Selalu masak menu yang sama je jemu juga. Jika mak-mak inginkan kelainan dalam masakan, boleh cuba resipi Daging Masak Hitam Sarawak ni. Fuhh memang sedap dimakan dengan lemang, nasi minyak mahupun nasi putih.

Cara masaknya pun agak mudah dan menggunakan bahan-bahan yang memang sedia ada di dapur kita.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Hajar Mohd ini.

Masak satu lauk jer hari ni. Sedap rupanya bolehlah buat lagi lain kali buat balas balas bekas kuih jiran.Lauk ni sedap makan dengan lemang, nasi minyak. Kami tadi ni makan dengan nasi putih pun berselera. Alhamdulillah.

Daging masak hitam Sarawak.Resipi ni saya dapat dari kenalan yang berasal dari Sarawak.

Bahan dan cara masak ada di caption setiap gambar.

Bahan-Bahan Diperlukan:

(Perapan Daging)

1 kg daging yang di potong.
100g gula merah
Kicap Pekat secukupnya

(Bahan Kisar)

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
2.5 cm lengkuas
15 tangkai lada kering

(Bahan Tumis)

2 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 cengkih
1 buah pelaga
2 biji buah keras
100 g rempah kurma

30g kerisik
150g kismis hitam

IKLAN

Cara Membuat:

1.Kali ni saya guna daging segar tempatan bahagian batang pinang.Gaul dengan gula merah. Saya guna gula kelapa. Iaitu gula nisan jenis serbuk.

2. Campurkan kicap pekat secukupnya, bergantung kita nak warnanya segelap mana.

3.Sementara nak tunggu daging siap diperap. Kita sediakan bumbunya. Ini bahan-bahan yang siap kisar.

4.Tumis bahan tumis tadi sampai bau wangi dan garing.Kali ni saya tak letak buah keras kerana dah habis stok.

IKLAN

5.Masukkan rempah kurma. Wanginya bau.

 

6.Kemudian masukkan bahan kisar.

IKLAN

7.Apabila semua rempah tumisan dah masak dan pecah minyak. Kita masukkan daging yang dah siap perap 30 minit tadi.Masa ni boleh ejas tambah nak warna. Nak gelap lagi tambahlah lagi kicap pekat.

8.Kacau sebentar dan biarkan daging masak empuk. Jika rasa macam kering nak hangit tapi daging belum lembut maka boleh tambah air sikit.

9.Masukkan kerisik dan kismis hitam.Setelah kuah masakan tadi hampir kering. Boleh perasakan dengan garam.Gaul.

Sekian resipi Daging masak hitam sarawak. Fuhhh sedapnya!

Baca Lagi Di Sini:
Mudahnya Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman, Bawang Banyak Lagi Sedap

Daging goreng style Kelantan, yang tak pandai masak pun boleh buat

MW: Menarik resipi ni, boleh cuba buat Daging Masak Hitam Sarawak ini nanti di rumah.

Sumber: Hajar Mohd