Doktor scan bayi cacat tanpa tempurung kepala, bahaya kencing manis ketika mengandung. Ketika kehamilan, ibu-ibu diminta menjaga pemakanan khususnya kepada yang sudah mempunyai penyakit kencing manis.

Ini kerana kencing manis yang tidak terkawal ketika mengandung boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Ini yang dikongsikan oleh pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Muhammad Izzat yang berkongsi di twitternya risiko bayi lahir tanpa tempurung kepaakibat kencing manis tak terkawal.

Doktor Scan Bayi Cacat Tanpa Tempurung Kepala

Doktor Scan Bayi Cacat Tanpa Tempurung Kepala, Bahaya Kencing Manis Ketika Mengandung
Dr Muhammad Izzat berkongsi nasihat ibu-ibu jangan meremehkan kencing manis ketika mengandung. Anak berisiko cacat

Ada sesetengah ibu-ibu meremehkan pengambilan vitamin yang dibekalkan kerana risau anak besar dan sebagainya tetapi ia sebenarnya membantu ibu-ibu untuk kekal sihat.

Baca catatannya :-

Puas digodek-godek mesin scan. Puas cari angle yang terbaik untuk measure kepala baby. Patutla Dr sebelum ni cakap dia susah nak measure saiz kepala baby. Baru saya mengerti kenapa Dr tersebut merujuk ibu mengandung ini untuk second opinion.

Apa yang saya nampak hanyalah frog-eye sign ( kalau dilihat kepala seekor katak dari atas, nampak mata saja terjojol keluar disebabkan tulang kepala tiada ). Ada orang panggil Mickey mouse sign. Sama lah tu. Lama saya tenung scan tu, nak betul-betul pasti.

Seakan-akan anencephaly (baby tiada tempurung kepala ). Panggil beberapa doktor yang lain untuk lihat bersama, untuk benar-benar pasti. Semuanya bersependapat. “Ibu ada kencing manis ke sebelum ni?”

IKLAN

“Kalau ikutkan masa tak mengandung tak ada kencing manis. Masa mengandung je baru ada kencing manis” “Lepas 6 minggu pantang ada check, minum air gula semula tengok ada kencing manis lagi ke tak?” “Oh yang tu saya tak pergi” Kurang pasti, ibu terlupa ataupun bagaimana.

“Ibu saya ada berita kurang baik nak bagitahu” “Lama saya scan ni nak confirmkan betul-betul apa yang saya nampak. Berat saya nak cakap perkara ini. Tapi ibu kena tahu. Baby ni tak normal. Tempurung kepalanya tak terbentuk. Harap ibu bersabar dan tenang”

Remuk berkecai hati ibu, air matanya mengalir “Ibu, saya tinggalkan dulu dengan husband. Kejap lagi dah okay sikit saya datang balik cerita lebih lanjut. Sabar ya ibu” Setelah ibu sudah bertenang, saya sambung semula perbualan.

“Kecacatan ni dinamakan anencephaly. Bayi dengan keadaan ni tulang kepala dan sebahagian otak tak terbentuk. Bayi seperti ni biasanya umurnya tak panjang, akan meninggal selepas dilahirkan. Dalam rahim baby boleh idup lagi sebab ada tali pusat.

IKLAN

Lepas dilahirkan, tali pusat dipotong, bahagian otak yang terlibat dalam penafasan tkde, dia takboleh nafas sendiri, walaupun peparunya normal” “Kite check dulu ibu ada kencing manis ke tak nanti. Saya suspect ibu ada kencing manis dari kehamilan terdahulu berlarutan sampai sekarang.

Saya mungkin silap, tapi takpa, kite check dulu ya” Check HbA1c = 13% Ya Allah memang ibu ada kencing manis, tak terkawal rupanya. Ibu yg mengandung dengan kencing manis tak terkawal (sebelum mengandung) berpotensi tinggi bayinya mendapat kecacatan sebegini dan kecacatan lain – masalah jantung misalnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Wanita Mahu 20 Cahaya Mata, Gembira Teruja Mengandung Anak Ke-17

IKLAN

Penting.
1) Ibu yang ada GDM perlu check semula ada kencing manis ke tak lepas 6 minggu berpantang. Jangan lupa

2) kalau takda kencing manis lepas check tu, kena buat HbA1c setiap tahun, sebelum mengandung lagi. Sekurang-kurangnya, jumpa Dr, check ada kencing manis ke tak setiap tahun kalau HbA1c tkde. Ni pun jangan lupa

3) ibu yang ada masalah neural tube defect seperti anencephaly di atas, perlukan 5mg asid folik, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan pengambilan untuk 3 bulan pertama kehamilan

4) ibu yang ada kencing manis sebelum hamil perlukan kawalan kencing manis yang optimum HBA1c < 6.5% (48 mmol/mol) sebelum mengandung lagi. Ibu ini juga perlukan asid folik 5mg, 3 bulan sebelum mengandung dan teruskan sehingga 3 bulan pertama kehamilan.

5) wanita yang sihat, dan bercadang nak mengandung lagi, perlu amek asid folik (0.4mg) 3 bulan sebelum mengandung, dan sambung pengambilannya 3 bulan pertama semasa hamil. Ini ikhtiar kita. Sumber : Twitter Dr Muhammad Izzat OBGYN

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI