Doa isteri mustajab, Ustazah Asma’ kongsi seorang suami bergelar jutawan berkat baik dengan pasangan & mentua. Jangan pernah menidakkan doa seorang isteri. Kerana ianya mustajab selain ibu.
Satu perkongsian dari pendakwah Ustazah Asma’ Harun mengenai kisah sepasang suami yang bergelar jutawan masih kekal romantis di khalayak ramai boleh menjadi pedoman buat semua.
Doa Isteri Mustajab
Sering berkongsi rasa sedapnya makanan dengan pasangan
Pagi tadi kami jumpa pasangan ni, usia pernikahan hampir 40 tahun. Kami sarapan sama, saya duk perhati si suami, apa yang dia makan dan rasa sedap, dia mesti nak isterinya rasa juga walaupun sikit, siap suap, termasuk sup.
Air pun sama, “awak, air ni sedap sangat” isteri menolak dengan baik, tapi si suami tak puashati, nak juga isterinya rasa, pastu bila isterinya cakap “iyalah, memang sedap”, laju je suami jawab.. “kalau awak nak, ambiklah terus”. Saya terus tanya, “memang selalu macam ni ke?” si suami jawab, “kalau boleh, saya nak isteri saya pun rasa apa yang sedap bagi saya, bahkan saya akan bungkus bawa balik jika isteri tak bersama, saya nak kongsi ‘rasa’ tu, apa yang buat saya gembira, saya nak dia rasa sama.”
Ustazah Asma’ Kongsi Seorang Suami Bergelar Jutawan Berkat Baik Dengan Pasangan & Mentua
Bisnes untung banyak dan tak berhutang sesen pun
Pasangan ni, Allah limpahkan rezeki yang amat luar biasa. Perniagaan dan aset bernilai ratus juta, mungkin lebih. Tanpa hutang walau satu sen. Bermula daripada kosong, hingga hati rasa kosong pada dunia.
Ads
Isterinya cakap, “ustazah, suami saya ni santuni arwah emak saya lebih daripada saya..” saya ni suri rumah sahaja. Laju si suami jawab “walau dia suri rumah, tapi banyak keputusan dan tindakan mesti saya rujuk dia, saya suka bercerita kepadanya, sebab utama saya perlukan doanya”.
Rahsianya isteri selalu doakan suami
“Ustazah, saya ni tak ada apa, semua dia (suami) yang usahakan, tapi benar, saya banyak berdoa untuk suami, doa untuk orang sekeliling, doa dan doa. Saya suka berdoa.. namun paling utama dalam berdoa, mesti dengan keyakinan, pasti Allah tunaikan.”
Ads
Tanyakan pada diri kita, sekerap dan sejauh mana kesungguhan kita mendoakan pasangan?
Kita selalu fokus berdoa utnuk diri dan anak-anak, atau ibu ayah, namun untuk Isteri dan Suami yang kita berkongsi kehidupan, kenapa tidak diberikan perhatian dalam doa?, sedangkan apabila pasangan beroleh sesuatu kebaikan atau nikmat, pasti kitalah orang pertama yang turut merasainya.
Percayalah.. Kasih sayang membuka banyak kebaikan dan menjemput rezeki dan Rahmat Tuhan.
Jadi seorang mak-mak dan isteri bukannya mudah. Tanggungjawabnya cukup besar demi memastikan anak-anak dijaga sempurna dan suami dilayan sebaiknya. Adakalanya ketika ujian dan masalah datang melanda, rasa tak mampu untuk melakukan semua perkara. Ia membuatkan hati rasa sedih, jiwa merintih dan penuh keluh kesah. Apatah lagi jika diri dihimpit dengan masalah kesempitan hidup, dugaan dengan sikap suami mahupun anak-anak.
Surah Ghafir Ayat 44
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah berdoalah bersunguh-sungguh. Minta kepada Allah dengan sepenuh hati agar segala kesusahan, kerisauan, kesedihan dan segala masalah dapat diselesaikan.Pujuk hati agar tenang atasi segala kekacauan jiwa tersebut dengan amalan baca Surah Ghafir ayat ke 44 ini.
Menurut Ustazah Asma Harun, apabila diuji sesuatu yang tidak dapat ditanggung menyebabkan hati tidak tenang bacalah ayat ini berulang kali sehingga hati benar-benar lapang. Sehingga sampai tahap walaupun dalam keadaan hati sedih dan terluka namun tetap boleh senyum dan bahagia, kerana menyerahkan bulat-bulat segala urusan kita kepada Allah.
Potongan doa daripada ayat Quran ini dikongsikan oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’Harun dalam Muhayya Telekung Talk yang dianjurkan Prof Dr Muhaya didalam Instagram beliau.Mak-mak boleh amalkan baca doa ini setiap kali selepas mengerjakan solat, mahupun dibaca setiap kali ketika sujud di dalam solat.
