11 tahun tempoh perkenalan dan 3 tahun tempoh menyimpan duit kahwin dalam menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan satu tempoh yang sekejap.Kepuasan pastinya dapat dirasai apabila gigih berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua mak ayah untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun belanja urusan hantaran ini.
Pecah Tabung Buluh “Lemang Duit”
Dalam satu perkongsian yang sedang viral di TikTok ‘Paansam’, lelaki ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang mengira selonggok timbunan wang kertas nilai RM20, RM10 dan RM5.
Lelaki ini juga berkongsi detik memecahkan sebanyak 5 buah tabung daripada batang buluh yang dinamakan “Tabung Nak Kawen” setelah berusaha gigih selama 3 tahun untuk menyimpan duit di dalamnya.
Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun berkenalan dengan pasangan hati, akhirnya pasangan ini berjaya diijabkabulkan baru-baru ini.Tahniah!
Ads
Rezeki Selepas Kahwin
Sementara itu, Paan juga menambah berkat rezeki selepas kahwin juga melimpah ruah. Tawaran kerja sebagai Deejay di kenduri majlis perkahwinan juga penuh.
Ramai yang berkongsi rasa terharu dengan kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit untuk belanja kahwin, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Ads
Ads
Kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit demi tujuan menghalalkan pernikahan dengan pasangan tercinta wajar dijadikan inspirasi buat anak muda lain. Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya.
Sebak melihat petugas barisan hadapan (frontliner) ini yang bagaikan terkedu dengan keadaan rumah selepas ditimpa musibah banjir. Iaitu banjir kilat yang melanda kawasan penempatan terletak berdekatan di kaki Gunung Jerai.
Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang berkongsi gambar tersebut, menjelaskan frontliner yang dikenali dengan nama kak Shida ini baru saja balik dari bertugas di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.
Tergamam melihat keadaan rumahnya di Taman Rekreasi Tupah yang dipenuhi selut setinggi lutut. Tidak dapat digambarkan keletihan yang dialami ketika itu. Sudahlah, di tempatnya bekerja juga sudah tentu perlu berdepan tugas dan tanggungjawab yang sangat berat ketika ini.
“Berat mata melihat, jujur berat lagi tanggungan kak Shida. Beliau baru balik bertugas dari HSAH Sungai Petani. Tengok keadaan rumah air yang masuk setinggi dada.
Barang tak sempat keluarkan apa-apa kerana beliau dalam mujahadah di hospital. Bayangkanlah selut setinggi lutut ditinggalkan dalam rumah.
Tak terbayang apa yang difikirkan.
Semoga akak tabah ya.”
Bantu Kemas Keadaan Rumah Selut Setinggi Lutut
Terkesan dengan keletihan yang bakal kak Shida hadapi, Ustaz Mohammad Yaakub mengajak rakan-rakan facebooknya agar dapat bersama-samanya turun padang. Bagi membersihkan rumah kak Shida.
“Jommmmmmmmmmmm
Esok (ketika status dimuatnaik) sapa nak join kita pakat-pakat tolong. HANG CANGKUL ka HANG apa pun kita pakat bantu.”
Semoga urusan Ustaz dan kak Shida dipermudahkanNya. Musibah banjir ini turut memberi kesan kepada lima buah kampung sekitar Gurun dan Merbok.
Antaranya Kampung Baru, Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Kunyit Atas di Gurun. Manakala, Kampung Tandop Batu dan Kampung Batu SUngai Batu di Merbok.
Hujan lebat lebih satu jam menyebabkan aliran Sungai Merbok dan sekitar Tadahan Air Tupah, Gunung Jerai melimpah ke kawasan berhampiran.
Mingguan Wanita : Mendoakan semoga keadaan rumah kak Shida dapat kembali bersih seperti sebelumnya. Semoga mangsa-mangsa banjir yang lainnya bertabah hadapi ujian hebat ini.
“Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham” begitulah luahan hati selebriti popular Datin Eina Azman apabila tular di media sosial kononnya pelakon ini dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah memotong barisan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Ipoh, Perak.
Penjelasan dari Eina atau pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 26, ini menerusi hantaran sebuah entri di akaun Instagramnya.
