Mungkin ramai yang tak tahu bahawa walaupun hanya ada baki minimum RM10 dalam akaun, waris tetap boleh menuntut bantuan khairat kematian ASB. Bukan apa selepas berlakunya kematian banyak urusan kewangan dan bantuan diperlukan seperti melunaskan hutang si mati, urusan pengebumian dan sebagainya.Sekurang-kurangnya dengan bantuan khairat kematian daripada ASB ini ia dapat membantu waris untuk meneruskan kehidupan.
Baca perkongsian daripada Puan Nurashikin Din ini sebagai rujukan.
KHAIRAT KEMATIAN UNTUK ASB
Tolong lah tuntut. Walaupun ada akaun ASB je pun, takde asb loan. Boleh tuntut. Janji ada akaun ASB minimum baki RM10. Waris bawa surat kematian je pergi mana-mana ejen. RHB boleh , Maybank boleh. Tuntut. On the spot dapat.
WAJIB tuntut dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh kematian. Ramai yang tak tahu. Tolong war-warkan. Selepas 6 bulan tak dapat claim dah. Ingat!
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1.Simpanan mesti ada baki minimum RM10 dalam akaun ASB
2.Waris boleh menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun.
Ads
Haritu customer saya claim. Baki terakhir 4k. Dapat khairat RM500.
Mingguan Wanita:Baru tahu, rupanya jika berlaku kematian waris boleh tuntut bantuan khairat kematian ASB dalam tempoh 6 bulan. Semoga ia dapat membantu waris dalam urusan kematian ahli keluarga.
“Kumpul sikit demi sikit, untuk kegunaan terdesak.” Alhamdulillah akhirnya barang kemas ditemui semula oleh pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Prai.
Atas kegigihan mereka, barang kemas yang hilang ditemui semula. Benarlah jika masih rezeki tuannya, ianya akan kembali semula. Syukur Alhamdulillah.
“Pada awalnya saya reda bila barang kemas tersilap buang itu tidak ditemui, namun siapa sangka Wira Oren (pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai) sanggup berkorban masa dan tenaga mereka membantu menggeledah timbunan sampah untuk mencari sehingga ditemui semula,” kata Rohaya Ismail.
Rohaya, 31, yang juga anggota polis di Balai Polis Telok Ayer Tawar, Pulau Pinang, berkongsi mengenai perkara itu melalui Facebook (FB) miliknya sehingga tular dan mendapat perhatian warganet yang memuji tindakan mulia sekumpulan pekerja MBSP itu.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia yang membuang lampin pakai buang anaknya tidak menyedari turut terbuang sekali satu beg kecil mengandungi sejumlah emas miliknya yang dibeli dan disimpan sejak berusia 18 tahun.
“Barang kemas itu sangat bermakna kerana saya bukan berasal dari keluarga senang. Ayah meninggal dunia masa usia saya 14 tahun dan saya cuba mengumpul emas itu sedikit demi sedikit semasa bekerja kilang untuk kegunaan masa terdesak.
“Saya tidak tahu macam mana boleh terbuang, sebaliknya sedar beg kecil itu hilang pada 7.45 pagi semalam dan masa itu memang rasa hendak menangis sebab emas itu begitu berharga.
“Kebetulan abang saya ingin pergi buang sampah pada 9 pagi hari sama dan saya minta dia tolong cari, tetapi tidak jumpa. Abang pergi berjumpa lori MBSP tidak jauh dari kuarters yang saya didiami yang mereka (pekerja) minta pergi ke depo pembersihan di Tasek Gelugor,” katanya lagi.
Menurutnya, dia tidak menaruh harapan tinggi sama ada barang kemas miliknya itu ditemui semula, tambahan pula bukan mudah untuk mencarinya disamping tidak boleh sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut prosedur.
Katanya, dia reda jika tiada rezeki serta serahkan semua urusan kepada Allah.
“Saya tidak sangka MPSP dari pihak atasan sehingga bawah sanggup berkorban masa dan tenaga untuk turun mencari dalam timbunan sampah yang begitu banyak.
“Tidak lama kemudian (1.30 tengah hari) abang saya menghubungi menerusi panggilan video menunjukkan barang kemas saya ditemui semula dalam satu beg plastik hitam. Syukur dan terima kasih tidak terhingga buat sekumpulan Wira Oren dan perasaan ini tidak terungkap dengan kata-kata.
“Walaupun pekerjaan mereka (Wira Oren) ada yang pandang serong, tetapi bagi saya mereka adalah wira negara yang ikhlas serta jujur apabila sanggup berkorban mencari barang kemas saya sehingga jumpa,” katanya yang merahsiakan nilai keseluruhan barang kemas miliknya itu.
Terdahulu, hantaran wanita itu tular di media sosial dengan mendapat ribuan tanda suka dan dikongsi ratusan pengguna FB.
Menurut posting itu, wanita terbabit turut memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja MBSP berkenaan sebagai tanda penghargaan selepas bertungkus lumus menggeledah, mengorek dan mencari emas miliknya dalam timbunan sampah sehingga ditemui.
Membeli emas sekarang mudah, kumpul duit sikit-sikit dan bila sudah cukup duitnya boleh beli online kalau malu nak ke kedai emas. Pastikan seller tersebut dipercayai barulah order. Pilih mana satu yang berkenandi hati dan ikut bajet, kemudian bayar. Mudah sungguh.
Mingguan Wanita : Terima kasih kepada wira oren yang memahami situasi yang dilalui oleh wanita ini. Bayangkan barang kemas yang dikumpul bertahun-tahun lamanya hilang, sudah tentu timbul perasaan ralat dan kecewa. Syukur akhirnya ditemui juga.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Alhamdulillah meniti usia 47 tahun, penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah,23 selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar,27 pada 22 Februari baru-baru ini.
Berita gembira itu turut dimuat naik Krisdayanti di akaun Instagram miliknya dengan gambar jari-jemari comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’ yang dilahirkan dengan berat 3.3kg.
Momen kelahiran ‘Baby A’ atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta di Rumah Sakit Bunda Jakarta juga dihadiri ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.
Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.
Sebelum ini, Krisdayanti, 46, dilihat begitu teruja ketika majlis sambutan kelahiran cucunya itu, dan tidak sabar untuk bergelar nenek.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, kecantikan dan kecomelan cucu pertama pelantun lagu ‘Menghitung Hari’ ini juga mencuri tumpuan ramai. Ramai yang memuji kecomelan cucu pertama penyanyi ini, malah saling tak tumpah, iras nendanya.
Terdahulu Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang. Bersama suaminya kini, Raul Limos, pelantun lagu Menghitung Hari itu mempunyai dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.
Remaja 15 tahun beranak sendiri di rumah, nekad tamatkan nyawa bayinya sebaik melahirkan. Entahlah apa yang difikirkan ibu muda ini bila melihat bayinya. Allahuakbar beratnya ujian.
Sudah pasti apa yang terjadi, bukan setakat menguji ibu yang masih remaja ini, malahan ahli keluarga juga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di Kemaman, Terengganu hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.
“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.
“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat mak ayah di luar sana. Anak remaja dalam usia sebegini amat memerlukan perhatian dan belaian mak, ayah. Oleh itu jangan ambil mudah dalam mendidik anak anak dalam usia begini. Dalam usia 15 tahun, apalah yang dia tahu apatah lagi perlu melalui proses mengandung dan melahirkan.
Nur Syahidah berkongsi perjalanan transformasi selepas menyertai Maggi Wanita Cukup Berani sehingga berjaya meningkatkan jualan rendang dendeng daripada RM400 kepada RM18,000 sebulan.