Bila hati rasa sedih, tak tenang.. Pesan Ustazah Asma Harun, amalkan baca Surah Al Ghafir ayat 44 dalam sujud ketika solat. pic.twitter.com/GUAEA0nZbS
Pagar rumah. Mungkin ada yang mengatakan sesuatu yang mengarut atau khurafat. Hakikatnya, kita kena tahu juga makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mat kasar juga adalah ciptaan Allah.
Sebab itulah, ada amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk pagar rumah atau pelindung diri dengan ayat-ayat Al-Quran terutamanya bila pindah rumah baru atau ingin tinggalkan rumah untuk beberapa ketika.
Sebab itu, ada cara untuk ‘pagar rumah’ kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan bahan-bahan seperti lada hitam, garam dan sebagainya, sebagai ikhtiar dan pelindung diri.
Perkongsian daripada ustaz dari Pusat Perubatan islam Al-Mujahidin sebagai ikhtiar untuk kita dan keluarga elakkan daripada gangguan makhluk halus. Moga bermanfaat untuk semua.
Ustaz, bagaimana nak tahu jika dalam rumah kita ada gangguan ya? Saya pernah buat pagar rumah dengan garam dan lada hitam ada cara lain lagi nak pagar rumah macam mana??
Bab gangguan dalam rumah ini sebenarnya banyak orang yang mengalaminya.
Cuma ramai yang tak perasan je di dalam rumah mereka mengalami gangguan.
Di bawah dikongsikan tanda-tanda di dalam rumah kita ada gangguan:
1. Kerap ternampak seperti bayangan hitam berdiri, kerap ternampak bayangan hitam@putih melintas laju, ternampak seolah anak kecil berlari.
2. Kerap terdengar seperti suara memanggil nama kita. Kebiasaannya suara yang kita kenali.
3. Kerap terdengar bunyi guli di atas rumah, bunyi tarik kerusi meja atas rumah, bunyi lesung batu terutama rumah flat, kondo, apartment. Bunyi ketuk pintu, bunyi pasir@batu di baling atas bumbung rumah.
4. Masuk rumah jadi sakit badan, sakit kepala, belakang, sesak nafas bila keluar rumah jadi ok masuk rumah sakit balik.
5. Kerap berbahang panas dalam rumah, pasang air-cond malam rasa panas. Bila siang tengahari jadi rasa sejuk menggigil tak tahan pula dengan sejuk.
6. Di dalam rumah kerap panas bergaduh perkara kecil jadi besar sekeluarga.. ada sahaja tak kena, anak jadi tak dengar cakap melawan apa kita cakap. Suami isteri jadi serba tak kena ada je masalah.
7. Masak nasi dan lauk cepat basi, baru masak pagi tengah hari dah basi. Kadang-kadang tak sampai tengah hari dah basi.
8. Kerap terbau bau busuk dalam rumah seperti bau sampah sedangkan rumah dah bersih sapu, kerap ada ulat di dalam rumah seperti ulat sampah. Tak tahu keluar dari mana punca, kadangkala bau kemenyan, colok, bau setanggi dan bau wangi.
Di atas adalah tanda-tanda gangguan di dalam rumah yang kerap di kongsi oleh pesakit. Sebelum ini, ada ajar pagar rumah melalui garam dan lada hitam kali ini ada tiga cara mudah untuk elakkan gangguan di dalam rumah kita oleh makhluk halus..
CARA PERTAMA
Masuk je ke dalam rumah @ ke mana sahaja yang kita pergi nak masuk jangan lupa memberi salam “Assalamualaikum” ada orang ke tak mesti kena bagi salam. Selesai bagi salam baca Surah Al-Ikhlas 3x kemudian masuk dalam di mulakan dengan kaki kanan.
Insya Allah jika buat dengan yakin jika ada makhluk halus yang ada ikut kita dari luar tak akan dapat ikut kita masuk di dalam rumah kita sekali jika kita amalkan cara begitu.
Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang memasuki rumahnya lantas ia menyebut nama Allah saat memasukinya (dengan memberi salam) Maka syaitan memberi tahu pada teman-temannya malam ini kalian semua tiada tempat untuk bermalam.
Ketika seseorang memasuki rumah tanpa menyebut nama Allah, syaitan pun mengatakan (pada teman-temannya), “Saat ini kalian mendapat kan tempat untuk bermalam”,
CARA KEDUA
Jika kita nak tinggalkan rumah, cara nya letakkan tapak tangan kita di pintu utama rumah kita dan kemudian baca:
Al Fatihah 1x
Al ikhlas 3x
Selawat 3x dan sambung ayat di bawah
.
Baca Ayat 9 dari Surah Yasiin 1x
وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُون
Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa“
min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
Buatlah dengan penuh yakin Insya Allah rumah kita akan terhindar dari segala bahaya manusia dan gangguan makhluk halus.. Sebagai contoh di elakkan dari pencuri hendak memasuki rumah kediaman kita dan di elakkan dari gangguan makhluk halus.