Eina Azman Mohon Maaf
Malah Eina juga memohon maaf sekiranya tindakan memuat naik foto ketika vaksinasi menyinggung perasaan orang ramai.
“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak. Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.
“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja.
Padam Posting Paparan Di Instagram
“Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit.
“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham Assalamualaikum,” tulis ibu kepada sepasang anak kembar ini penuh ikhlas.
Masalah Kesihatan
Sebelum itu, Pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun telah mengesahkan Eina dan suami menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di hospital itu kelmarin.
Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.
Katanya, pemberian suntikan vaksin untuk fasa kedua diberi keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai komorbiditi serta golongan berisiko tinggi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Sekarang ini macam satu trend orang kita suka join contest online. Ada sesetengah company pun suka juga cipta contest online untuk branding produk mereka. Sebab itu, tak rugi jadi ‘kaki contest’ online ini. Macam ibu anak kembar ini, Hamiza Mohd Hanapi yang sedang menikmati hadiah percutian di Fun Island Resort Maldives bersama suami, Al-Aza Asham Muhammad Hamim.
Syok ke tak syok.. Tentulah seronok kan. Macam-macam hadiah boleh dapat jika rajin masuk peraduan online ini. Tapi nak menang satu-satu peraduan itu, bukanlah ‘luck’ semata-mata. Rupanya ada teknik dan cara macam mana nak sampai dapat hadiah kemenangan.
Hamiza dan keluarga, dah beberapa tahun terlibat dengan peraduan online ini. Biasanya, mak usia 32 tahun ni akan sertai peraduan online dengan bantuan sepasang kembar dan anak bongsu yang ketiga-tiganya lelaki. Kadangkala suaminya akan membantu. Terutama dari segi membuat rakaman video atau fotografi dan edit sendiri.
Memandangkan masing-masing bekerja, mereka menjadikan hari Sabtu dan Ahad untuk memenuhi hobi yang amat menguntungkan ini. Percutian ke Maldives itulah hadiah honeymoon terbaik untuk pasangan anak tiga ini.
Nak tahu kaki ke tak kakinya Hamiza ini, dalam sebulan dekat 30 peraduan disertai. Sebelum ini beliau pernah menang telefon bimbit harga RM2000, wang tunai, barang kemas, tiket wayang, produk kanak-kanak, baucar dan VESPA.
Hamiza juga sudi berkongsi tip bagaimana nak menang peraduan online. Buat anda yang baru-baru hendak mencuba, boleh ikuti tip yang beliau berikan ini. Mana tahu, untung-untung boleh jejak luar negara pula.Tak pun memang hadiah wang tunai yang lumayan. Sekarang ini memang banyak peraduan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang ada di negara kita. Rajin tak rajin je nak mencubanya.
Anak-anak kembar Hamiza dan anak bongsunya sporting habis kalau berkaitan bab-bab contest online ni.
7 Tip Rebut Kemenangan Peraduan Online Untuk ‘Kaki Contest’
(Dari Pengalaman Peribadi Hamiza Hanapi Sendiri)
1. Penting ada kawan-kawan kaki contest. Makin ramai kawan, walaupun tak pernah jumpa, merekalah yang sering bagi semangat. Bila ada rakan-rakan post kemenangan, ianya menyuntik semangat bersaing cara sihat.
2. Baca terma & syarat dengan jelas sebelum sertai satu-satu jenis contest.
3. Berusaha dengan gigih.
4. Tunjukkan kreativiti diri.
5. Kalau tak berjaya jangan putus asa, cuba contest yang lain pula. Perbaiki lagi tekniknya.
6. Penyertaan contest online ni kena hantar saat-saat akhir untuk mengelakkan idea ditiru.
7. Jangan target nak menang. Sebab kalau gagal kecewanya lain macam. Hantar dan relaks saja. Ada rezeki tak ke mana, sampailah ke tangan kita.
Makna kata di sini, suri rumah atau suri bekerja yang tengah fikir nak cari pendapatan lebih tu, boleh cuba hobi baru ini. Tak rugi sebenarnya jadi ‘Kaki Contest’ ni. Percayalah!
Sumber/Foto : Facebook Hamiza Hanapi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...