Doa Cerai Susu Badan Bila Anak Umur 2 Tahun

9024
cerai susu

Bila masuk umur 2 tahun, pasti ada mak-mak yang fikirkan cara untuk cerai susu dengan anak. Bukan tak kasihankan anak yang masih kecil, tetapi kalau sebab-sebab tertentu yang mudahkan kaum ibu, apa salahnya.

Ok, jangan risau sebab ada baeberapa cara mak-mak boleh guna untuk cerai susu badan dengan anak-anak yang sudah berumur 2 tahun.

Beberapa tip ini untuk memudahkan proses ceraikan susu apabila bayi sudah berusia 2 tahun:

1. Tak payah offer

Setiap kali si kecil minta mahu disusukan, cuba untuk tidak menolak kemahuannya. Tetapi jika tidak diminta, mak-mak tak payah offer dia menyusu. Ini boleh dilakukan pada peringkat permulaan kalau mahu putuskan susu. Ini menyebabkan kekerapan menyusu itu berkurang dengan sendiri.

2. Banyakkan pendedahan kepada makanan pelengkap

Jika di rumah, anak lebih suka makan. Makanan pula seeloknya makanan yang sihat, dari sini anak kita akan mula mendapat nutrisi yang lengkap dan baik walaupun tidak melalui susu. Makanan seperti kurma, buah-buahan segar sangat digemari anak-anak, kadang-kadang membuatkan mereka lupa nak menyusu.

3. Alihkan perhatiannya dengan aktiviti lain

Ada waktunya anak mahukan perhatian dari kita, dari kecil lagi dia sudah biasa mendapatkan perhatian ibu dari sesi menyusu. Jadi apa kata cuba alihkan perhatian anak dengan menjalankan aktiviti menarik bersamanya pula. Contohnya main lego ke, puzzle ke, atau aktiviti mewarna dengannya. Pasti dia lebih gembira.

4. Elakkan duduk di tempat yang selalu ibu susukan anak

Anak kita ni dah terbiasa dengan spot tertentu, tempat biasa kita susukan dia. Jadi bila kita berada di situ, automatik dia akan minta disusukan. Jadi, mak-mak kena cuba biasakan diri untuk tidak berada di situ.

5. Sediakan botol air pada waktu malam

Anak yang lebih besar memerlukan kuantiti air yang banyak mengikut keperluan badan. Sediakan botol minuman berisi air masak dan berikan kepada anak apabila dia dahaga pada waktu malam.

Dengan beberapa teknik ini, anak anda akan mula selesa dan mengurangkan kekerapan menyusu. Pada waktu malam dia sudah boleh tidur dengan lena tanpa bangun meminta susu lagi. Berikan masa kepada anak untuk membiasakan diri dengan proses ini.

Ada sesetengah orang kata, nanti anak susah bersosial kerana hanya mahu melekat dengan ibunya, tapi abaikan pendapat itu dan percayalah anak tetap dapat bersosial dengan baik bersama kawan-kawannya nanti.

Doa Putus Susu

Doa ini adalah nukilan dari arwah Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam buku tulisan beliau iaitu Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan Ayat-ayat dan Doa.

Doanya:
صعصعت تعثوت قطعت عنك (ثدى / أمك / مخدتك / ابهامك) كما حرم عليك لحم الخنزير

Maksudnya :

“Kau telah memecahkan dan merosakkan teruk, kerana itu aku putuskan daripada (puting emakmu/ bantal kamu/jari kamu) seperti diharamkan ke atas kamu (sebut nama pesakit dan ibunya) daging babi.”

Caranya:
1. Baca surah Al-Fatihah
2. Baca doa di atas
3. Hembuskan pada tempat berkenaan (mulut, jari, bantal)

Selain tu ada juga doa dari surah Luqman ayat 14

Namun begitu, mak-mak boleh meneruskan penyusuan terutamanya jika anak mengalami selesema atau demam sebab cara ini dapat membekalkan antibodi kepadanya walaupun usianya sudah mencapai 2 tahun dan kuantiti susu sudah mula berkurang. Sebenarnya anak kkecil masih mendapat kalori, sel imun dan pelindung dari susu ibu walaupun sudah berusia 2 tahun.

Jadi, mak-mak tidak perlu merasa terpaksa untuk memberhentikan penyusuan anak anda. Kadangkala kita sendiri tidak tahu betapa cinta dan sukanya kita kepada penyusuan ini.

Kerap sekali kita rasa kita mesti berhenti sebab orang lain rasa kita perlu. Bila semuanya tak sempurna, kita penat, kita stress, orang disekeliling kita cakap sebab kita menyusukan anak. Walhal ini normal.

Ironinya, bagi ibu menyusu, perjalanan penyusuan inilah yang membuatkan ibu lebih kuat dan tabah untuk meneruskan hari-harinya.

Jangan layan kata orang sebab hanya anda yang mengenal diri anda, anak anda dan situasi anda sendiri.

Walaupun pada peringkat awal sukar untuk anda mengendalikan segalanya, tetapi mak-mak akan belajar mengenali ragam anak anda, bila dia lapar, bila nak tidur, dan bila pula dia mahukan perhatian dan hiburan dari anda.

Carilah jalan terbaik untuk atasi setiap masalah dan tetapkan yang mana prioriti dan keperluan anda. Semoga berjaya!