DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!. Jika di rumah menggunakan tandas cangkung dan berhasrat nak tukar ke tandas duduk, ada cara jimat kos tanpa memecahkan jubin. Bukan apa, menggunakan tandas duduk lebih selesa dan selamat, terutamanya buat kanak-kanak dan warga emas yang kurang sihat, sakit lutut, obesiti dan sebagainya.
Boleh ikut tutorial, langkah demi langkah lengkap untuk tukar tandas duduk seperti yang dikongsikan oleh Mohd Azuan MD Turian ini sebagai rujukan.
Throwback-projek tukar tandas cangkung ke tandas duduk. Jimat kos tak perlu pecah tiles. Kos Bahan RM 150 semua sekali.
Bahan-Bahan:
Tandas duduk 1 set with cover
simen biasa & simen gum
tiles 4 keping
Pipe 20inci + penyambung
Cara Membuat:
1. Pecahkan tandas cangkung sedia ada.
2. Ukur paip anggaran 1 kaki ikut kesesuaian + penyambungan.
3. Ukur agak-agak tinggi sikit untuk pasang tiles nanti.
Ads
4. Kedudukan dan ukuran dah ngam.
5. Bancuh simen agak cair sikit tuangkan ke dalam tandas yang dah dipecahkan sampai padat dan rata.
6. Ratakan sama level dengan tiles sedia ada.
Ads
7. Potong tiles ngam-ngam dan tanda siap-siap mangkuk tandas duduk yang baru.
8. Lekatkan tandas baru dengan simen.
9. Dah siap. Dah 2 tahun pakai masih berkhidmat dengan cemerlang.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak tukar sendiri tandas cangkung ke tandas duduk. Lebih jimat kos bila buat sendiri malah tak perlu pecahkan tiles pun.
15 Tahun Berniaga, Penjual Kongsikan Ilmu Pilih LEMANG Tepi Jalan Elok Masak Sempurna! Lemang boleh dikatakan juada wajib setiap kali tibanya musim raya. Namun nak beli lemang ada ilmunya, barulah lemang tersebut elok masak sempurna dan boleh tahan lama.
Bukan apa, sebatang lemang boleh tahan juga harganya.Jika tersalah beli dan tak menepati citarasa memang boleh ‘frust’ dan rasa tak berbaloi pula.
Ikut tip mudah yang dikongsikan oleh penjual lemang Encik Harris Rosli ini sebagai panduan.
Haihh lama tak post thread panjang-panjang. Kali ni nak post tips nak beli lemang. Untuk kawang-kawan dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai-gerai tepi jalan pilihan korang.
Sepanjang 15 tahun dok tolong family bakar lemang, tahun ni first time aku tak jual lemang sebab wife due bersaling minggu raya. So ada ilmu sikit-sikit ni tak salah kita share ramai-ramai kan.
Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil. Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yang sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?
Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.
Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai-anai makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari.
Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan tak elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin-masin sikit dan berlemak. Dappp uummhhh…
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral.
Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan-tuan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda-benda macam ni boleh menjana pendapatan time-time nak raya.
Mingguan Wanita: Semoga tip daripada penjual lemang ini bermanfaat buat mak-mak yang nak beli lemang. Barulah berbaloi dan mudah tertipu, malah lemang pun tahan lama.
Petua Nak Sedap MI KARI Letak Udang Kering, Kuah Kena Pekat! Mi Kari antara hidangan yang sering disajikan setiap kali tibanya hari raya. Sesuai dihidangkan buat tetamu ketika datang beraya mahupun menu untuk rumah terbuka.
Ada pelbagai resipi dan cara nak buat Mi Kari. Namun salah satu petua nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.
Petua nak sedap mi kari kak yuyu ni satu ja. Udang kering.Lain orang lain cara kan.
1. Blend bawang Besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Nak rasa lemak-lemak sikit masuk kan seketul buah keras blend sekali.
3. Tumis sampai naik bau dan masukkan cili kering.
4. Dah pecah minyak baru masukkan rempah kari daging campur rempah kari udang.
5. Tumis sampai pecah minyak masukkan segala rencahnya ayam, kerang, sayur-sayur.
6. Kak yuyu letak lobak merah, kobis dan kacang panjang.
7. Lepas tu santan letak lebih sikit sebab mi Kari kuah kena pekat,
kalau ceroi tak lajuuu makan.
8.Fish ball Dan fish cake kak yuyu goreng asing. Tak masak sekali dalam kuah. Saja la nak ada effect rangup-rangup masin.Kalau masak sekali nanti jadi gebu tak syok makan.
Telur rebus jangan lupa na. Bawang goreng, taugeh, cili merah potong Dan limau kasturi jangan lupa untuk meriahkan lagi hidangan.
Alhamdulillah, sedap macam biasa.
Ma, bapak, anak-anak dan suami memang lajuuu menambah.
Mingguan Wanita: Sedapnya nya makan mi kari. Sesuai buat untuk tetamu datang beraya. Nak Mi Kari sedap boleh campur dengan udang kering sikit seperti petua yang dikongsikan ini.
Cendawan enoki, antara makanan kegemaran setiap orang. Mungkin. Sebabnya, selain tidak mahal, ia boleh dipelbagaikan hidangan seperti goreng, masukkan dalam sup, tomyam dan sebagainya.
Tak dinafikan harga yang dijual di pasaran pun berbaloi dan tidak mahal. Memang buat kita tak berkira-kira untuk membeli berapa banyak cendawan enoki. Sayangnya ramai tidak tahu kegunaan akar ini dan adan yang buang saja ke dalam tong sampah.
Walaupun murah, kita boleh saja tanam sendiri cendawan enoki ini dan hasilnya pun cepat. Sebab itu, jangan buang akarnya.
Ia antara makanan yang mempunyai kadar kalori yang rendah. Dikatakan 100g cendawan enoki hanya mempunai kalori lebih kurang 60g dan kaya dengan serat. Sesuai sangat untuk anda yang berdiet.
Jangan terkejut, dengan akar cendawan ini, kita boleh dapat kembali hasilnya dengan menanamnya semula.
Caranya:
1. Potong bahagian hujung cendawan. Jangan buang.
2. Masukkan tisu ke dalam bekas/mangkuk.
3. Kemudian, masukkan baking soda, diikuti dengan air.
4. Selepas itu, masukkan akar cendawan ke dalam bekas/mangkuk tadi.
5. Tutup dengan plastik hitam.
6. Selepas 3-5 hari, akan dapat hasilnya yang baru.
Mingguan Wanita : Selamat mencuba. Kiranya beli satu dapat percuma satu la kan..sebab akarnya kita tanam semula untuk dapatkan hasil.