
Berkongsi Rasa & Masa
Kawan-kawan, kita masing-masing cuma ada 24 sehari. Tak ada yang lebih. Jadi rumah tangga kita juga sama, cuma ada 24 jam sahaja.
Jadi 24 jam inilah yang kita kongsi. Dulu abah dan ummi sama-sama kerja. Abah kerja waktu tetap, ummi kerja kilang jadi ada shift kerja. Maka berdepan masa kerja dan waktu duduk rumah inilah mereka berbahagi tugas.
Kalau harapkan seorang sahaja buat kerja rumah, mesti tak terkejar. Bayangkan kalau isteri seorang buat kerja rumah semua, suami asyik keluar melepak jumpa kawan-kawan. Balik harap semua benda selesai, tak jadi juga.
Hidup suami isteri sudah tak boleh ada sikap ‘masa aku, aku yang susun. Masa kau, kau buat sendiri’. Sebab 24 jam itulah yang kita kongsi sama-sama.
Waktu di tempat kerja tak apalah kita nak letak masa kita sendiri, di rumah nanti kita kena letak masa itu kita dan pasangan kita yang punya. Tambahan pula masa dalam hari bekerja berapa jam sahaja kita ada di rumah dengan keluarga.
Tambah tolak waktu kerja dan tidur, mungkin tinggal 6-7 jam sahaja. Sedangkan tugasnya banyak. Nak kena masak, jaga anak, tengok anak belajar buat kerja sekolah, iron baju sekolah anak, waktu nak makan sama-sama, solat jemaah sama, tengok tv pula, anak kecil ajak main, baju nak kena basuh, mandi bersihkan diri, tidurkan anak-anak.
Banyak tak sebut lagi. Ini belum kita sebut kalau ada pasangan yang sedang demam. Sakit dan tak larat nak buat kerja.
Maka, berkongsilah masa yang ada. Kena ada timbang rasa dan tolak ansur. Kena susun mana keutamaan dalam masa-masa yang berbaki dalam sehari.
Kadang-kadang sebab tak dapat letak masa dengan betul, pasangan akan rasa kita tak ada dengan dia. Kita memang rasa ok sahaja, ada saja dekat rumah. Tapi waktu-waktu penting dan melelahkan si dia kita tak ada. Momen yang setengah jam itu dia akan rasakan semua kerja rumah dia buat. Sebab apa? Kerana kita tak selalu ada untuk uruskan sedikit hal penting bersama dengan pasangan kita.
Kesimpulannya dalam rumah tangga toleransi dan saling membantu antara satu sama lain menjadi kunci kebahagiaan rumah tangga.
Usah menambahkan kesedihan kepada ahli keluarga mangsa nahas konvoi RXZ, mereka sedang melalui ujian yang sangat berat. Tragedi ini telah meragut nyawa dan meninggalkan luka yang mendalam kepada banyak keluarga.