Bila anda dengar tagline ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’, apakah yang terbayang di fikiran anda? Menurut Pengasas MiraGold, Puan Dhamirah Daling tagline tersebut dipilih memberi simbolik tersendiri melambangkan emas sebagai pendamping setia wanita.

Selain itu, beliau berharap agar jenama MiraGold menjadi kedai emas nombor satu idaman wanita di Malaysia.

Selepas Sambutan Hangat Di Selatan, Kini MiraGold Bertapak Di Kuala Lumpur. Luaskan Empayar Kedai Emas Milik Bumiputera
Nor Dhamirah binti Daling dan Mohd Zulatika bin Ghani

Wanita mana yang tidak terpikat dengan kemilauan perhiasan emas. Ia bukan sahaja berperanan sebagai perhiasan wanita, malah ia merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang terbaik yang kalis inflasi.

Selepas Sambutan Hangat Di Selatan, Kini MiraGold Bertapak Di Kuala Lumpur. Luaskan Empayar Kedai Emas Milik Bumiputera

Minat dalam bidang perniagaan membuka ruang buat pasangan suami isteri, Nor Dhamirah binti Daling dan Mohd Zulatika bin Ghani membuka perniagaan berasaskan emas diberi nama MiraGold.

Meskipun kedua-duanya  merupakan graduan lepasan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Ijazah Kejuruteraan Awam, pasangan suami isteri ini mempunyai sebab mengapa lari jauh dari bidang teknikal yang dipelajari di peringkat universiti.

Tidak hairanlah berkat minat dan sokongan antara satu sama lain mendorong pasangan ini menceburkan diri dalam perniagaan emas yang pastinya mempunyai cabaran dan risiko tersendiri.

IKLAN

Selepas Sambutan Hangat Di Selatan, Kini MiraGold Bertapak Di Kuala Lumpur. Luaskan Empayar Kedai Emas Milik Bumiputera

Syarikat 100 peratus milik bumiputera ini mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda, Johor  sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019. Nama MiraGold begitu dikenali di selatan tanahair dan mempunyai pelanggan tetap sehingga ke negara jiran iaitu Singapura.

Baharu sahaja melebarkan empayar perniagaan ke ibu kota Kuala Lumpur, MiraGold kini mempunyai cawangannya yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kedai Emas ini  mula beroperasi pada 8 Mac 2024 lalu dimana ia menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk setiap pelanggan yang berkunjung ke  cawangan terbaharunya di ibukota Kuala Lumpur.

IKLAN

MiraGold turut aktif dalam penjualan dalam talian dan live di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram dan mengambil kesempatan sepenuhnya dari media sosial untuk mempromosikan produk mereka.

Selepas Sambutan Hangat Di Selatan, Kini MiraGold Bertapak Di Kuala Lumpur. Luaskan Empayar Kedai Emas Milik Bumiputera

IKLAN

Jika andapenggemar barangan emas, pelbagai jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.

Pilihan Masa Kini

Selepas Sambutan Hangat Di Selatan, Kini MiraGold Bertapak Di Kuala Lumpur. Luaskan Empayar Kedai Emas Milik Bumiputera

MiraGold turut menawarkan pembelian barangan perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan. Barangan kemas yang terdapat di MiraGold meliputi aksesori untuk dewasa dan kanak-kanak.

Hadiah Hari Raya

Selepas Sambutan Hangat Di Selatan, Kini MiraGold Bertapak Di Kuala Lumpur. Luaskan Empayar Kedai Emas Milik Bumiputera

Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal, MiraGold turut mengeluarkan kad raya edisi terhad yang istimewa untuk mengembalikan nostalgia Raya seperti dahulu yang menggunakan kad raya sebagai pengantaraan baik yang jauh mahupun yang dekat. Edisi terhad ini didatangkan dengan gold bar 1gm dan 0.25gm.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI