Setelah empat tahun memeriahkan fesyen Raya tempatan dengan koleksi sempena Syawal untuk para pelanggannya, jenama fesyen lokal terkemuka, Rizman Ruzaini akhirnya mengumumkan bahawa Koleksi Raya RR 2024 merupakan koleksi terakhir buat jenama itu di bawah label RR by Rizman Ruzaini.
Menurut Rizman, keputusan itu dibuat memandangkan selepas ini mereka akan memfokuskan sepenuh komitmen kepada label Rizman Ruzaini di mana pereka fesyen duo ini bakal meluaskan jenamanya ke pasaran antarabangsa.
Sambung Rizman lagi, inilah masa keemasan untuk peminat RR Royalties khususnya mendapatkan koleksi Raya RR 2024.
“Kami menyeru kepada semua RR Royalties untuk cepat-cepat dapatkan koleksi raya ini, jadikan ia kenangan paling manis sebagai baju raya anda tahun ini,”-RIZMAN RUZAINI
Rentetan kejayaan yang diraih oleh pereka fesyen duo ini ketika menyertai Dubai Fashion Week tahun lalu, menyaksikan nama Rizman Ruzaini mula menjadi sebutan. Rekaan mereka kian mendapat tempat di pasaran timur tengah.
“Ia agak menyentuh hati untuk memberitahu perkara ini tapi inilah langkah terbaik jika kami mahu jenama Rizman Ruzaini terus meneroka pasaran yang lebih luas sambil membawa nama Malaysia di pentas dunia.”
Ads
Jemputan Ke Paris Fashion Week
Bukan itu saja, Rizman Ruzaini juga dalam senarai jemputan untuk mengadakan pertunjukan di Paris Fashion Week dan dikhabarkan beberpa selebriti bertaraf antarabangsa bakal menyarungkan busana rekaan pereka fesyen duo popular ini.
“Justeru, cabang tugasan yang lebih mencabar sudah dijangkakan dan mereka terpaksa memberi keutamaan kepada pasaran global setelah hampir dua dekad memeriahkan pasaran domestik,” ujar Rizman lagi.
Terdahulu, Rizman Ruzaini menganjurkan sesi Meet & Greet yang dibuka kepada semua pelanggan yang datang membeli-belah di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Ads
Para pelanggan berpeluang beramah mesra dengan beberapa muses koleksi Raya RR 2024, termasuklah Rozita Che Wan dan Idris Khan. Turut mengadakan persembahan istimewa ialah Liza Hanim dan kumpulan De Fam.
Dalam pada itu, lebih istimewa lagi, acara ini juga adalah untuk meraikan ejen-ejen daripada jenama makanan terkenal, Mamasab yang buat pertama kalinya menjadi ejen rasmi Koleksi Raya RR 2024.
Ads
Kami amat menghargai kolaborasi yang diadakan bersama Mamasab ini kerana ia memberi kelainan buat jenama itu apabila dua jenama lokal berbeza industri bergabung sempena Syawal tahun ini.
Pihak Rizman Ruzaini juga turut berinfak untuk 100 pek makanan yang diedarkan kepada semua tetamu yang datang ke Rumah Tangsi. Ini adalah salah satu sumbangan kecil mereka dalam merai dan menghargai pelanggan mereka di samping mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia.
Eksklusif sepanjang 30 hari Rumah Raya Rizman Ruzaini berlangsung, mereka menawarkan promosi istimewa kepada pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang membeli koleksi mereka di sana.
Untuk pemegang kad kredit Maybank yang berbelanja RM500 dan ke atas layak menerima diskaun sebanyak 20% manakala untuk pemegang kad debit Maybank dengan pembelian RM300 dan ke atas berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%.
Koleksi Raya RR 2024 ini telah dilancarkan sepenuhnya pada 1 Mac 2024 dan boleh juga dibeli melalui atas talian di www.rrbyrizmanruzaini.com.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting dan sama sekali tidak boleh dipandang ringan.Ini kerana jika asas mandi wajib tidak betul, maka ibadat lain yang dilakukan juga tidak sah.Antara sebab yang diwajibkan berniat mandi ini adalah keluar air mani,selepas haid atau nifas serta selepas malakukan hubungan intim antara suami isteri.
Sebenarnya,tidak kiralah mandi menggunakan apa juga cara, sama ada air paip, air kolah, air perigi mahupun air sungai yang penting air tersebut ialah air mutlak.Tidak perlu pun mandi lama-lama, asalkan mandian itu sempurna.Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.
Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan yang dirujuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai rujukan.
Cara-Caranya:
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.
Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Video Cara Mandi Wajib Yang Ringkas,penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus;
Sumber: Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percayalah… kalau perempuan keguguran tidak dijaga dan dirawat dengan sempurna selepas bersalin, maka rahimnya akan sentiasa berada di dalam keadaan lemah.
Tetapi kalau anda merupakan salah seorang daripada ibu yang keguguran dan terpaksa bekerja selepas sebulan, ikuti perkongsian oleh Puan Siti Aishah ini, cara berpantang yang boleh dilakukan ketika di pejabat…
1. Pastikan anda sentiasa berpeluh
Jika tempat kerja berhawa dingin, anda perlu memakai baju lengan panjang tebal lengkap berstokin. Ingat. Angin bisa mampu masuk ke badan wanita melalui ubun-ubun dan ibu jari kak selepas bersalin. Pengabaian amalan ini membuatkan ibu mudah diserang angin sejuk sepanjang masa. Badan mudah lenguh lenguh dan kerap sakit pada bahagian anggota seperti pinggang, lutut dan tumit.
2. Elakkan angkat barang berat
Seboleh-bolehnya 2 bulan selepas keguguran. Amalan angkat benda berat ketika pantang keguguran mengakibatkan rahim menjadi lebih lemah. Peranakan ibu mudah jatuh lalu mengakibatkan ibu mudah ssakit pinggang dan lebih merisaukan, potensi untuj keguguran berulang.
3. Amalan herba untuk kuatkan organ peranakan
Meskipun anda tidak bersalin, keguguran menunjukkan rahim anda bermasalah. Amalan herba yang sesuai dapat merawat luka selepas D&C, memantapkan otot sekeliling faraj dan menyihatkan rahim. Mengabaikan amalan herba selepas keguguran mengundang 1001 penyakit badan dan emosi. Meroyan juga mudah menghinggap ibu yang tidak berubat herba selepas keguguran.
4. Elakkan berjalan dan berdiri dalam tempoh yang lama
Banyakkan duduk, ia adalah amalan yg sangat menjaga rahim agar mudah sembuh untuk mengelakkan keguguran berulang.
5. Pantang makan sehingga kembali hamil
Kalau nak cepat sihat, nak mudah hamil kembali, nak elakkan keguguran berulang pantang segala buah sayur yang sejuk dan berangin. Ikan- ikan berbisa dan ayam berhormon sehingga anda hamil kembali.
Buat wanita yang keguguran berulang, saya cadangkan anda ambillah cuti untuk berpantang dan berehat secukupnya sehingga 44 hari agar rahim anda mampu kembali sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Orang yang ada sakit gout, pemakanannya banyak kena pantang dan kalau sekali diserang memang tak boleh nak luah rasa sakitnya. Penyakit ini disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan. Jadi untuk kurangkan rasa sakit gout, anda boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Cik Mil Neena ini…
Hari ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout… alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.
Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last terpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!
Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja.
Bahan-bahan:
Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.
Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Minum 2 kali sehari.. selepas bangun tidur dan waktu nak tidur.
Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni.. makan udang dekat 1kg… suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.
Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan.
Setiap penyakit ada penawarnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...