Pintu rumah berlubang bukan sahaja sakit mata memandang, bahkan boleh membahayakan keselamatan anak-anak yang masih kecil. Kemungkinan cedera terkena serpihan kayu berlubang tersebut.Bila pintu kayu rumah di rumah berlubang-lubang sebenarnya kita boleh baiki sendiri je. Lebih jimat bajet dan tak perlu nak tukar pintu rumah baru. Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak malah cara nak baiki pun mudah.
Boleh cuba baiki sendiri pintu rumah kayu yang berlubang ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ashura AT ini.
“Alhamdulillah, repair pintu rumah kayu berlubang. Hasil baca tips & tunjuk ajar ahli dalam group ni.
So, rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri & nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, inshaaAllah.
2. Tembak PU Foam. Lepas sejam potong lebihan, kasi rata. Saya pakai 1 botol je untuk 4 pintu dan masih ada lebihan. Nanti tutup je balik bucu dia pakai paku/screw dan boleh pakai lagi InshaaAllah.
Ads
3. Lekat joint tape.
4. Apply filler.
5. Lepas kering, kemaskan dengan kertas pasir.
Ads
6. Kasi cat, settle.
Total repair 4 pintu Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, busuk-busuk RM480 la terbang termasuk upah install. Tu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah pintu kayu berlubang dekat rumah tu, tak perlu tukar baru, baiki je dahulu lebih jimat kos.
Mak-mak yang suka menanam ni cukup risau bila nak pergi bercuti lama-lama. Bukan apa, takut pokok layu, maklum saja tinggal beberapa hari tanpa disiram. Mahunya, rosak dan tidak hidup lagi.
Ada juga sestengah mak-mak yang mempunyai idea dengan meletakkan satu plastik yang berisi air dan dicucuk dengan jarum peniti. Sekurang-kurangnya, bekalan air untuk pokok yang ditanam itu sentias mencukupi sepeninggalannya,
Sebenarnya, ada cara lain untuk memastikan pokok layu kembali kembang. Bukan sebab mak-mak ingin bercuti lama tetapi mungkin disebabkan terlupa untuk siram atau pun keadaan cuaca yang terlalu panas.
Perkongsian daripada Mohd Azrin Roselan boelh dijadikan panduan untuk mak-mak yang suka menanam dan tidak perlu risau kalau nak bercuti mahu pun terlupa siram. Mudah saja. Rendam dalam besen, nanti lihatlah pokok akan kembali kembang.
Bagi yang suka bercucuk tanam melihat pokok layu macam dah nak mati memang buat hati luluh kecewa. Apatah lagi jika selama ini berharap sangat lihat pokok membesar dan berhasil.
Lagi sedih kalau kita terlupa siram atau gara gara cuaca panas. Kalau berlaku kejadian begini sama ada pada pokok bunga atau sayur, jangan panik. Ada caranya.
Hati mana tak remuk dan luluh hati bila lihat pokok layu macam dah nak mati. Gara-gara cuaca panas atau terlupa siram pokok.
Jangan panik. Bertenang . Ini cara saya nak pulih pokok yang layu.
1. Jangan terus curah atau siram air pada pokok nanti pokok akan lecur dan tidak dapat diselamatkan.
2. Ambil besen air. Letak pokok yang layu dalam besen. Isi air dalam besen sehingga paras pasu.
3. Kemudian, biarkan dalam sejam lebih, bergantung pada keadaan pokok. Biarkan akar pokok menyerap air untuk pulih sendiri.
4. Hasilnya, pokok Insya Allah akan segar semula.
MW: Kalau sehari tak siram pun, bolehlah mak-mak try buat cara ini. Moga bermanfaat.
Tanam cili, salah satu tanaman yang sangat diperlukan oleh mak-mak. Ini kerana, ia menjadi bahan yang sering digunakan untuk masakan dan pastinya, ia boleh dijadikan sambal untuk dimakan dengan ulam-ulaman.
Walau bagaimanapun, tak semua yang mak-mak tanam pokok ini mampu bertahan lama. Ini belum lagi yang orang cakap ‘tangan panas’, sukar untuk bertahan lama. Namun, bag iyang berjaya tanam, memang akan merimbun sampai tak habis makanlah.
Ada sesetengah yang merasakan tanam pokok cili dengan semai bji benih paling berkesan dan senang untuk hidup. Malah, ada pelbagai jenis teknik dan tip digunakn untuk memastikan tanaman ini subur.
Perkongsian daripada Supornik ini boleh memberi idea kepada mak-mak untuk menanamnya dengan cara pangkas iaitu dengan mengambil bahagian pucuk dan dan terus tanam. Katanya, inilah paling mudah dan cepat tumbuh.
Adakah anda tahu pokok cili yang dipangkas dapat dijadikan bahan tanaman.
Cara ini adalah paling cepat dan mudah kerana tidak perlu menyemai biji benih.
MW: Ada macam-macam cara yang boleh kita bercucuk tanam. Kalau mak-mak rasa tak berjaya cara itu, boleh cuba cara lain, yang penting jangan lupa siram dan bubuh baja kan…
Kalau kita mempunyai kebun yang mempunyai pelbagai jenis tanaman, perkara yang sukar untuk dielakkan adalah rumput dan lalang yang cepat tumbuh. Itu jika dibiarkan dalam beberapa minggu. Satu kerja pula untuk menebas semua ini. Ada juga sesetengah orang menggunakan racun tapi risau pula takut terkena tanaman kita.
Bukan hanya di kebun tapi di bahagian tepi rumah kita yang sekangkang kera pun boleh membuatkan rumput dan lalang tumbuh dengan cepat. Ini belum lagi kalau dibiarkan terlalu lama. Boleh jadi belukar gamaknya.
Jadi, tak perlu risau ada cara yang boleh membantu kita untuk nak elakkan perkara ini terjadi. Perkongsian daripada Akmal Al yahya ini adalah penggunaan kota dan kertas terpakai di kebunnya bagi mengelakkan masalah lalang tumbuh.
Tapi, mak-mak boleh juga praktikkan di kawasan rumah yang mempunyai tanah kosong atau kawasan tempat mak bercucuk tanam.
Salah satu cara mengawal rumput dan lalang. Ia menggunakan 100% daripada bahan buangan.
1. Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah mengganggu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti membaja, penyediaan kompos dan lain-lain.
Pada awal berkebun, kami telah menggunakan racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
2. Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa mengeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa
Untuk lapisan kotak yang pertama.
Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ia tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkan ke dalam plot tayar terpakai kami.
4. Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, barulah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
5. Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, tenaga dan masa.
6. Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Secara tak langsung dapat tumpukan pula perhatian pada kerja-kerja kebun yang lain.
7. Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
8. Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan kertas rincih untuk dijadikan kompos. Jika ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini.
Setiap minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
9. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja.
MW: Boleh bagi idea yang ada tanah kosong kat rumah tapi jarang digunakan sehingga tumbuh lalang. Mungkin boleh membantu dengan cara ini.
Bertukar nyawa, niat murni seorang abang selamatkan adik daripada dihanyutkan arus deras berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia ditemukan lemas dalam kejadian di Taman Ayer Keroh Heights.