CARA KETIGA
Amalkan solat berjemaah di dalam rumah bersama sekeluarga. Kerapkan mengaji Al Quran, solat tahajjud bersama-sama sekeluarga. Cara begini lagi bagus untuk elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus. Sentiasa hidup kan suasana di dalam rumah dengan ayat Suci Al-Quran. Insya Allah jn iblis tidak akan mudah memasuki rumah kita.
Bila makan di dalam rumah bersama-sama ,jangan lupa baca doa makan. Jika terlupa baca sekali pun jangan lupa baca bismillah ketika hendak makan.
Nabi SAW Bersabda:
Di saat ia makan (dengan membaca doa makan), maka syaitan pun berkata (pada teman-temannya): “Kalian semua tidak ada bahagian makan”
Jadi sebaiknya jangan la lupa doa makan ketika hendak makan. Itu adalah rezeki kita semua. Lepas makan pastikan tudung tutup makanan terutama sebelum tidur.
Takut ada lalat hinggap pada makanan akan jadi kotor. Bila kotor makanan yang terdedah makhluk halus amat suka. Jika sebelum tidur pastikan jangan berlonggok pinggan dalam singki penuh dengan sisa makan lagi tak di buang akan nampak kotor dan bau yang busuk, makhluk halus memang suka benda yang kotor dan busuk. Jika ada sampah ikat sebaiknya agar tidak berbau busuk dan ulat.
Bila masuk Tandas jangan lupa baca doa
Masuk dan keluar tandas.Bila dah keluar tandas pastikan pintu tandas sentiasa tutup jangan di buka.
Doa Hendak Masuk Tandas dan Doa Hendak Keluar Tandas
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Doa hendak masuk tandas
بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Allahumma inni a’udzu bika minal khubutshi wal khabaa’its.
Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.
Doa hendak keluar tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Ghufraanaka Alhamdulillaahil ladzii adzhaba ‘annjil adzaa wa’aafaanii.
“Aku memohon ampun daripada Engkau Ya Allah,Allah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkanku dan menyihatkanku”
Al-khubth (syaitan jantan) dan Al-khabaith (syaitan betina) adalah bakteria atau bibit penyakit yang banyak terdapat di tempat-tempat kotor seperti tandas. Di dalam tandas bila lepas di gunakan pastikan di cuci dengan bersih sebelum keluar meninggalkan tandas. Pastikan memakai selipar bila memasuki ke dalam tandas.
Anak-anak juga tidak di galakkan bermain di luar rumah terutama waktu senja maghrib. Ketika ini banyak makhluk halus yang berkeliaran di luar rumah terutama ketika masuk waktu Azan berkumandang pastikan anak-anak tidak bermain di luar rumah ketika itu.
Jika sidai baju juga jangan sidai baju sampai di tengah maghrib dan malam baru nak angkat walaupun ada bumbung di luar rumah tak elok, jika ada baju pastikan angkat baju di ampaian sebelum masuk senja.
Moga info ini bermanfaat pada mereka yang memerlukan. Semua sebagai ikhtiar sahaja. Jika kita buat dengan yakin penuh dengan istiqamah Insya Allah pasti di permudahkan segalanya.
Moga diri kita dan family kita di elakkan dari sebarang gangguan makhluk halus dan di elakkan dari sebarang musibah Aamiin3x Ya Rabbal Allamin
Mingguan Wanita : Sekadar ikhtiar. Moga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini. Aamiin.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Waktu kemuncak ujian hidup. DIA uji pada irang berkehendak dan tahu hambanya itu mampu laluinya. Kehidupan kita hari ini tidak selalunya senang. Ada masa badai melanda dan pasti ada pahit manisnya.
Mungkin ada daripada kita beranggapan dia tidak pernah lalui hidup susah dan semuanya senang-senang saja. Jangan terus takbur. Ujian Allah itu berbeza-beza mengikut kemamapuan dan hanya dia yang mengetahuinya.
Namun, kita sendiri boleh rasakan pada usia 30-39 tahun adalah waktu kemuncak dalam kita menerima ujian hidup yang diberikan olehNYA. Bila kita bersabar dan terima dengna syuku, tentu akan bahagia pada penghujungnya.
Antara titipan dan perkongsian daripadaImam Muda Hassan Adli tentang waktu kemuncak yang dilalui oleh setiap orang.
Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Fasa Tarbiah Sebelum 40 Tahun
Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk belajar, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family.
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
– Kereta mula meragam – Rumah mula nak bocor sana sini – Yuran sekolah anak makin naik – Mula banyak orang benci kita – Hubungan dengan mertua – Isteri mula merungut tak cukup makan – Suami stress gaji kena potong – Rumahtangga mula goyang – Badan mula sakit sana sakit sini – Badan dah tak fit – Bawa kereta cepat mengantuk – Hutang keliling pinggang – Ah Long mula kejar – Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Ujian Sebelum Umur 40 Tahun
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan,
“Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.
Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.
Mingguan Wanita : Ujian dan dugaan setiap orang berbeza. Tempuhilah dengan tenang sebab DIA ingin melihat ketabahan dan kesabaran kita.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...